About

"LihatlAh DenGan Mata HaTi, Anda PasTi akAn MenGerti." InsyaAllah. * Life Is Preci0us! *

Pages

September 11, 2012

IKHLAS

Assalamualaikum w.b.t..

sudah lama menyepi.. mungkin tiada cerita dan mood untuk menulis. nak delete blog ni, mungkin belum masanya lagi. 

untuk permulaan sem yang baru ni, IKHLAS menjadi tajuk pembuka. Kenapa? kerana pada hari ni kebetulan ada 2 orang bercakap tentang ikhlas. Mungkin Allah nak bagi pengajaran dan ilham kat saya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ceritanya....

situasi : di dalam kelas, pembelajaran pertama. seorang lecturer yang blh dianggap sebagai bapa bersama 22 org anak2nya. 

mood : masih relax2 blm bersedia utk memulakan pelajaran. ditambah dgn kesejukan bilik yang berhawa dingin. bermuhasabah diri dulu sebelum memulakan kelas.

Tuan haji : sape yg dpt A dalam subjek Therapeutic exercise sem   
            lepas? ha ada 2 org kan - syati dan syaren 
            (bkn nama sbnr). cuba awk kongsi dgn kawan2 awk mcm  
            mana blh dpt A.

syaren : mgkin sbb byk practice sndr dgn kwn2 kat rumah and time  
         class practical sy selalu volunteer nak buat.

syati : IKHLAS (short and simple answer. pada mulanya ktorg gelak  
        tp btl apa yg dia ckp tu. knp sy nak kena gelak pulak 
        kan.haish)

tuan haji : aaaa ikhlas... betul. kita nk belajar kena ikhlas. 
            kan sy ada bgtau sem lepas kita kena selalu        
            perbetulkan niat kita. bukan dtg kelas sbb nk full  
            kan attendance ke.. atau takut kena blacklist drpd 
            ambik exam ke..bkn sebab we have to. but because we 
            want to..

monolog dalaman sendiri : memang betul la tuan haji ckp tu. sblm ni aku pn tak tau ikhlas ke x. niat dtg kelas nk dpt ilmu tu blh jadi bkn yang utama. samada i have to or i want to.. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"hati manusia memang berbolak-balik. dekat hati tu la terpahatnya segala niat kita. blh jadi niat yang tlh dipaku itu perlu diperketatkan atau paku yang telah berkarat perlu ditukar. dan kita juga kena selalu diperingatkan dan memperingati sesama lain supaya berada dalam landasan yg betul. Nak pasang niat memang senang tp nk disiplinkan diri dgn niat tu sangatlah tidak senang. "

" ya Allah, engkau bantulah aku dan kawan2 ku untuk menjadi seperti apa yg telah kami janjikan kepadaMu dan diri kami sendiri. perbetulkanlah niat kami agar ilmu yg dipelajari mendapat keberkatanMU..Bimbinglah kami, permudahkan segala urusan kami, tetapkan kami dalam agama dan syariatMu. amiin~"

"Ya Allah, sesugguhnya aku buat semua ini hanyalah dengan tujuan pembelajaran utk mendapatkan ilmu. jgn lah engkau lupakan aku drpd apa yg telah aku niatkan. Pelihara hatiku ini ya Allah..amiin.."

bkn untuk belajar je ok. untuk semua perkara yg kita buat, mesti lah kena ikhlas. Yang terbaik adalah kerana Allah.. bak kata tuan haji, Allah tu 'cable besar' kita. kalau kita ada pape masalah dgn manusia/hidup ni, jgn lupa mintk tolong dan settle kan dulu dgn Dia. Insyallah bila dgn cable besar dah settle, senang Dia nk flow kan power2 dia kat cable2 yg lain yang kita x blh jangka.. Insyallah! 

kepada seesiapa yg membaca post ni, sama2 lah kita perbetulkan dan perbaharui niat setiap hari seawal pagi sebelum memulakan pekerjaan. dan jgn lupakan 'cable besar' kita.. (^_^)

wassalam!