About

"LihatlAh DenGan Mata HaTi, Anda PasTi akAn MenGerti." InsyaAllah. * Life Is Preci0us! *

Pages

October 17, 2011

betul & salah

Situasi : di dalam kelas, pensyarah sedang mengajar.


"kalau dah pukul 4 nanti tolong bagitau saya ye. Saya nak pergi jumpa PNC buat kali terakhir sebelum dia pindah."

----------- setengah jam kemudian -----------


" Dr.!!! dah pukul 4. Dah pukul 4 dah Dr." Para pelajar berteriak memberi pesanan bahawa telah sampai pukul 4.


"Ai, kamu semua ni macam nak halau saya je. Lain kali cakap la macam ni : "Dr. dah pukul 4, nanti kalau terlambat takut tak sempat jumpa PNC." Baru lah saya faham apa yang kamu maksudkan betul. Memang betul apa yang kamu cakap, tapi cara penyampaian kamu salah. Dan membuatkan saya salah faham dengan maksud kamu.."


"Baiiikkk......"


FAHAM? moral of the story.....


Untuk menyampaikan sesuatu perkara, memerlukan penggunaan tatabahasa, intonasi, dan struktur ayat yang tepat. Supaya tidak terjadinya tersalah fahaman mengenai yang betul dan salah. Bukan macam ayam dengan itik bercakap. 


2 comments:

riihulwardah said...

assalam...nak tny yuran degree mahal x

Dandeli0n said...

aiyoo cik aizad. awat tnya dkt sini. mcm sy ni bendahari uitm la plak kan..haha. yuran pndftrn for the 1st sem rm700. Then sem2 yg seterusnya mcm biasa,rm 400..