About

"LihatlAh DenGan Mata HaTi, Anda PasTi akAn MenGerti." InsyaAllah. * Life Is Preci0us! *

Pages

December 28, 2011

Assalamualaikum W.B.T..

DeAr readers, please pray for me, yourself, our friends and others. 

That's all. Wassalam.. (^_^)






December 20, 2011

sayang punya pasal ke?

0keh, saya x faham kenapa sbb sayang punya pasal, perempuan sanggup menderita. Padahal dia tu bukan nya suami dia pun. Boyfriend je. Come on la.. dia tu takda ikatan yang sah pape pun dengan kita. Tak payah lah nak sedih2 sebab dia. Sampaikan sanggup diri terseksa, emotionally and physically! What name of tiger?! Kalau lawan balik jadi makin teruk. Come on girl, it's not worth at all ! Lelaki macam tu ke yang nak dibuat suami. NO no no. Just leave him alone and build your own new life.


Where's your woman strike??? Sebelum kita nak sayang orang lain, lebih baik kita sayang diri kita sendiri. Bukan apa, takut sayang tu bertukar jadi benda lain. Just say you want to change, than you will have the gut. Doa lah banyak2 kat Allah supaya diberi kekuatan dan mintak jugak support dari kawan2 n family.


Lelaki pun satu. Mentang2 dia ingat dia kuat (kononnya), boleh suka hati je buat pape dekat perempuan kan. Ni yang geram ni..haish! Yang perempuan pun disebabkan sayang punya pasal, diam kan diri je. Tak nak bertindak. Ok fine. Dari segi fizikal nya mungkin ya, sometimes. Tapi jangan terkejut kalau dia bertukar jadi The Hulk ataupun Ultraman Taro. haha. But remember, the more you hit her outside, the more stronger she is inside. Kalau sayang pun biar lah bertempat ok.


So, for those women out there. Especially my friends and also myself, please take care of ourselves. Jangan lah macam ni. Sedih tau mahu nangis..huhu.. Kalau dah nampak suatu kejahatan tu sudah terang lagi bersuluh, buat apa nak stay lagi dekat situ. Pergi je. Don't worry, Allah will replace it with a better one. (^@^)


In conlusion,(mcm buat karangan pulak kan)., just BE TOUGH & STRONG. Tumpukan mane yang lebih penting kerana dirimu begitu berharga. Akhir zaman ni memang susah nak cari lelaki yang berkualiti. (ok fine. nak cari perempuan yang berkualiti pun susah jugak. :p)

Wassalam~



December 15, 2011




"dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu godaan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sungguh, dialah yang maha mendengar lagi maha mengetahui."

(fussilat : 36)


December 4, 2011

JOM Puasa Sunat Tasu'a & 'Asyura (9 & 10 Muharram) (^_^)

Assalamualaikum W.B.T 


Diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).

Tahun ni 9 & 10 Muharram jatuh pada 5 dan 6 Disember 2011. (esok dan lusa ye)

Sejarah >>>> sebenarnya banyak sejarah Islam yang boleh dikaitkan dengan 
10 Muharram.  
                   Tapi ustaz cakap, peristiwa yang paling besar  yang boleh kita ambil ialah 
                   bersempena peristiwa Nabi Musa telah diselamatkan daripada tentera Firaun 
                   dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah. 

Dan antara peristiwa lain yang boleh dikaitkan adalah :

1) Hari pertama Allah menciptakan alam.
2) Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
3) Hari pertama Allah menurunkan hujan.
4) Allah menjadikan 'Arasy.
5) Allah menjadikan Luh Mahfuz.
6) Allah menjadikan Malaikat Jibril.
7) Nabi Adam a.s. dicipta.
8) Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon 
keampunan kerana  
    melanggar larangan Allah. 
9) Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit. 
10) Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan 
     bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
11) Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja  
     Namrud. 
12) Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
13) Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya 
selama tujuh 
     tahun. 
14) Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari 
     tersebut. 
15) Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
16) Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
17) Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di
dalamnya selama 
     40 hari 40 malam. 
18) Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
19) Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
20) Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk 
menyalib baginda. 
21) Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh 
     tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid. (lebih kepada untuk orang syiah)




Hari Tasu'a pula? (hari ke-9 Muharram)

Selain daripada berpuasa pada hari ‘Asyura ini, kita juga digalakkan untuk berpuasa pada hari sebelumnya iaitu hari ke-9 Muharram. Ini berdasarkan beberapa hadis sahih, antaranya ialah:
Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9". Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” 
(Riwayat Imam Muslim)
Imam al-Nawawi (wafat 676H) dalam menghuraikan hadis-hadis ini telah menukilkan pendapat Imam al-Syafie dan ulamak di dalam mazhabnya, Imam Ahmad, Ishak dan yang lain-lain bahawa mereka semua ini berpendapat bahawa disunatkan berpuasa pada hari ke-9 dan hari ke-10, kerana Nabi SAW berpuasa pada hari ke-10 (‘Asyura) dan berniat untuk berpuasa pada hari ke-9 (tahun berikutnya). 


Imam al-Nawawi menyambung lagi: “Sebahagian ulamak berpendapat bahawa kemungkinan sebab digalakkan berpuasa pada hari ke-9 dengan hari ke-10 ialah supaya tidak menyamai dengan amalan kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ke-10”. (Rujuk: al-Minhaj syarh Sahih Muslim, Bab al-Siyam, ( Beirut : Dar al-Ma’rifah , cet.7, 2000), jil 4, hal. 254).
Justeru, marilah kita merebut peluang pada kesempatan bulan yang mulia ini untuk menambahkan amalan kita dengan berpuasa sunat. Renungilah saranan yang diberikan oleh Rasulullah SAW seperti mana yang diriwayatkan oleh Jundub bin Sufian bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): 
"Sesungguhnya solat yang paling utama selepas solat fardhu ialah solat pada waktu tengah malam dan puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan ialah puasa di bulan Allah yang kamu panggilnya Muharram".
(Hadis riwayat Imam al-Nasa’ie dengan sanad yang sahih).