About

"LihatlAh DenGan Mata HaTi, Anda PasTi akAn MenGerti." InsyaAllah. * Life Is Preci0us! *

Pages

December 29, 2010

Pasar MalaM..

Suka pergi pasar malam. Ceh, apa class suka pergi pasar malam kan. Maybe sebab jarang-jarang pergi pasar malam kot. Tu yang kalau dapat pergi mcm excited sikit.hoho.. Sebabnya kalau pergi pun bila balik rumah nenek. Ada beberapa hikmah dan manfaatnya bila pergi pasar malam ni. Nak tau?? jom baca.

1) Pasar malam ni sama macam Mekah (ops jgn salah faham). Sama dari aspek 'reunion' dia. Pasar malam ni lah tempat berkumpul masyarakat setempat tak kira pangkat, bangsa dan agama. Kita tak tau pun orang tu kerja ape ke, pangkat besar ke tak.. bila diorang tak pakai lab coat, kemeja smart2, coat, nametag, dll. Sebabnya orang pergi pasar semuanya pakai cincai dan sempoi je.. Walaupun tak pakai seragam ihram yang berwarna putih, tapi bila dah sampai pasar, semuanya akan kelihatan sama je.



2) Bila dah jadi tempat reunion, makanya dapat lah pulak jadi tempat penghubung silaturrahim.. Sebabnya, mesti jumpa jiran tetangga ataupun sape-sape jela.

dialog standard : "oi mon, lama tak jumpa. Apa khabaq? sihat? bla3...........
                            : "oi jah, pergi tak kenduri rumah cik nab sabtu ni? bla3.........
                         : "oi bedah, beli ikan ke? ni cucu ke? dah besar ye..comei! bla3..........hehe

3) Haaaa.... Sape yang tak kenal ikan, sayur dan buah, elok lah jenguk2 ke pasar tu. Dekat sini la baru nak kenal jenis2 ikan, sayur dan buah. Takda la tau makan je..hee~ Macam-macam ada..

 

ikan ni sangat comel dan sedap dimakan kalau digoreng rangup.
 nama dia ikan bawal kecik kot..hehe

December 28, 2010

SeSuatu YaNg PaSti..

Ada seekor labah-labah Tarantula berketurunan Hogna Carolinensis hidup dengan gembiranya di sebuah ladang Jagung tajaan MARDI. Labah-labah Tarantula ini membina sarang yang besar dan cantik di antara pucuk-pucuk jagung yang tumbuh. Semakin hari labah-labah Tarantula ini semakin gemuk dan sihat dengan memakan serangga-serangga yang terperangkap di dalam sarangnya. Labah-labah Tarantula telah membuat keputusan untuk tinggal di situ selama-lamanya.


Pada suatu hari, ada seekor serangga kecil terperangkap di dalam sarang labah-labah Tarantula tersebut. Dengan gembiranya labah-labah Tarantula tersebut mendekati serangga kecil tersebut untuk memakannya. “Jika kamu lepaskan aku Wahai Si Labah-labah Tarantula… aku akan beritahu kamu suatu perkara yang boleh menyelamatkan dirimu selama-lamanya”, kata serangga kecil itu dengan ketakutan. Labah-labah Tarantula itu berhenti dan bersedia untuk mendengar apa yang ingin disampaikan oleh serangga kecil itu. “Lebih baik kamu berpindah dari ladang jagung ini!, Musim menuai sudah hampir tiba…”, kata serangga kecil itu.


“Hahahahahha… Apa ke bendalah kau ni merepek pasal musim menuai pulak ni… Ini mesti kau reka-reka cerita je…”, kata labah-labah Tarantula itu. “Tidak, aku tidak merepek… Pemilik ladang jagung ini akan datang tidak lama lagi untuk menuai jagung-jagung yang sudah masak ranum ini, kamu akan mati nanti jika kamu terkena mesin penuai jagung tu!!”, kata serangga kecil dengan semangatnya.


“Haahahahhaa… merepek…merepek… kau ada bukti ke? Aku tak percaya langsung pasal musim menuai dan mesin penuai jagung tu…”, tanya labah-labah Tarantula itu. Maka jawab serangga kecil itu, “Lihatlah bagaimana jagung-jagung itu ditanam di dalam barisan yang teratur… Lihatlah bagaimana jagung-jagung itu tumbuh subur hasil daripada baja-baja yang ditabur… Ini adalah bukti yang menunjukkan bahawa ladang ini dimiliki dan dijaga oleh manusia yang bijak!!!”.

December 23, 2010

Walimatul Urus.

Dengan segala hormatnya, dijemput para pembaca untuk melihat dan membaca kad jemputan di bawah dengan hati yang tenang :


Tak tau lah kad di atas betul2 wujud ataupun rekaan sahaja. Tapi kalau betul lah wujud, memang si pengantin tu berani dan sempoi habis lah! Anda berani buat macam ni...??

~saje buat gimik~ peace no war ('',)

December 20, 2010

Mengkaji Misteri Mimpi

MIMPI >>> ramai yang mengatakan ia hanyalah mainan tidur. Juga aktiviti minda separa sedar atau tak sedar langsung (mind game). Apabila kita tidur, ia melibatkan minda dan roh kita <<<

1) ada mimpi yang datang dari permainan syaitan dan ada juga yang diilhamkan dari Illahi.

sebagai contoh : apabila seseorang melakukan istikharah meminta petunjuk kemudian dia 
                             bermimpi. Bagaimana hendak yakin samada itu benar2 petunjuk ataupun
                             sekadar permainan tidur sendiri? ask yourself...

2) Ada orang kata, kalau kita tidur, roh kita keluar dari jasad. Sebab tu ada istilah tidur mati. 
     Sejauh mana kebenaran fakta ini? ask yourself..

3) Saya pernah terfikir, adakah jika kita bermimpi seseorang atau sesuatu bermakna roh
     kita bertemu dgn roh mereka juga?

- kalau ya (kalau ikut logic la) >>> bermakna roh diaorang pun jumpa roh kita la kan?
                                                    >>> bermakna mereka pun mimpikan kita jugak la kan dan 
                                                             mimpikan perkara yang sama? kalau mimpi Shah Rukh
                                                             Khan, maksudnya dia pun mimpi saya jugak ke? waah
                                                             bertuahnya... hihi~
                                            
4) Bagaimana pula kalau bermimpi bertemu orang yang tidak pernah dikenali?
     Wallahualam...

5) Haiwan juga bermimpi? Kalau ya, apa yang dimimpikan agaknya ye.. Sama mcm manusia
     ke?

- kalau betul la teori kita mimpi sesuatu/seseorang sebab roh kita sama2 berjumpa........... 
   sila baca contoh situasi di bawah :

>>> satu hari mimpi bercakap-cakap dengan lembu...adakah lembu tu pun mimpi kita?? 
       Tett!! kalau rasa2 nak buang tebiat atau nk cari bukti, pergi la cari lembu tersebut dan
       tanya dia : "lembu oh lembu, malam tadi hang ada mimpi aku tak?" kalau dia angguk
       memang blh terima lah teori ni! (~_^)

>>> tapi macam mana pulak kalau mimpi bertemu dengan sesuatu yang tidak wujud? mimpi
        Doraemon misalnya~ tett!! (sekali lagi). kalau yang ni memang x boleh pakai la teori ni.

6) Mimpi jadi kenyataan >>> hanya kebetulan atau ada makna yang tersirat??

7) Mimpi benda yang sama berulang kali >>> hanya mind game atau ada makna tersirat
    juga?

8) Mimpi umpama sebuah cerita yang ada sambungan2 nya >>> hanya mind game atau ada
     makna tersirat juga?

9) Kita boleh mengawal mimpi? Pernah tak semasa tidur, anda bermimpi yang anda tau
    anda hanya sedang bermimpi?

>>> contoh : mimpi dikejar anjing - then kita macam bagitahu dekat diri sendiri : "ooh ni
                       mimpi je..takpe2 kejar dia balik..hah!

10) Sedar atau tak, kita boleh jadi banyak pihak dalam mimpi sendiri - pengarah, pelakon,
       penonton.

>>> pengarah : bagi sesiapa yang boleh mengawal mimpi
>>> pelakon : diri sendiri yang merasai dan melalui cerita mimpi itu
>>> penonton : melihat cerita mimpi itu samada diri kita ada ataupun tidak dalam cerita itu
                           (macam tgk tv) 

11) Apa warna mimpi anda? colourful, black and white, sephia, tiada warna.. Saya percaya
      ramai yang tak perasan dan tak tau pun samada mimpi tu ada warna ke tak bila tersedar
      dari tidur.

12) Sebelum tidur boleh plan ke nak mimpi apa kejap lagi? Sejauh mana keberkesanan 
      planning itu ye.

well3... Saya nak bereksperimentasi teori no.3 lepas ni. dadidu~

December 19, 2010

under renovati0n...

PENGUMUMAN :

BLOG INI AKAN BERTUKAR-TUKAR WAJAH UNTUK SEMENTARA WAKTU KERANA TUAN PUNYA BLOG SEDANG MENCUBA MAKE-UP YANG SESUAI UNTUK DIPAKAIKAN. TERUSKAN SETIA BERSAMA SAYA.. SEBARANG RESPON/KOMEN YANG MEMBINA AMAT DIGALAKKAN. TETAPI YANG MERUNTUHKAN AMAT TIDAK DIGALAKKAN. HUU... 
 

            - HARAP MAKLUM. SEKIAN TERIMA KASIH-
                                       
                                           (^-^)

December 6, 2010

Salam Maal Hijrah, 1432 H ~ thank you Allah ~

I was so far from You
Yet to me You were always so close
I wanna love in the dark
I close my eyes
To all the signs
You put in my way
I walked the day
Further and further away from You
Oh...
Allah...
You brought me home
I thank You
With every breath I take

" hari demi hari telah kita susuli. kadang-kala hari kita tenang bagai sungai yang mengalir lembut. Dan kadang-kala jua hari kita bagai pantai yang dipukul ombak. Iman kita bagaikan ombak. Ada pasang surutnya. Ia boleh menaik dan ia juga boleh menurun. Kita diberi mata untuk melihat.. Diberi akal dan mata hati untuk menafsir. Mata kita celik akan kebesaran dan rahmatNya tetapi mata hati kita pula yang rabun untuk memahami dan menafsirkannya. Dengan sekian nafas, adakah kita makin jauh atau dekat denganNya?

Alhamdulillah
Our praise is to Allah

"Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Tuhan yang satu. Hanyalah Dia."

I never thought about
All the things You had given to me
I never thank You once
I was to proud
To see the truth
And prostrate to You
Until I took the first step
And thats when You opened the doors for me
And now Allah I realized what I was missing
By being far from You

"sentiasalah beringat, bahawa segala apa yang kita miliki hanyalah pinjaman semata-mata. Bukanlah hak milik kekal. jangan sombong, jangan bongkak wahai insan. Dunia ini hanyalah sementara, begitu juga segala apa yang ada padanya. Kalau boleh, kita ingin hidup di dunia ini selama-lamanya, namun masih ada 'dunia' lain yang menanti. Niatkanlah setiap apa yang kita lakukan di kehidupan ini lillahitaala. Sesungguhnya, hidup ini amat berharga! walaupun kadang-kala ia secerah mentari pagi dan juga segelap awan yang mendung."

Alhamdulillah
Our praise is to Allah

" Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Tuhan yang maha pengasih dan pemurah. Hanyalah Dia."

ALLAH...
I wanna to thank You
I wanna to thank You
For all the things that You've got
You've got me through all the years I've been lost
You guiding me from all the ways that were wrong
And indeed You give me hope

" berterima kasihlah kita kerana dapat melalui setiap hari-hari yang berlalu. Ya Allah, kami memohon ampun dariMu atas segala khilaf yang pernah kami lakukan. kami selalu alpa dan terleka. Engkau berikan petunjuk dan memelihara kami melalui teman-teman kami yang baik dan soleh. Terima kasih ya Allah.. Jangan pernah berputus asa dari rahmat Allah kerana Rahmat Allah itu mengililingi dunia ini."

Oh ALLAH..
I wanna to thank You
I wanna to thank You
For all the things that You've got
You've got me through all the years I've been lost
You guiding me from all the ways that were wrong
I wanna thank You
For bringing me home

" Tunjukkan kami jalan yang lurus. kerana jalan ini masih bersimpang siur. Di manakah jalan lurus yang bisa membawa kita pulang ke 'rumah'? Carilah ia. Gunakan segala papan tanda yang ada di setiap jalan sebagai penunjuk arah. Patuhilah segala undang-undang dan tanda isyarat yang ada di setiap jalan supaya sampai ke destinasi dengan selamat."

Alhamdulillah
Our praise is to Allah

" Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Tuhan yang telah menciptaku, menciptamu, mencipta kita semua. DaripadaNya kita datang, dan kepadaNya jua kita akan kembali. Hanyalah Dia.


~Selamat menyambut tahun baru Islam - 1432 hijrah. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya. Jadi, apa azam tahun baru anda?~

November 28, 2010

m0nday blues~

sorry, we did'nt make it. you've got monday blues girl!
oh no...!!!
aaaaaarrrggghhh.......!!!!!!! esok hari isnin!

first time dengar pasal ni dari mak saya.. dia cakap monday blues ni biasa la bagi org2 yg bekerja.. oh yeke?? bgslah kalau macam tu..means bukan la saya sorg je..heh..

inilah penyakit kronik yang sedangku hidapi. penyakit ni datang kalau hari esok hari isnin je.. esok hari isnin.... so, tgh mencari 'penawar' monday blues.

tak best betul bila memikirkan esok hari isnin. setelah dua hari cuti sabtu dan ahad, malas betul nak pergi kerja. nak kena iron baju, bangun awl, tak blh tido lambat2, nak kena keluar rumah, buat keja itu dan ini..huhuuu

dah 2 kali cuti time hari isnin :
 1) mintak M.C buat2 macm sakit (jahat betul.jgn tiru perbuatan ni.tp sekarang dah taubat xnak buat
     dah..hehe)
2) amik emergency leave (E.L) walaupun xda emergency pape pun.

kalau amik M.C cuti x kena tolak tapi kalau E.L cuti kena tolak. SO....berazam xnk amik cuti tanpa keperluan dah lepas ni sebab cuti tinggal sikit. nak saving untuk tahun depan plak kalau blh.huhu

cepatlah habis praktikal. nak belajar balik. nak jadi student balik. rindu dengan kehidupan sebagai seorang student. hari2 menghitung hari. tapi sekarang pun nak masuk bulan disember dah..cepat masa berlalu.. SABAR YE..SABAR ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN.

" ya Allah ya tuhanku. berilah aku semangat dan keceriaan untuk menghadapi hari-hari yang akan mendatang. permudahkan segala urusanku dan berikan aku apa yang terbaik bagi hidupku, dunia dan akhirat.. Sesungguhnya Engkaulah yang maha mengetahui segala-galanya.. Amiin.."

November 24, 2010

bila 3 generasi duduk se-meja...

balik kampung~~ hmm, berkumpul lah 3 atau 4 generasi :


generasi 1 - atuk nenek
generasi 2 - makcik pakcik
generasi 3 - cucu-cucu
generasi 4 - cicit
generasi 5 - oh,blm ada lg la


sambil menikmati rendang ketupat di atas meja, masa tu lah baru nak rancak berborak (walaupun org ckp masa makan x elok berbual..eheh). nenek cakap tu,pakcik cakap ni. pakcik tanya tu, cucu jawab ni.

macam-macam isu yg diketengahkan. biasanya soal anak-anak, keluarga, sedara-mara dan masyarakat.


macam manela tak rancak berborak. sebab apa yg dapat  dilihat, setiap generasi ni lain pemikiran diaorang. "pak ngah ckp ni utk jd panduan korang jugak bila dah kawin ada anak nanti. faham tak?" baiiikkk...(hanya mengangguk walaupun tidak setuju sepenuhnya dgn pendapat itu)


masing2 nak menang luahkan pendapat sendiri..yang pastinya pendapat2 itu berbeza..


saya terfikir balik>>> adakah satu hari nanti apabila aku telah sampai ke peringkat makcik2, pemikiran aku juga akan berubah dan bersetuju dgn apa yg pakcik aku pernah cakapkan dulu? <<<


well.. people may change. maybe..don't know.. But, after all it's all depend on individual. setiap orang ada cara dan falsafah sendiri. tak kira la umur brapa ke..generasi yang mana ke.. zaman pun berubah dari masa ke semasa..


~ no one knows what the future h0ld except Allah.. But, if only we could, hmmm.... satu teka-teki yang terus menjadi misteri ~

November 14, 2010

happy h0liday & happy w0rking!

For th0se having their semestar and sch00l break, HAPPY H0LIDAY!

AND

For those who are w0rking, ENJOY your work!

~fill up your days by d0ing beneficial things~


p/s : jelous tau..nak cuti lama2 jugak. huhuhu ("_")

November 13, 2010

Cinta si Saudara Baru

Disangka panas hingga ke petang,tapi rupa-rupanya hujan di tengahari. kata-kata dan janji dahulu hanya propaganda semata-mata. propaganda yang berganda-ganda. si saudara baru sanggup menukar agama lamanya demi kekasih hati. tetapi akhirnya,si kekasih hati meninggalkannya dalam keadaan terumbang-ambing dengan agama dan cara hidup yang baru tanpa rasa tanggungjawab.

bukankah cinta itu adalah tanggungjawab dan amanah? tidak terfikirkah dia bahawa kekasihnya itu telah menukar agama kerana dia. ingin menikmati cinta yang halal dan direstui. begitu besar pengorbanan yang dibuat oleh kekasihnya yang kini telah beragama Islam.

walaupun ditentang oleh keluarga dan kawan-kawan, si saudara baru itu masih tetap dengan pendiriannya. si kekasih pula telah berjanji akan membimbingnya. akhirnya,setelah difikir dengan semasak-masaknya, keputusan telah diambil. Syahadah menjadi saksi.

November 2, 2010

Sifat-sifat seorang Hamba

sila rujuk untuk lebih lanjut >>> SURAH AL-FURQAN (ayat 63 - 77)

"adapun hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pengasih itu adalah..."

1) orang-orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati.


2) orang-orang yang menghabiskan waktu malam utk beribadah kpd tuhan.


3) orang-orang yang apabila menginfakkan harta, mereka tak berlebihan dan tidak pula
    kikir.


4) orang-orang yang tak persekutukan Allah.


5) orang-orang yang tidak membunuh orang yang diharamkan Allah kecuali dgn alasan yang
    benar.


6) orang-orang yang tidak berzina.


7) orang-orang yang bertaubat.

October 22, 2010

Hikik0m0ri

Hikikomori, adalah satu istilah di dalam Bahasa Jepun yang memberi maksud fenomena manusia yang memilih untuk menyendiri serta menarik diri daripada kehidupan bermasyarakat. Mereka mengasingkan diri di tahap yang ekstrim disebabkan oleh pelbagai faktor yang bersifat akumulatif, berkait mungkin dengan masalah social phobia atau social anxiety. Malah mungkin juga agoraphobia, avoidant personality disorder atau sifat malu yang ekstrim lagi menyakitkan.




Golongan Hikikomori di Jepun, tidak meninggalkan rumah mereka untuk jangka masa yang panjang. Isolusi mereka berlangsung selama berbulan-bulan, bertahun-tahun malah ada yang mencecah dekad. Hikikomori meninggalkan rumah mereka hanya apabila ada keperluan yang mendesak.

Pengasingan diri yang berlaku itu menyebabkan mereka kehilangan teman, berhenti sekolah, berhenti kerja, sentiasa hidup dalam kegelisahan dan dalam banyak keadaan, memutuskan terus hubungan mereka dengan ahli keluarga terdekat.

~janganlah jadi golongan Hikik0m0ri ~

sumber : saifulislam.com

October 19, 2010

kAta-katA

apabila kata-kata disalah erti

aku cuba mengerti

perlukah dijelaskan?

andai penjelasan itu sukar untuk difahami

sukar untuk diterima

akan menyakiti

perlukah diteruskan?

setiap persoalan pasti ada jawapannya

tetapi 

kadang-kala, diam itu lebih baik

walaupun kita pasti dengan jawapannya...


" Write to be understood, speak to be heard, read to grow."

October 15, 2010

"wawasan setia pelajar" la pulak.

ini sambungan dari post sebelum ni.. kisah ini berlaku pada waktu pagi yang hening. baru je pagi tadi. ku membuka pintu kereta dengan cermat lalu mengambil posisi yang selesa dan terus enjin dihidupkan.

~bersatu kita pelajar uitm,kita bangsa perkasa...~ alamak,kenapa ada lagu uitm lagi ni??!! ape dah jadi ni..misteri tak hilang lagi! kenapa lagu uitm lagi?! semalam balik kerja dengar lagu uitm di hatiku. hari ni nak pergi kerja dengar lagu wawasan setia pelajar pulak. haiyaa~ (^.^')

lepas ni lagu ape la pulak kan..
uitm ni memang menyeru-nyeru panggil supaya balik uitm penang kot..haha. lalala~~

October 14, 2010

"uitm di hatiKu"

sape yang tengok tajuk post ni  mesti cakap saya ni poyo ke,skema ke, nerd ke or whatever la. tapi bukan nak citer pasal uitm pun.

petang tadi masa on the way balik rumah, dok tengak syok layan lagu dekat radio, tiba-tiba ada lagu uitm. lagu yang mane satu? ala,lagu yang tajuk dia "uitm di hatiku" tu.. sangat pelik and teruja ckit coz kenapa la pulak stesen radio ni nak pasang lagu uitm kan. lagu Negaraku pun susah nak dengar dekat radio ni pulak lagu uitm.

nak kata uitm ada stesen radio sendiri, rasanya macam takda pun. so,ape lagi. layan jela lagu tu sampai habis. biasala,dah lama tak dengar and nyanyi lagu uitm. lepas habis lagu tu, radio terus senyap sepi. xda lagu pape langsung sampai lah dekat rumah.

oh, misteri sungguh stesen radio tu. frekuensi dia kalau dekat selangor ni 93.60. ada maksud pape ke tiba2 pulak terdengar lagu uitm ni? maybe tandanya-penang i'm coming..lalala~

October 13, 2010

the jusTice leAgue

cuba bayangkan...

 kalaulah betul2 wujud superhero2 yang ada dalam komik dan tv dalam dunia kita ni, macam mane la agaknya ek? yang menegakkan keamanan dunia. macam menarik sebab masing2 ada power yang cool dan hebat!

ada superman dan rakannya, batman, ultraman sekeluarga, kamen rider, gransazer, X-Men, spiderman, cicakman(ni hero yg x cool) dan yang same waktu dengannya. tapi adakah dengan kehadiran dorang ni dunia akan aman? xda jenayah sana sini?

hmm..i dont think so. sebabnya,kalau tengok dalam tv, hero2 ni mesti ada musuh masing2.. musuh2 dorang ni bila nak musnahkan dorang,orang awam mesti jadi mangsa keadaan jugak. dahla musuh dorang pelik2.. contohnya macam ultraman. dia kan lawan raksasa je kerjanya. kang x pasal2 ada pulak raksasa dari planet mane muncul dekat Malaysia ni. kan tak aman kalau jadi mcm tu kan?


saya lah ultraman Z.E.R.O !! bersedia melawan raksasa..

oklah, kalau xnak jadi orang awam nak jadi hero lah. boleh selamatkan orang and xlah jadi mangsa keadaan. hmm,nak jadi yang mane ek? ha,nak jadi batman lah! walaupun dia xda power sendiri, tapi dia ada rumah agam yang misterious dan teknologi yang canggih. yang paling penting dia ada kereta futuristik yang cool sangat! waaahh bestnya..

tapi kalau dah jadi superhero, nanti tak dapat jalani kehidupan normal macam orang lain pulak. mesti asyik ada on call je macam doktor. nak kena terbang pergi sana sini. hmm..xmo lah jadi superhero.. habis tu nak jadi apa?

jadilah manusia biasa cik ooi ~st0p dreaming~





October 9, 2010

sepanjang berpraktikal di hospital ni,dapatlah saya rasakan suasana 1 malaysia yang sedang diterbangkan kini. dikelilingi 3 bangsa utama Malaysia- melayu,cina,india. sangat seronok bila dapat bergaul dengan orang2 yang berlainan agama dan bangsa kerana dapat mengetahui cara hidup mereka.

di sini ada beberapa info dan cerita menarik yang baru saya tahu yang selama ini tidak pernah tahu dan ambil tahu.

1) tanda putih yang dipakai pada dahi orang india adalah sebenarnya abu. mereka memakainya apabila selesai menunaikan sembahyang di kuil. Apabila ditanya,kenapa guna abu? mereka menjawab : abu itu adalah tanda supaya kita ingatkan mati. kan orang india bila mereka meninggal mayatnya akan dibakar dan jadi abu. oh yeke?! terkedu sekejap bila dengar jawapan tu. (menarik jawapan itu). Kita umat islam pulak bagaimana?

2) tanda bulat pada dahi pulak(orang panggil nande' kot) biasanya ada 2 warna - hitam & putih. hitam bagi orang yang masih bujang dan merah pula bagi yang dah berkahwin.

3) masa tengah break pagi, adala kakak2 staf tengah makan dekat meja. sambil2 tu dengar la sekali diorang berborak.

malay staf : habiskanlah makanan tu. tinggal sikit je lagi. orang
             cakap kalau habiskan makanan yang last2 ni dapat
             suami soleh.
indian staf : yela tu,aku dah selalu buat tapi suami aku dari
              dulu sampai sekarang tak soleh2 pun.

agak terkejut bila dengar akak indian tu menggunakan istilah soleh. bermakna dia taula ape maksud soleh tu ye?? agaknya la.

4) pada suatu hari,ada seorang kawan indian ni bertanya padaku :

her : kenapa ada orang pakai purdah?
me : kenapa?(hmm..fikir2 jap mencari jawapan. manela saya tau coz saya pun x pakai purdah)
       sebab dia malu kot. dia tak nak bagi orang tau muka dia macam mana.
her : buat ape nak malu?
me : mungkin diorang cantik sangat kot. so taknak la menarik perhatian lelaki dan menjadi perhatian. bila
       orang asyik pandang je mestila malu.
her : tapi x semua cantik kan?
me : ehehe..hmm ye kot
her : tapi i rasa bila dorang pakai macam tu lagi la menarik perhatian orang. kan dorang pakai macam tu. bila
       dorang lalu je lagi la orang pandang je.
me : memang la tapi at least orang xtau sape dia and xtau muka dia macam mana. and mungkin dorang rasa
       lebih selamat kalau pakai macam tu.
her : habis tu,macam mana kalau nak kahwin nanti kalau orang tak tau muka dia macam mana.
me : hmm..well,kalau ada orang yang nak kahwin dengan dorang,bila si lelaki tu datang rumah,dia boleh
       bukak purdah tu tunjuk muka dia. islam bagi tunjukkan muka and tapak tangan.
her : dorang pakai macam tu setiap masa ke? dekat rumah pun?
me : ohoo..of couse la tak. bila keluar dari rumah je pakai. bila jmpa dengan orang yang bukan family dia.
her : oo yeke..nanti you pakai la macam tu.
me : ha?? xmo la. nanti susah nak makan! hehe
her : apela you ni. fikir macam tu pulak. bila nak makan bukak jela..
me : (just smile)

5) baru2 ni,saya menghadiahkan buku- "islam the misunderstood relegion" pada seorang trainee indian bersempena dengan birthdaynya. sebenarnya buku itu telah diberi oleh seorang makcik dan mengamanahkan supaya bagi buku tu pada non muslim.

