About

"LihatlAh DenGan Mata HaTi, Anda PasTi akAn MenGerti." InsyaAllah. * Life Is Preci0us! *

Pages

November 13, 2010

Cinta si Saudara Baru

Disangka panas hingga ke petang,tapi rupa-rupanya hujan di tengahari. kata-kata dan janji dahulu hanya propaganda semata-mata. propaganda yang berganda-ganda. si saudara baru sanggup menukar agama lamanya demi kekasih hati. tetapi akhirnya,si kekasih hati meninggalkannya dalam keadaan terumbang-ambing dengan agama dan cara hidup yang baru tanpa rasa tanggungjawab.

bukankah cinta itu adalah tanggungjawab dan amanah? tidak terfikirkah dia bahawa kekasihnya itu telah menukar agama kerana dia. ingin menikmati cinta yang halal dan direstui. begitu besar pengorbanan yang dibuat oleh kekasihnya yang kini telah beragama Islam.

walaupun ditentang oleh keluarga dan kawan-kawan, si saudara baru itu masih tetap dengan pendiriannya. si kekasih pula telah berjanji akan membimbingnya. akhirnya,setelah difikir dengan semasak-masaknya, keputusan telah diambil. Syahadah menjadi saksi.

namun, bunga-bunga di hati kian lama kian layu. bunga yang diimpikan supaya terus berbunga menjadi pohon telah kekurangan nutrisinya. "Mana janjimu wahai kekasihku? yang mahu membimbingku dalam agama yang baru ini". keluh si saudara baru. kini kau tinggalkanku terumbang-ambing tanpa pedoman.

"nak pulang ke keluarga,aku malu." itulah yang menjadi dilema si saudara baru. dia malu untuk kembali setelah memilih si kekasih berbanding keluarganya pada sekian waktu dahulu. dia juga tidak tahu kepada siapa harus dirujuk.

setelah dibiarkan sahaja si saudara baru tanpa bimbingan, dia makin lama makin hanyut dengan cara hidupnya yang lama. Islam pun kian lama kian hilang dari dirinya...

kerana cinta,dia sanggup bergelar saudara baru. namun apabila berpisah,dia ditinggalkan sahaja begitu. sepatutnya walaupun telah berpisah, si kekasih masih perlu bertanggungjawab untuk terus membimbingnya samada secara personal ataupun merujuk kepada pihak2 yang sepatutnya.

perkara sebegini banyak berlaku dalam masyarakat kita. janganlah disebabkan hal2 sebegini, orang melayu yang secara automatiknya dianggap sebagai orang Islam, dipandang serong dan negatif. sungguh sedih dan kasihan dengan nasib mereka yang sebegini...

apakah nasihat yang perlu diberikan kpd mereka? jika alasan mereka : "dulu sebab ikut kekasih.tapi sekarang bila dah clash...what's the point?"

~ janganlah hanya ber'propaganda'. fikirlah dengan panjang dan berhikmah sebelum berkata dan bertindak ~ 

0 comments: