About

"LihatlAh DenGan Mata HaTi, Anda PasTi akAn MenGerti." InsyaAllah. * Life Is Preci0us! *

Pages

December 28, 2011

Assalamualaikum W.B.T..

DeAr readers, please pray for me, yourself, our friends and others. 

That's all. Wassalam.. (^_^)






December 20, 2011

sayang punya pasal ke?

0keh, saya x faham kenapa sbb sayang punya pasal, perempuan sanggup menderita. Padahal dia tu bukan nya suami dia pun. Boyfriend je. Come on la.. dia tu takda ikatan yang sah pape pun dengan kita. Tak payah lah nak sedih2 sebab dia. Sampaikan sanggup diri terseksa, emotionally and physically! What name of tiger?! Kalau lawan balik jadi makin teruk. Come on girl, it's not worth at all ! Lelaki macam tu ke yang nak dibuat suami. NO no no. Just leave him alone and build your own new life.


Where's your woman strike??? Sebelum kita nak sayang orang lain, lebih baik kita sayang diri kita sendiri. Bukan apa, takut sayang tu bertukar jadi benda lain. Just say you want to change, than you will have the gut. Doa lah banyak2 kat Allah supaya diberi kekuatan dan mintak jugak support dari kawan2 n family.


Lelaki pun satu. Mentang2 dia ingat dia kuat (kononnya), boleh suka hati je buat pape dekat perempuan kan. Ni yang geram ni..haish! Yang perempuan pun disebabkan sayang punya pasal, diam kan diri je. Tak nak bertindak. Ok fine. Dari segi fizikal nya mungkin ya, sometimes. Tapi jangan terkejut kalau dia bertukar jadi The Hulk ataupun Ultraman Taro. haha. But remember, the more you hit her outside, the more stronger she is inside. Kalau sayang pun biar lah bertempat ok.


So, for those women out there. Especially my friends and also myself, please take care of ourselves. Jangan lah macam ni. Sedih tau mahu nangis..huhu.. Kalau dah nampak suatu kejahatan tu sudah terang lagi bersuluh, buat apa nak stay lagi dekat situ. Pergi je. Don't worry, Allah will replace it with a better one. (^@^)


In conlusion,(mcm buat karangan pulak kan)., just BE TOUGH & STRONG. Tumpukan mane yang lebih penting kerana dirimu begitu berharga. Akhir zaman ni memang susah nak cari lelaki yang berkualiti. (ok fine. nak cari perempuan yang berkualiti pun susah jugak. :p)

Wassalam~



December 15, 2011




"dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu godaan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sungguh, dialah yang maha mendengar lagi maha mengetahui."

(fussilat : 36)


December 4, 2011

JOM Puasa Sunat Tasu'a & 'Asyura (9 & 10 Muharram) (^_^)

Assalamualaikum W.B.T 


Diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).

Tahun ni 9 & 10 Muharram jatuh pada 5 dan 6 Disember 2011. (esok dan lusa ye)

Sejarah >>>> sebenarnya banyak sejarah Islam yang boleh dikaitkan dengan 
10 Muharram.  
                   Tapi ustaz cakap, peristiwa yang paling besar  yang boleh kita ambil ialah 
                   bersempena peristiwa Nabi Musa telah diselamatkan daripada tentera Firaun 
                   dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah. 

Dan antara peristiwa lain yang boleh dikaitkan adalah :

1) Hari pertama Allah menciptakan alam.
2) Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
3) Hari pertama Allah menurunkan hujan.
4) Allah menjadikan 'Arasy.
5) Allah menjadikan Luh Mahfuz.
6) Allah menjadikan Malaikat Jibril.
7) Nabi Adam a.s. dicipta.
8) Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon 
keampunan kerana  
    melanggar larangan Allah. 
9) Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit. 
10) Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan 
     bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
11) Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja  
     Namrud. 
12) Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
13) Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya 
selama tujuh 
     tahun. 
14) Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari 
     tersebut. 
15) Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
16) Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
17) Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di
dalamnya selama 
     40 hari 40 malam. 
18) Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
19) Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
20) Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk 
menyalib baginda. 
21) Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh 
     tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid. (lebih kepada untuk orang syiah)




Hari Tasu'a pula? (hari ke-9 Muharram)

Selain daripada berpuasa pada hari ‘Asyura ini, kita juga digalakkan untuk berpuasa pada hari sebelumnya iaitu hari ke-9 Muharram. Ini berdasarkan beberapa hadis sahih, antaranya ialah:
Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9". Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” 
(Riwayat Imam Muslim)
Imam al-Nawawi (wafat 676H) dalam menghuraikan hadis-hadis ini telah menukilkan pendapat Imam al-Syafie dan ulamak di dalam mazhabnya, Imam Ahmad, Ishak dan yang lain-lain bahawa mereka semua ini berpendapat bahawa disunatkan berpuasa pada hari ke-9 dan hari ke-10, kerana Nabi SAW berpuasa pada hari ke-10 (‘Asyura) dan berniat untuk berpuasa pada hari ke-9 (tahun berikutnya). 


Imam al-Nawawi menyambung lagi: “Sebahagian ulamak berpendapat bahawa kemungkinan sebab digalakkan berpuasa pada hari ke-9 dengan hari ke-10 ialah supaya tidak menyamai dengan amalan kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ke-10”. (Rujuk: al-Minhaj syarh Sahih Muslim, Bab al-Siyam, ( Beirut : Dar al-Ma’rifah , cet.7, 2000), jil 4, hal. 254).
Justeru, marilah kita merebut peluang pada kesempatan bulan yang mulia ini untuk menambahkan amalan kita dengan berpuasa sunat. Renungilah saranan yang diberikan oleh Rasulullah SAW seperti mana yang diriwayatkan oleh Jundub bin Sufian bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): 
"Sesungguhnya solat yang paling utama selepas solat fardhu ialah solat pada waktu tengah malam dan puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan ialah puasa di bulan Allah yang kamu panggilnya Muharram".
(Hadis riwayat Imam al-Nasa’ie dengan sanad yang sahih).

November 30, 2011

goodbye November
welcome December
coming-soon goodbye 2011
welcoming-soon 2012

(huhu cepatnya masa berlalu kan. lagi sebulan je nak masuk tahun 2012 pulak. tahun 2011 nak habis dah. macam x percaya la.. apa saya dah buat sepanjang tahun ni???!!!! aaaaaa)

November 27, 2011

Let bygone be bygone


is it simple by just saying
let bygone be bygone
when we doubt about the future?

November 21, 2011

Manusia & Takdir

Assalamualaikum W.B.T .

Alhamdulillah dengan izin Allah, masih lagi aku bernafas dan mampu untuk menulis. Sebenarnya aku konfius dengan konsep takdir. Mungkin memikirkan apa yang telah berlaku selama ini. Adakah senang manusia menjawab segala apa yg terjadi dengan mengatakan itu semua takdir?

Adakah takdir itu melibatkan perkara yg besar2 je sebagai contoh, rezeki, ajal, jodoh, dan masa depan? Tapi adakah perbuatan yg ke arah itu semua juga termaktub dalam takdir? Sebagai contoh : "kenapa awak kahwin dengan dia? Mungkin memang kami ditakdirkan bersama.."

Tapi macam mana pulak kalau perkara yg dilakukan tu adalah perkara yang tidak baik? Sebagai contoh : "kenapa awak berkawan dengan budak2 nakal tu? Dah takdir tetapkan kitaorang boleh berkenalan dan berkawan."

Adakah semua perbuatan kita ni pun dah tertulis dalam takdir jugak? saya tengah tulis post ni pun takdir jugak ke? Kalau macam tu orang yang buat jahat pun mungkin boleh beri alasan dengan menyalahkan takdir kan? hmm...

Memang ramai yang memberikan jawapan mudah dengan mengatakan ia takdir. Tapi, dalam sesetengah keadaan, aku tetap merasakan bahawa itu jawapan yang hanya berbentuk 'penyelamat diri' dan bukan jawapan ikhlas. 