dah lama simpan buku tu since dekat kampus. so,bila masuk alam parktikal ni mula la mencari target. Alhamdulillah dapatla 2,3 orang target. mereka pun amat baik dan open minded. i juz befriend with them juz like others. kebetulan time musim raya hari tu,ada birthday seseorang ni dan saya menggunakan peluang itu.

rasa sangat takut dan risau. takut dia salah anggap ke pape. doa sangat2 dekat allah supaya dia terima dengan hati terbuka. pada malamnya, dapatlah message ringkas darinya.

her : halo sayang, buat apa bagi saya buku islam? i tak tukar agama pun.
me : well, you kan suka tnya2 pasal islam, so kalau saya tak dapat jawab hopefully buku tu dapatlah jawab.
       =) juz read when you feel want to read. actually, saya suka belajar perbezaan agama. so, if you have   
        any book, i will free to read it too..
her : ooh.. ok sayang, if i have means sure i will give you. anyway,thanks for the book sayang.
me: ok,welcome sayang.

keesokan harinya, bila kami berjumpa, we juz be a friend as usual. dia masih berterima kasih sekali lagi. no heartfeeling(hopefully). Oh,thanks Allah. berilah dia hidayahMu. lega bila amanah telah diselesaikan~

                               the end...

October 1, 2010

Statu$ Kita Dengan Si Dia

Setiap hari setiap masa, masing-masing antara kita sibuk dengan urusan dan hal masing2. Sehinggakan kita terlupa akan hubungan kita yang pernah terjalin. Hubungan yang pernah terjalin dengan si Dia. siapa si Dia itu? Dia itu adalah tuan dan juga tuhan kita iaitu ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang.

Hari-hari kita dipenuhi dengan rahmatNya dan dengan izinNya jugalah kita masih dapat melihat dunia pada hari ini. Tetapi kita sering leka dan alpa kerana dek sibuk mengejarkan urusan2 dunia. jadi,apakah status hubungan kita dengan Allah sekarang ni? tanyalah IMAN di HATI (bukan iman yang itu-sesiapa yang bernama iman jangan perasan ye)  (~_~')

Adakah in relationship ??
   engaged ??
  married ??
   divorced ??
  Ataupun it's complicated! ??
                                    Ataupun sebaliknya??

Adakah kita available untuk Allah sedangkan Allah sentiasa available untuk kita?

 
Allah sentiasa available untuk kita- tidak kira kita ni siapa, untuk dijadikan peneman di kala suka dan duka. 

tapi hakikatnya, kitalah yang selalu putuskan hubungan kita dengan Allah. Bila resah gelisah dengan keadaan barulah hendak menjalinkan hubungan kita semula denganNya. Mahukah hubungan kita sekejap putus sekejap tidak dengan tuhan kita?

Cuba andaikan kalau hubungan dengan sesama manusia. bila senang ditinggalkan,bila susah baru dicari..  Pasti kita tidak mahu begitu bukan? Inikan pula dengan tuhan kita. Bila senang n0t available,bila susah baru available. Sebagai seorang hamba,kita patut berasa malu jika begitulah yang berlaku.

Sesungguhnya, Kita lah yang menentukan status kita dengan ALLAH.. tanyalah diri sendiri kerana hanya kita sahaja yang tahu dan mampu memberikan jawapan tentang status kita dengan Allah. Perbaikilah hubungan kita dengan Allah. Wallahu'alam..



SELAMAT MENGHADAPI FINAL EXAM & LULUS DENGAN CEMERLANG (^0^)
                                 

September 30, 2010

s0metimes...

s0metimes...

i am sad
i am happy

i feel bored
i feel interested

 i love
i hate

i am sick
i am fine

i am out of mood
i am in mood

i am quiet
i am noisy

i am anger
i am cool

September 24, 2010

j0d0h : perlu dicari atau ditunggu? (con't)


Habis tu,bagaimana dengan gadis2 yang sudah sampai seru tetapi tidak ada jejaka yang datang? Masih mahukah terus menunggu dan berpegang dengan teori jangan jadi seperti perigi cari timba?

Perigi cari timba memang wujud dalam pepatah Melayu. Tetapi dalam Islam,tidak melarang dan tidak ada menetapkan syarat supaya lelaki sahaja yang boleh menncari. Sebagai buktinya adalah mengenai sirah nabi Muhammad dan Khadijah.

Khadijah merisik peribadi Rasulullah melalui hamba lelakinya iaitu Maisarah. Lalu hasrat hatinya diungkapkan melalui sahabat karibnya,Nafisah bt. Munabbih. Beliau tidak mengungkapkannya sendiri kerana ingin menjaga martabat malu seorang wanita.

Rasulullah menerima hasrat itu dengan lapang dada. Lalu disampaikan keinginannya menikahi Khadijah kepada bapa-bapa saudaranya. Maka,  Abu Talib,Hamzah dan bapa-bapa saudara nabi yang lain menemui bapa saudara Khadijah iaitu Amru bin Asad untuk meminang Khadijah.

So, secara praktikalnya,takda salahnya pun kalau perigi yang mencari timba. Tetapi jika ingin mencari,mestilah mengikut niat dan cara yang betul begitu juga bagi timba mencari perigi. Apabila sudah sampai seru,diri sudah bersedia,keadaan pun mengizinkan,carilah wahai pemuda-pemudi sekalian. Carilah dengan berhikmah.

Daripada Abu Hurairah R.A,bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda : “dinikahi wanita itu kerana 4 perkara – hartanya,keturunannya,kecantikannya dan agamanya- maka pilihlah yang mempunyai(mengamalkan) agama, ia pasti menyenangkanmu”

Carilah seseorang (lelaki/perempuan) kerana agamanya. Ia bukan satu jaminan kebahagiaan sepanjang hayat tetapi Insyaallah ia adalah satu permulaan yang baik. Selepas itu,terpulang pada anda bagaimana untuk mengekalkan perjalanan dan pengakhiran yang baik pula!
Wallahu’alam..



















