About

"LihatlAh DenGan Mata HaTi, Anda PasTi akAn MenGerti." InsyaAllah. * Life Is Preci0us! *

Pages

Showing posts with label j0m relax. Show all posts
Showing posts with label j0m relax. Show all posts

February 12, 2012

amazing website!


cuba anda klik website ni dan cuba. Seriously, x tau lah cmne website ni bekerja and cmne system dia. Tapi, apa soalan yang ditanya boleh dikatakan 90 peratus betul. Sampaikan hal2 peribadi sendiri pun dia boleh tau, pelik. Makin banyak soalan ditanya makin menakutkan sebab dia macam psychic! 

contoh2 soalan yang boleh ditanya untuk menguji sejauh mana 'pengetahuan dia' :

- berapa umur nenek saya?
- mak saya tengah buat apa?
- siapa cinta monyet saya?
- siapa nama isteri abang saya?
- apa nama arnab saya?

selamat mencuba! hehe~

October 19, 2011

Life Is Precious when....

                          
                                this video is sooo cute!!

September 27, 2011

Vlogging~

Semenjak dua menjak ni, i'm kind of addicted in watching vlogger's videos. already fall in love. haha. Maybe cara penyampaian diaorang yang agak sempoi dan kelakar tapi mempunyai message yang tertentu.. Mungkin dah jadi satu fenomena semua orang nak vlogging pulak. Evolusi baru daripada blogging. well, tak kisah lah asalkan mereka vlogging tu ada tujuan yang baik. (perempuan x sesuai jd vlogger ok..)


April 23, 2011

JIWA~

Hari ni 23 April 2011 bersamaan 19 Jamadilawal 1432 Hijrah. hmm post sebelum ni tajuk bosan.. sekarang ni..bosan jgk kot.. entahla, mood bosan la sekarang ni.. Bukan bosan sebab takda buat pape tapi entahlah.. Just feeling bored. Don't know why.. Just feeling something is missing and empty.. I wish that I have a magic machine that can bring me to a life that I want to be whenever I want it. But.. sudahlah Dinah, jangan banyak berangan! tett~~~~~~ Bosan2 cmni, nak letak puisi yang best la.. (^_^)

Roslan Shariff :  Jiwa

Jiwa yang bernafas
hanya ada pada keluhuran
diam terkunci senyap adalah dirinya

Jiwa yang menjiwai
sering tersembunyi
sepi ia mengunyah erti
lalu hadam menjadi buah fikir

Jiwa
sebuah anugerah
terkadang dicalar warna-warna sekejap
terkadang ditipu bisikan
terkadang menangis sepi

Jiwa kejiwaan
milik yang memahami
yang mengerti
yang menghulur dengan nurani

Nun di satu sudut
di bawah kubah
di pinggir mimbar
jiwa luhur bertakhta
di situla...istananya.

March 26, 2011

Adik-adikku, Insyaallah boleh!

Assalamualaikum semua.. Tajuk post ni sebenarnya diambil sempena nama program realiti dekat TV 1. Walaupun program ni khususnya untuk golongan kanak2 tetapi tetap menjadi tontonan awam secara umumnya. Mesti ramai yang tak tau pasal rancangan ni sebab dekat media massa pun takda la sangat nak expose rancangan2 yang baik macam ni.tett!


Seriously, adik-adik ni memang hebat. Multi-talented dan sangat berani! dan comel..hehe. Kalau sape yang tengok pertandingan akhir ni depan tv, memang jamin la mata tak kelip, mulut terlopong, hati tak berganjak.. chewaah..


Tapi pape pun, tahniah diucapkan sebab mampu membuat orang tertawa, menangis, berfikir dan bermuhasabah dengan seni berkata-kata mereka yang mantop! Semoga bila besar nanti menjadi pemimpin2 Islam yang berjaya untuk Malaysia dan dunia.. Amiin.


Okla, malas nak citer panjang. tengoklah sendiri video2 di bawah.(mungkin feel dia lain sikit kot kalau compared dengan tengok dkt tv) Tapi ada yang bukan full video coz tak jumpa..huhu.



adik ni boleh jadi master trainer. Kalah trainer ESQ kot.





adik ni pulak kalau jadi doktor, boleh jadi penyanyi nasyid part time..hehe sempat ke doktor ada part time job pulak?



hmm ni pulak..boleh jadi apa? Perdana Menteri pulak kot.huhu

March 17, 2011

CANTIK~




cantik itu indah
indah itu menyejukkan mata
 mendamaikan jiwa
siapa yang tak mahu cantik
tipu jika ada yang tidak mahu

cantik luar, cantik dalam
mana yang menjadi keutamaan
luaran itu penting
tetapi dalaman itu utama
pentingkanlah yang utama

andai luaran tidak cantik
tidak mengapa
cantikkanlah yang dalaman
kerana kecantikan dalaman itu
akan terpantul jua menjadi kecantikan luaran 

andai luaran sudah cantik
cantikkanlah pula yang dalaman
maka akan bertambah cantiklah diri
pandangan manusia dan pandangan Illahi
jadilah cantik untuk pandangan Illahi... 

~Beauty Is 0n The Eye Of The Beholder~
wallahualam...

p/s : cantik di sini membawa maksud umum (lelaki dan perempuan). sebab takkan nak buat post lagi satu tajuk HENSEM~ pulak.. Kalau tukar perkataan cantik jadi hensem dalam post ni, kan pelik bunyinya nanti.haha..

January 19, 2011

Ayat-ayat cinta (manipulated version)

Walaupun tak faham sangat.. Tapi tengok jela..
p/s : Kuang asam & mengong punya Fahri.. Rosak cerita ayat-ayat cinta..lol~ hampa hatiku.. (relax la,cerita je pun..hanya rekaan semata-mata..haha)

http://www.youtube.com/watch?v=xy7BiTyfhBM&feature=player_detailpage

January 14, 2011

Belajar cakap ganu

Post ini hanya untuk santai-santai sahaja. Kalau ada sesiapa yang marah atau terasa, marah la dekat diorang2 yang terlibat ni ye..