Hidup ni memang complicated. Tapi disebabkan complicated itulah manusia dapat melihat bahawa hidup di dunia ini ada pelbagai arus yang boleh datang bila2 masa je. Dan semoga kita mengambil iktibar dan jadikannya bekalan untuk masa yang mendatang.

~~~~~~Wassalam, bubye~~~~~~

October 31, 2011

Saya sangat kagum!

situasi : di cafe, waktu untuk makan tengahari.


Hari ni masa tengah lunch dekat cafe, kawan semeja suruh pusing belakang. Fokus pada seorang lelaki yang sedang membaca doa makan.


Lelaki itu paras rupanya kacak, memakai cermin mata old school, pemakaiannya smart berkemeja berpakaian formal.


Apa yang saya kagum? kerana rupa parasnya kah? oh tidak tidak.


Tetapi kerana doanya. Dia berdoa seperti orang yang berdoa selepas solat! sangat lama dan khusyuk! 2, 3 kali toleh pun masih x hbs menadah tangan. Terlihat kerutan di dahinya sambil mata separa pejam. Cermin matanya ditanggalkan, letak di atas meja.


Kami sangat kagum sebab x pernah jumpa orang macam tu. Tambahan pula mungkin disebabkan personalitinya yang begitu- Anggun, bergaya dan BERIMAN... haha


Mane la tak kagum kan, orang kalau dah menghadap makanan. Kadang2 tak menyempat pun nak baca doa makan. Paling koman pun baca bismillah je. (ok lg la). Yang tak baca doa langsung pulak macam mana kan?


Hmm kalau difahamkan maksud doa makan yang simple dan pendek tu, sebenarnya maksud dia sangat besar!


" wahai tuhan kami, berkatilah kami dan berkatilah apa yang direzekikan kepada kami. Dan jauhkanlah kami dari api neraka. Amiin..."

October 30, 2011

Lets spread the good words!

Sharing is caring. They share with me. I share with you. You share with them. They share with others. We share it together-gether. (can you see the cycle?)  (^,^)

October 28, 2011

What would you say...??

If one day, there is someone come to you and ask you about this.. What would you say?


1) Why you are a Muslim?

2) Have you ever think to convert to other 
   religion? and why?


3) What is so special about Islam?


What would you say??

October 25, 2011

Nangis ikut mata ke hidung? :p



Siapa kalau nangis dia ikut mata? ataupun ikut hidung? haha..
Sebenarnya kalau kita menangis, air hidung yang banyak keluar.. bukan air mata.. eewww.... kan kan?


Kalau x percaya, cuba eksperimen satu hari nanti kalau menangis. Kita perasan air mata je sebab dia yang menitik-nitik jatuh ke pipi. Yang dalam hidung tak kan..haha


Sebab apa? Sebab dekat mata, ada satu gland (macam poket-x tau apa bhs melayu yg sbnr) yang menghasilkan air mata. Air mata fungsi bukan untuk menangis ye. Tapi sebagai pelembab dan lapisan kepada mata supaya tak kering. Ianya dihasilkan secara berterusan 24 jam.


Tapi, mana pergi air mata yang lebih2 tu? Takkan la semuanya digunakan terus ke mata je. Hmm,,,air mata yang berlebihan tu disimpan dalam satu gland yang ada dalam hidung. Ada saluran yang menghubungkan mata dan hidung.


Sebab tu lah kalau kita menangis, hidung pun mesti berair sekali. Sebab daripada air mata yang telah disimpan  dalam hidung... heeheee~

October 23, 2011

Konvo sudah.. Alhamdulillah!

Alhamdulillah.. setelah 3 tahun pembelajaran untuk mendapatkan diploma, akhirnya secara rasminya menjadi graduan dan alumni. Walaupun x sampai 3 minit di atas pentas..haha

Tahniah pada kawan-kawan lain yang turut sama berkonvo dan juga yang sudah tamat diploma dan juga yg datang meraikan. Walaupun mungkin ada orang yang mengatakan. "eleh, diploma je pun. apa barang.." Hello, even diploma je pun.. It's still part of the learning process. Nak belajar itu perlukan satu prosess.

Tak kisah la sijil ke, diploma, degree, master atau Phd. Semua tu ada keistimewaan sendiri. Teringat kata-kata seorang ilmuwan : "tak semua yang cemerlang itu cerdik. Tapi yang cerdik itu pasti cemerlang!" Cemerlang itu mungkin blh diukur dari tahap pencapaian dan kejayaan. Tapi cerdik? Ia bergantung pada penggunaan minda dan jiwa. Bukan sahaja dalan bidang ilmu akademik, tapi juga ilmu2 'survival' kehidupan yang lain-lain dan bermacam-macam.

wallahualam~ bubye






October 19, 2011

Life Is Precious when....

                          
                                this video is sooo cute!!

October 18, 2011

BENCI !!!

aku benci....
kerana.... aku benci...
kerana ... aku tak percaya...
kerana ... aku takut ...