September 19, 2010

j0d0h : perlu dicari atau ditunggu?

Sebagai seorang Muslim,kita sedia maklum bahawa rezeki,ajal dan jodoh telah ditetapkan oleh Allah. Dia telah sediakannya untuk kita. Kadang2 pelik juga kenapa nak risau2 dan tergesa-gesa mencari calon. Pemuda-pemudi bercouple sana sini.

Bukan ke itu semua Allah dah tetapkan? Tunggu jela. Bila dah sampai masa,siapa dan ketika,adalah nanti. Tapi orang kata,walaupun ianya telah ditetapkan,ia juga perlukan usaha.tak semestinya kita tak boleh buat pape untuk mengubahnya tetapi mestilah dengan izinNya. 

September 13, 2010

- The time mAchine-

Kalaulah mesin masa wujud, masa yang manakah yang anda akan pergi? Back to the future,past or present?  Kan best kalau betul2 ada. Boleh kembalikan semula masa. Tapi mungkinkah? sangat impossible!

Mungkin ada yang nak kembali pada saat dia dilahirkan. Bagaimana wajahnya ketika masih bayi. Apa yang dibuat,siapa yang ada disekelilingnya. Apa ragamnya ketika kecil yang memeningkan orang lain dan lain-lain.

Mungkin juga ada yang ingin kembali ke alam persekolahan. Di mana ketika itulah mereka berada di alam pembelajaran secara formal. Melalui proses mematangkan diri,bersosial dengan orang sekeliling,dan banyak lagi perkara-perkara lain yang ingin dilalui semula.

Mungkin juga ada yang inginkan alam universiti? Di mana minda lebih terbuka. Lebih banyak benda2 baru yang dipelajari. Lebih ramai orang yang dapat dikenali. Lebih mencabar dugaan hidup.

Atau mungkinkah di alam ketika bekerja? Lebih bertambah tanggungjawab,stress dan keseriusan dalam bekerja. Teman alam pekerjaan mungkin tidak sama di alam pembelajaran. Pergi balik kerja,lepas tu dapat lah gaji tiap-tiap bulan. Ada duit sendiri,tak perlu mengharapkan orang lain. Usia ketika ni pun lebih dewasa. Mungkin boleh membuat plihan dan keputusan sendiri.

Atau lebih advance,ingin terbang ke masa hadapan yang belum pasti untuk mendapatkan kepastiannya.
Kita kerja apa,kahwin dengan siapa,anak berapa orang,muka dah tua macam mana,dapat tau bagaimana keadaan family dan teman2 kita,seorang yang berjaya ataupun tidak,Malaysia macam mana,dunia macam mana...aduhai,memang banyak benda yang nak tau..

Tetapi,berpijaklah di bumi nyata. Live in the present! Gunakan hayat yang kita ada ni dengan sebaiknya demi menjaga masa depan yang baik-dunia & akhirat. Yang dah berlalu,biarkan berlalu. Tidak ada mesin masa yang boleh bawak kita berpatah balik!

                               ~stop  dreaming~ (^^,)



















The King & His 4 Wives

There once was a king with 4 wives. He was madly in love with the fourth, and would do anything to keep her happy. He also liked the third, but always suspected she may consider leaving him for another man. The second was the one in which he always confided at times of grief, and she would always lend the empathetic listening ear. As for the first wife, he used to neglect her and pay much attention to her needs, although she truly cared for him and played a key role in protecting and preserving his kingdom.

One day, the King was stricken with a deadly illness, and knew his days were few. He couldn't comprehend or accept the reality that, despite all this wealth and vast kingdom, he will enter his grave alone. He wanted companionship in his grave, and so he asked his wives which amongst them is willing to sacrifice her life for him in order to lye by his side in the grave.

He asked the 4th wife, in very sincere emotion, "I loved more than the rest and preferred you over them in treatment. I gave you all you asked for and more. Will you not join me to my grave". She said, "Impossible!" and just turned her back away with no sympathy.

He asked his 3rd wife, "I loved you all my life. Will you come with me to my grave?". She said, "No way. Life is great. If you die, I'll marry another man"

He asked the 2nd wife, "You were always the one to whom I resorted when I needed emotional support. You've always been there for me in my life. Will you also die for me and join me to the grave?". She said, "I'm sorry, I can't help you beyond walking in your funeral and burying you with my own hands".

The king was torn and broke into painful tears. In that moment, he heard a voice say, "I will come with you wherever you go, even to the grave". The king looked, astonished, to see his first wife, ill and sorrow for all the years he'd neglected her and not asked about her. Thereupon, he was severely regretful for his ill treatment of her, and said, "I should have preferred you over all the other 3. If only I can turn back the hands of time, I will provide for you the best life of all my wives, and care for you the most"

The reality brothers and sisters is this story is only a myth. But the wisdom in this story is as follows. If we all wear the shoes of the King for a moment, and think from his perspective, applying his experience to our lives, we all have these 4 wives: Our fourth wife is our body. We look after it so well, surrender it to its wims and desires, beautify it etc. But when we die, the body rots and neglects us.

The third wife is our wealth. No matter how hard we struggled to amass it, it will leave us and be someone else's property when we depart.

The second wife represents our friends and family. Though they will always be there for us in this life, they will certainly not accompany us into the darkness of the grave.

The first wife is our good actions. We don't pay due attention to them in our lives. We become preoccupied with the world and its needs, with ourselves and desires, with our family and friends, but when death comes upon us they will stand by us, and enter the grave with us.