kerana... aku kasihan ...
kerana... aku tak faham
kenapa perlu menyalahkan orang lain
jika apa yang dibuat
adalah sesuatu yang dibenci orang
jangan salahkan ku jika aku membenci
kerana kau yang menghasilkan kebencian itu!

October 17, 2011

betul & salah

Situasi : di dalam kelas, pensyarah sedang mengajar.


"kalau dah pukul 4 nanti tolong bagitau saya ye. Saya nak pergi jumpa PNC buat kali terakhir sebelum dia pindah."

----------- setengah jam kemudian -----------


" Dr.!!! dah pukul 4. Dah pukul 4 dah Dr." Para pelajar berteriak memberi pesanan bahawa telah sampai pukul 4.


"Ai, kamu semua ni macam nak halau saya je. Lain kali cakap la macam ni : "Dr. dah pukul 4, nanti kalau terlambat takut tak sempat jumpa PNC." Baru lah saya faham apa yang kamu maksudkan betul. Memang betul apa yang kamu cakap, tapi cara penyampaian kamu salah. Dan membuatkan saya salah faham dengan maksud kamu.."


"Baiiikkk......"


FAHAM? moral of the story.....


Untuk menyampaikan sesuatu perkara, memerlukan penggunaan tatabahasa, intonasi, dan struktur ayat yang tepat. Supaya tidak terjadinya tersalah fahaman mengenai yang betul dan salah. Bukan macam ayam dengan itik bercakap. 


October 10, 2011

Ilmu dari Tuhan, tangan untuk Insan.

Ok ni lagu tema orientasi budak part 1 semalam..haha dah tua2 pun nak kena orientasi jugak.. Takpe la layan jela. Lagu ni dicipta sendiri oleh seorang senior yang berdasarkan pengalaman dia sepanjang berada di alam pembelajaran ni.. Semua orang tiba-tiba rasa semangat nak belajar lepas orientasi ni. Sebab dah nampak apa misi dan visi sebenar. Dan juga sebab support2 and nasihat dari senior2. Thanks and Alhamdulillah..






Ya, ilmu memang dari tuhan. Bahkan segalanya di alam semesta ni semua milik tuhan. Sebersih mana niat kita untuk mempelajarinya dan memanfaatkannya. Supaya ia dapat dipulangkan semula kepada tuhan dengan keadaan yang sepatutnya.

October 5, 2011

The cell, tissue and muscle..

1) why we are shivering when we feel cold?
= shivering is actually the action of the body muscle. The muscle contract in due to produce heat. It is part of the natural process of maintaining body temperature. Subhanallah..

2) why body surface of people that have low RBC (red blood cell) usually cold/chill?
= one of the main function of RBC is to transport oxygen in the blood. Blood gives oxygen, nutrients and other substances to the cells - When there is low oxygen, the cells also consume less oxygen for their metabolic reaction. Metabolic reaction of a cell produce ATP (energy) and heat. - so, when RBC is low - oxygen is less - metabolic reaction produce less energy and heat. Body tissue then receive only little of heat. That's why the body  surface is cold.

= to make it easier to understand. Try to touch the hand of different people. We may feel a different  temperature among them.

3) When  female deliver a baby, why they loss a lot of blood?
= it is because the tear of the tissue. Tissue have many layers and all the layers was tear off during the delivery. Ouch!! (please appreciate our mother). Do you know what it can be if we loss a lot of blood? and why? Try figure it out....

p/s : btl tak Dr. Husni and Dr. Nisaku? hehe~

October 1, 2011

Jangan Pernah Menyesal Atas Sesuatu yang Pernah

Jangan pernah menyesal atas...

baju yang pernah dibeli
makanan yang pernah dimakan
air yang pernah diminum
 cerita yang pernah ditontoni
buku yang pernah dibaca
kenderaan yang pernah dinaiki
rumah yang pernah diduduki
pelajaran yang pernah dipelajari
ibu bapa yang pernah memenuhi
adik beradik yang pernah melengkapi
saudara mara yang pernah menyinari
guru yang pernah dikenali
kawan yang pernah dikawani
musuh yang pernah dimusuhi
 orang yang pernah disukai
 orang yang pernah dibenci
orang yang pernah ditunangi
orang yang pernah dikahwini
dan apa-apa sahaja yang pernah

KERANA...

itu semua sudah menjadi 'pernah'
tiada gunanya kita menyesal atas sesuatu perkara 
yang tidak mungkin boleh diputar balik masanya

DAN...

kerana ianya juga adalah sesuatu yang telah dan pernah dicatatkan
dalam perjalanan takdir kehidupan kita oleh yang maha Kuasa. Suatu hari nanti 
kita akan sedar bahawa penyesalan itu bukanlah satu perkara yang perlu disesalkan.

MAKA...

janganlah pernah menyesal dan menyalahkan sesiapa. Jika ianya belum menjadi pernah, 
coraklah ia dengan sebaik-baiknya.

TETAPI...

terdapat satu perkara yang perlu kita sesali. Iaitu dosa dan kesalahan yang pernah, sedang dan
akan kita lakukan..

September 28, 2011

Dia Juga Bilang Begitu

Perasan. Syok sendiri. Huh, bahaya. Sedar diri sikit. Tak payah nak perasan2 orang dok tengok and amaze dekat kita. Bukannya cantik macam snow white pun......... Banyak benda lain yang perlu dirisaukan...

September 27, 2011

Vlogging~

Semenjak dua menjak ni, i'm kind of addicted in watching vlogger's videos. already fall in love. haha. Maybe cara penyampaian diaorang yang agak sempoi dan kelakar tapi mempunyai message yang tertentu.. Mungkin dah jadi satu fenomena semua orang nak vlogging pulak. Evolusi baru daripada blogging. well, tak kisah lah asalkan mereka vlogging tu ada tujuan yang baik. (perempuan x sesuai jd vlogger ok..)


September 17, 2011

On your mark,get set,GO!

" masa itu ibarat pedang. Jika kamu tidak memotong ia, ia akan memotong kamu!"

Masa oh masa. Banyaknya masa terluang. Macam2 plan dah dibuat untuk mengisi masa yang terluang tu. Tapi itu hanya bermain di bayangan fikiran. Bila nak bertindak?! Ok fine.. Do it now! but wait, I need to motivate myself before I begin.

" Life is a competition."

It's not just about you compete with other people. But also you compete with yourself and the surrounding. Ok fine. Sedang cuba mengadaptasi dengan suasana dan cara yang baru. Saya perlu cepat. Supaya tidak tertinggal.

" your success is your own responsibility."

Jangan salahkan sesiapa jika tak berjaya. Orang-orang disekeliling hanyalah sebagai polis-polis bantuan. It's up to you how you gonna work for your success. Berdiri di atas kaki dan tangan sendiri. (huh cmne tu? hoho)

"plan your timetable."

Ok fine. But my timetable is in my head. hehe.. Sebabnya kalau mengikut sejarah yang berlaku sebelumnya, jadual yang ditampal dkt dinding tak akan diikut. And maybe jugak kalau bila tengok jadual dekat dinding, fikiran jadi rigid. Stick mcm tak blh buat benda lain. I want it to be flexible and manageable. Tapi satu masalahnya ialah kena disiplin la~~

" enjoy what you are doing and be sincere. Don't ask for any reward and regard. If you get it, it's your 'rezeki'. 

Ok fine. saya perlu ikhlas belajar untuk menambahkan ilmu. Bukan sebab nak dapat anugerah dekan ke apa. Dan semoga Allah permudahkan saya untuk memahami dan memberi rasa seronok untuk belajar! woho.. Wishing all of you, all the best! (~_^)









September 9, 2011

Azam Baru..

Bismillahirrahmanirrahim..


Pertama-tamanya aku ingin mengucapkan syukur kepada Allah kerana memberi rezeki dan peluang kepada ku untuk menyambung belajar lagi. Walaupun setelah pelbagai perkara telah dilakukan dan sekian lama menanti jawapan yang sebenar-benarnya, Alhamdulillah, mungkin ini yang terbaik untukku. 


Dan aku berdoa, semoga kawan-kawanku yang lain juga dapat mencapai apa jua yang mereka impikan. Walaupun bukan pada waktu sekarang, tapi Insyallah di kemudian hari. Pape pun, teruskan berusaha dan berdoa.


Bersempena dengan fasa kehidupan yang baru sebagai seorang pelajar baru, di kampus yang baru, suasana yang baru, saya berazam untuk : (jika diizinkan Allah)


1) menabung dan takkan keluarkan duit dari tabung tu. - RM 1 
   setiap sehari, kalau ada rezeki lebih mungkin 
   lebih, kalau kurang maybe kurang. hehe.. 


2) tidak mahu aktif dalam mana2 persatuan.


3) fokus study (study hard and smart) 


 - memandangkan diri ni xda la smart sangat, kena la study hard  
   jugak..haha
 - gunakan masa dengan bijak.


4) menjadi seorang yang lebih baik dari sebelum ni..tett...




THAT'S ALL FOR NOW.. 

September 6, 2011

Selamat HaRI RAYA.. MAAF ZAHIR & BATIN

ASSALAMUALAIKUM W.B.T SEMUA....... (^_^)
(rindunya dekat blog!!)

Apa khabar semua...??? semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera. Mungkin ada yang kata title post kali ni dah basi. Yela kan, orang dah lama start raya. Tapi saya baru nak wish selamat hari raya. Sebenarnya, baru hari ni la saya berkesempatan nak ber'online'. Sepanjang puasa dan raya ni banyak komitmen di kampung dan rumah sedara. Balik rumah pulak ada komitmen lain. (busy woman la katakan..haha)

Plus, dah lama jugak tak bukak dashboard baca update blog orang lain. Dah berminggu-minggu dah. Apa lah cerita-cerita menarik agaknya ye! 

Okla, sebenarnya nak wish SELAMAT HARI RAYA dan MiNTAK MAAF atas segala salah silap atas perilaku dan tutur kata kepada sesiapa sahaja yang mengenali diri ini. Mungkin ada yang berrlaku secara tidak sengaja dan secara tidak langsung. 

Semoga amalan-amalan baik yang dilakukan pada bulan ramadhan dapat diteruskan. Jom berpuasa 6 sementara bulan syawal belum berakhir lagi!

Jaga diri, kesihatan dan keselamatan. Semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki yang berkat kepada keluarga dan sahabat-sahabat kita semua.

Sekian terima kasih, wassalam..  (^_^)

August 3, 2011

Fasting : Is It A Sense of Madness??

Assalamualaikum W.B.T.

Albert Einstein pernah berkata : "it is a sense of madness, when we keep doing the same thing but get no result."

Sebagai contoh, kalau kita buat sesuatu eksperimen. Memang kita akan lakukan banyak kali dengan mencuba pelbagai pemboleh ubah. dan hasil eksperimen itu kita akan dapat keputusan yang sama ataupun berlainan. At least adalah jugak hasil dia kan.

Cuba kita aplikasi kan pulak dengan ibadah2 wajib kita sebagai umat Islam seperti solat, puasa, zakat dan haji. Memandangkan sekarang kita semua di dalam bulan ramadhan, maka soal puasa lah yang akan mejadi topik perbincangannya. 

Ramai orang cakap, time bulan ramadhan ni lah waktu yang sesuai dan baik untuk seseorang berubah menjadi lebih baik. Yelah kan, semua ibadah yang dilakukan akan dilipat gandakan ganjarannya. So, memang elok sangatlah dibanyakkan amalan2 sunat dan dijaga amalan2 wajib. Time bulan puasa ni lah jugak baru orang nak 'behave' sikit. Bulan lain tak nak behave pulak. haha,. Contohnya taknak mengumpat, meng'usha', ponteng kerja/kelas dan sebagainya.

So, ucapkan tahniah kepada diri masing2 jika anda dapat behave. yeay! Sebab apa? sebab berjaya mengawal dan berperang dengan diri sendiri. Percaya tak yang musuh yang paling kuat dan dekat dengan diri kita ialah hawa nafsu kita sendiri. Kalau nak salahkan syaitan, diaorang dah kena ikat dah. So, tak boleh la nak salahkan diaorang kan.

Bukan senang nak mengawal hawa nafsu ni. Susah sangat! Sebab ianya berada dalam diri kita sendiri dan kita mestilah sayang diri kita kan. Tapi adakah ini bermakna kita juga kena sayang hawa nafsu kita? Oh semestinya tidak, we have to fight!

Inner instinct kita selalu ada kemahuan untuk buat baik, tapi hawa nafsu instinct pulak yang selalu kacau. Sebagai contoh, kita nak baca quran tapi kita sendiri yang tangguh2. "nak baca quran lah tapi kejap lagi la. Nak tengok tv jap." lama-lama tak terbaca lah quran tu.. So, kena kuatkan lah diri untuk fight lagi2 di bulan puasa ni. Seriously frankly speaking, saya rasa memang time bulan puasa lah yang godaan2 hawa nafsu ni banyak bertandang dan selalu kalah dengan dia. Bulan lain ok pulak. Huh sedihnya.

"Puasa bukan sekadar lapar dan dahaga." Semua orang mesti dah biasa dengar dengan ayat klise ni. Mungkin bagi orang yang 'biasa-biasa', mereka mungkin hanya merasakan "puasa hanya sekadar menahan lapar dan dahaga."  

Katakan seseorang tu berumur 30 tahun. Mungkin dia sudah pernah berpuasa selama 20 tahun tapi hanyalah dengan sekadar menahan lapar dan dahaga. Mungkin satu hari dia akan terfikir, aku ni asyik puasa je tiap2 tahun. Tapi takkan untuk sekadar tahan lapar dan dahaga je? Kalau macam ni, aku nak puasa bulan lain pun boleh jugak. Macam takda effect pun puasa ke tak. Ha, yang ni barulah yang dikatakan 'a sense of madness!"


Kalau nak jadi seorang yang luar biasa, kita tak nak lah ada 'sense of madness' tu kan. So, setiap orang mesti ada something yang diaorang nak untuk diri sendiri. Biasanya nak menjadi sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya la kan. 


Tapi kalau tak berhasil untuk dapatkan kesan yang besar, its ok. At least ada jugak sedikit perubahan daripada takda langsung. Dan kalau boleh taknak lah jugak menjadi lebih buruk daripada yang sebelumnya. Barulah puasa kita is not just a sense of madness. 


sekian, Wassalam~



July 22, 2011

~FAITH~

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful...

when Allah did'nt answer our prayer
we usually felt sad, angry and despair
why Allah did'nt answer my prayer?!
I have prayed with my deep emotion and soul!

BUT...
it's ok, don't get worried
because there must be something
why Allah did'nt answer our prayer 
at the moment

WHETHER...
Allah will answer it at the other moment
or
Allah will give a better answer to our prayer
or
our prayer and effort are not enough
or
we have done something wrong to Allah


To my dear friends and also to myself,

Have a strong faith in Allah. Always keep in touch with Him. Sometimes, not all of the plan and dream will work according to what we want it to be. We do plan, but Allah will do the decision. Eventhough we hardly accept what is destined, we must always be positive to Allah. Life is a journey. When there is a will, there must be a way. Work your will as long as you can.. But at the same time, work your du'a (prayer) too...

Wassalam~

July 8, 2011

apa maksudnya ni?

Assalamualaikum..

Masa bukak blog tadi, baru perasan ada icon yang pelik muncul. Before ni takda pulak.. Macam biasa je.. Adakah disebabkan setting network/browser ke apa? Tapi bila saya try bukak blog orang lain, tak semua blog ada icon tu. Ada yang ada, ada yang macam biasa je iaitu icon blogger. Tapi yang bestnya, dia kejap ada kejap takda..haha

Sila lihat gambar di bawah. Fokus pada objek yang dibulat ye..






Gambar objek bila di'zoom' :

ni macam gambar burung hantu 

ni gambar icon blogger yang biasa

ni entah gambar apa. macam gambar pikachu duduk atas bantal.


Blog anda pula bagaimana?







July 5, 2011

~I BELIEVE~ do you believe?

~POKOK~

Mencari Diri Yang Hilang~

Diriku sudah hilang
hilang entah ke mana...

Mungkinkah...
ia berada di utara, selatan, timur ataupun barat?

Adakah...
ia tenggelam di dasar lautan?
terdampar di persisiran pantai?
bertapa di puncak Everest?
berterbangan di langit biru?
memburu di hutan belantara?

Untuk apa ia menghilang dan kenapa?
apabila ku temui diri yang hilang itu
akan ku tangkap dan simpan ia
agar ku mampu menjadi diri yang lengkap
tanpa ada sisi yang menghilang...


Usah ditanya kenapa.
diri yang menghilang itu
 menghilangkan dirinya daripada diri-diri yang berdiri di sekelilingnya
demi sesuatu.
Sesuatu antara diri itu dengan alam hidupnya
dan juga tuhannya...



July 3, 2011

Ramadhan - PuaSa

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Apa khabar pulak dengan iman masing2? Iman manusia kan ada turun naik. Jadi, sama-sama lah kita menjaga saham iman kita ye.. Hari ni tanggal 3 july, bersamaan 2 Syaaban. Dah lama x menulis blog. (xda lah lama mane tapi rasa mcm dah lama..hehe). Okeh, rakyat Malaysia dijangkakan akan mula berpuasa pada 1 Ogos 2011. (kalau x percaya, boleh cek dekat kalender bulan & bintang saya yg sebelah kiri post ni..hee~)

Raya pulak dijangkakan jatuh pada 30 Ogos 2011. Cantik betul tarikh puasa dan raya tahun ni. Lepas raya, tarikh kemerdekaan Malaysia pulak. Pejam celik,kelip-kelip mata, lagi 27 hari je nak puasa. huhu.. Dah ready ke? Sape2 yang ada puasa yang perlu diganti, cepat2 lah ganti ye.. Sape2 yang nak praktis berpuasa, boleh lah berpuasa sunat di bulan syaaban ni..

0k, tu je.. Sekian terima kasih. Wassalam~

June 23, 2011

21 tahun : undi & pilihanraya

Assalamualaikum.


Sekarang dah umur 21 tahun. (ops,ala tak kisah pun org tau umur. Age is just a number. Yang penting, kalau jumpa makcik2 dekat luar sana, soalan still maintain : "ni sekolah tingkatan berapa?". Chewah, perasan awet muda la kononnya).


Tiba-tiba terfikir, "aku dah 21 tahun la. Alamak dah nak dewasa. aaa takmo2." Dah boleh mengundi ni. Sekarang pun politik tengah hot. Rasa macam belum bersedia memikirkan hal2 sebegitu. Chewah. Taknak mengundi boleh tak? Tak kisah la sape pun yg pegang tampuk kepimpinan. Tak tau nak pilih sape sebab tak tau nak percaya yang mana.


TAPI...... tak boleh. Kena undi jugak sebab tu tanggungjawab kita untuk pilih pemimpin. Nanti dekat akhirat kena soal nanti. Mungkin disebabkan kekurangan satu undian kita, boleh memberi kesan pada negara. Mana kita nak tau. Betul tak? Bab kita pilih calon yang betul ke salah, tu cerita calon tu dengan Allah lah. Dia lah yang kena jawab macam mana dia memimpin. Telus dan bersih ke tak.


Yang penting, kita dah jalankan tanggungjawab kita iaitu memilih calon pemimpin yang mana kita rasa dia boleh memimpin dengan baik.

Okeh, nak promosi jap. Sila lah layari  http://www.spr.gov.my/ untuk keterangan lanjut. Jalankan tanggungjawab anda. First thing kena buat adalah daftar dulu sebagai pengundi, then barulah boleh mengundi~

" UNDI ANDA ADALAH RAHSIA." (-o-)


Sekian, terima kasih. Wassalam~

June 22, 2011

Isteri s0leh & Suami solehah

Assalamualaikum..

Haha (okeh,gelak dulu. Syok sendiri konon2 mcm lawak). Malam semalam time tengah tengok tv, dok tukar2 channel, tertengok lah slot "Tanyalah Ustaz" dekat tv9. Time tu tak taulah ustaz yg bercerita tu nama dia siapa. Dia cerita pasal 'suami solehah'. Aik, menarik betul istilah ni. Tak pernah dengar pulak sebelum ni. So disebabkan macam best tajuk dia, dengarlah sampai habis. (kalau tajuk x best maybe dah tukar channel lain kot. Ish3)

Nak dijadikan citer, makna isteri soleh dan suami solehah ni ialah di mana tugas suami dan isteri beralih tangan. Isteri gaji lagi banyak, akademik pun tinggi dan dia yang sara hidup family dia. Yang suami pulak duduk rumah uruskan hal2 rumah, gaji lagi sikit dari isteri. Kan sekarang banyak kes macam tu.

Ada ayat best ustaz ni cakap : "bila pergi pasar, nak bayar dekat kaunter, si suami duk pegang bakul buat muka solehah je.. Sebab takda duit nak bayar, isteri yang bayar." (tak boleh bayangkan macam mana orang lelaki buat muka solehah,haha. Tapi ustaz tu buat memang lawak dan jadi!)

0keh, moral of the story yang ustaz tu nak sampaikan ialah :

1) Disebabkan nisbah lelaki dan perempuan di akhir zaman sangatlah jauh bezanya, lelaki2 
    yang ada dekat muka bumi sekarang ni kenalah jadi seseorang yang berguna dan terbaik.

2) Kena rajin2 belajar sebab yang masuk universiti sekarang pun, jumlah perempuan lagi ramai
    dari lelaki.

3) Tak salah nak jadi solehah tapi mesti kena dengan tempat. (hah?) lalala~ tak tau..

4) Pasal sekufu dalam hal rumahtangga. (yang ni tak nak komen lebih. Hal orang dah kahwin,
    maybe terpulang pada masing2 camne kan).


Sekian, terima kasih. Wassalam..

June 16, 2011

ALLAH's LOVE

I kn0w what is missing
I am missing Allah's LOVE!!


p/s : sebenarnya cinta Allah tak pernah hilang pun. Kita yang menghilangkan cinta kita dari cinta Dia. Itu yang membuatkan jiwa kita terasa kosong seolah-olah seperti ada sesuatu yang hilang.

                           
Oh Allah
I am sorry, please forgive me
Don't let me go astray
again...

June 13, 2011



when the words cannot say anything
the action cannot do anything
the mind cannot think
the soul cannot feel
just say WHATEVER
and try calling your GOD

OH ALLAH, MY L0RD...


June 11, 2011

KaktuS BerDuri~

Orang bijak pandai ada mengatakan ;

" Jadilah sekuntum bunga mawar yang indah berpagarkan duri. Jangan biarkan dirimu
 menjadi sembarangan bunga yang tetap juga indah tetapi sayang tidak berduri. Apabila tiada duri, tiada lagi benteng yang boleh melindungi keindahan si bunga daripada sewenang-wenangnya dikhianati. Lantas, tercemarlah keindahan dan murahlah nilainya. Duri mawar itulah yang diibaratkan dengan perbatasan aurat, akhlak dan al-haya'(malu). Dengan pagaran duri itu, kilauan warnamya semakin memancar indah dan harum aromanya menyelinap di segenap naluri. Lalu, mengundang kekaguman di hati sang kumbang hinggakan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya. Hanya kumbang terpilih yang dijanjikan Allah sahaja yang akan berjaya mendekati dan mendapatkan si mawar."


" Perempuan yang baik ialah yang tidak memandang dan dipandang..."


<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


Ya Allah, susahnya nak menjadi seperti apa yang dikehendaki di atas. Terutama sekali dalam keadaan dunia dan masyarakat sekarang. Takkan nak terperap je dalam rumah? Pakai purdah? Banyak dugaan yang datang cuba untuk menumpulkan duri-duri si mawar dari pelbagai aspek.

Susah sebenarnya menjadi sekuntum mawar. Banyak perkara yang perlu dijaga tetapi hikmahnya sangat besar! Lebih baik jadi kaktus. Ianya tidak indah dipandang dan banyak pula durinya. Lagipun si kaktus sejenis tumbuhan yang kuat. Mampu bertahan berminggu-minggu tanpa air walaupun berada di tengah padang pasir yang panas terik. Hanya pepatung yang terpilih sahaja yang dapat menemukan dan mendekati sepohon kaktus berduri di tengah padang pasir.

beware : do not touch!
               

Ya Allah, mampukah aku menjadi sepohon kaktus berduri? Insyallah ~~ (-_-')