Think of all your good actions as a human being. How would their state be? Will it be a fit, clean and healthy being, well nourished? Or will it be a diseased, weak and sorrowful? If the former, thank ALLAH and continue on this path, asking Him for perseverance. If the latter, seek His forgiveness now, and take greater heed of your actions. ALLAH bless us all, Ameen

 













September 11, 2010

'Kad RaYa' ModeN

~Berlalulah sudah Ramadhan,sebulan berpuasa..tiba Syawal kita rayakan,dengan rasa gembira....~
"tweet4x,SMS.."bunyi menandakan SMS tiba (bukan bunyi sebenar ye). Sejak dari tadi SMS datang berduyun-duyun. Itulah fenomena yang biasanya berlaku di malam raya. tiada lagi penghantaran kad raya ke peti surat. Masing2 mahu memberi ucapan kepada kenalan. Ada message yang ringkas,panjang lebar,serius,kelakar dan macam2 lagi.

berikut adalah antara 'kad raya' yang telah berjaya sampai ke inbox handphone ku yang menggunakan khidmat pos laju dengan harga setem 1sen,5sen dan mungkin 15sen sahaja. sungguh effisen dan ekonomi la!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"dalam perjalanan hidup ni,kita sempat bertemu kemudian berpisah seiring dengan waktu. Jika ada siang pasti ada malam. Jika ada hitam pasti ada putih. Dan jika ada kesalahan pasti ada kemaafan. Mohon maaf zahir & batin. Selamat hari raya Aidilfitri. Semoga Allah sentiasa merahmatimu..Amiin"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Saya,si fulan bt. si fulan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada anda2 semua. P/S : jemput datang rumah saya.."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" I dont say i love you when i care about someone. This is just me. I dont say i hate you when you piss me off. But i do say i'm sorry when i really mean it. So,this is it! Sempena bulan yang mulia,saya nak mintak maaf banyak2 and...Selamat hari raya! Maaf zahir dan batin!~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Selamat Hari Raya! mohon ampun & maaf dari saya atas sebarang kesilapan. Yang baik itu dari Allah,yang kurang itu dari kelemahan saya.."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Salam.. Selamat hari raya aidilfitri,maaf zahir & batin. 0-0 ok?hehe (~_^)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Jambangan indah lagi berseri,menjadi hiasan di aidilfitri.. SMS dikirim pengganti diri,tanda
ingatan tak lupa di hati.. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"mAma ulat curi ketupat,kena kejar terlompat-lompat. Nak hantar kad raya dah tak sempat,hanya SMS la yang paling cepat. Selamat hari raya. Maaf zahir batin."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Ya ALLAH,muliakan saudaraku ini. Bahagiakanlah keluarganya. Berkatilah rezekinya. Kuatkan imannya. Berikan kenikmatan ibadahnya. Jauhkan dari segala fitnah. Eid mubarak. Taqabbalallahu minna wa minkum. Amin ya rabbal Alamin. Maaf zahir & Batin."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dan jawapanku kepada mereka semua adalah sama - " Salam akhir ramadhan & awal syawal. Semoga amal2 soleh yang dilakukan pada bulan Ramadhan dapat diteruskan.. Maaf Zahir & Batin.."

Sebenarnya,apabila mendapat ucapan2 sebegitu..terasa bahagia sekali kerana ia adalah satu tanda ingatan seseorang terhadap sahabatnya. Walau jauh di mata tapi dekat di hati..kalah TV9.. (^@^)
TERIMA KASIH kepada mereka - mereka yang walau jauh di mata tapi dekaaat di hati!









September 10, 2010

nikmat sihat

Isnin hingga Jumaat, 8 pagi - 5 petang, keluar masuk hospital. Itulah rutin harianku sebagai pelajar farmasi yang sedang berpraktikal di jabatan farmasi. suasana hospital-bukanlah suasana yang begitu menyenangkan kerana semua orang yang datang situ mestilah orang yang sedang sakit kan. Pandang kiri,ada orang kaki patah.pandang kanan,ada tangan yang patah.pandang depan,pandang jela sape2.pandang belakang,jangan pandang belakang!hehe..

Saat melihat mereka,hati terdetik-"kesiannya..nasib baik aku tak macam tu.macam mane la kalau aku jadi macam tu ye"- Hmm..masa tu la baru nak teringat nikmat sihat. Nikmat yang tuhan berikan. Syukur Alhamdulillah masih punya fizikal dan mental yang sihat-dapat melaksanakan aktiviti harian.

Tapi itulah manusia-sering alpa dan lupa. Bila dah tengok,terkena, baru nak teringat.
nikmat-nikmat yang Allah berikan dekat kita,kita buat ape? buat benda baik atau buruk? menambahkan lagi ketaatan ataupun keingkaran? bukan ke Allah yang bagi nikmat tu semua..so,kita sepatutnya menghargai dan berterima kasih kepada si Pemberi.

" Maka,nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" (ayat 13:Ar-Rahman)

Ada pesakit yang datang setiap bulan ke hospital untuk mendapatkan bekalan ubat. Sampai berkotak-kotak jumlahnya. Kalau makan memang kenyanglah. Orang kata,nasib badan.ada penyakit,nak buat macam mana.kenalah makan ubat jugak. At least, mereka ada usaha untuk sihat. Itupun dah cukup baik. Siapa yang sihat pulak macam mana? ada usaha untuk kekalkan kesihatan? janganlah dah terhantuk nanti baru nak terasa sakitnya.

Masa sihat ni lah kita kena optimumkan tenaga dan keupayaan yang ada untuk membangunkan diri,bangsa,negara dan agama yang tercinta. So,the conclusion is-gunakanlah hayat yang ada untuk mengumpul bekalan-bekalan kebaikan selagi hayat dikandung badan,sebelum badan dikandung tanah~~