About

"LihatlAh DenGan Mata HaTi, Anda PasTi akAn MenGerti." InsyaAllah. * Life Is Preci0us! *

Pages

Showing posts with label whateveR. Show all posts
Showing posts with label whateveR. Show all posts

June 19, 2012

tak nak jadi baik boleh tak?

Assalamualaikum.


Sekarang tukar mood 90 darjah ke timur sikit. Pernah tak ada satu ketika, hati korang terdetik untuk tak nak jadi baik? Kenapa kena jadi baik kalu..... dan sebagainya..


Seriously, saya pernah. Bukan sekali dua. Tapi banyak kali kot. Bukan nak kata diri ni baik, tapi dalam beberapa situasi, boleh la dikatakan baik sikit..haha.. 0k fine.


Entahlah, kadang2 bila kita buat baik, orang xda pun nak buat baik balik. Kadang2 rasa macam dipergunakan, diambil kesempatan, kurang rasa hormat kat kita, dll. Ingat orang baik ni 'OK' sentiasa ke? Lebih baik kita jadi je macam orang biasa yang lain. Ok jugak kan.


Well, dari pengalaman saya tengok orang yang betul2 baik , it's actually quite dangerous if we take them for granted. Memang la orang baik senang memaafkan, x kisah sangat itu ini, tapi sekali dia dah terasa dan kecik hati... akan wujudlah peribahasa Hati Kering dalam kamus diri dia. Well, x sure maksud hati kering apa, tapi yang saya faham dia lebih kurang macam keras hati, tak kisah hal orang lain, xda perasaan.


So, nak salahkan sape? Orang sekeliling ataupun diri sendiri. Yang pastinya jangan salahkan ibu yang menanggung dan ayah yang menanggung ye~



April 6, 2012


when people have no sense, they become nonsense!

March 11, 2012

Romantik Islamik..... (--')

Assalamualaikum w.b.t kepada semua. Harap2 semuanya dalam keadaan sihat dan baik..
Hmm.. tadi masa tengah baca newspaper, terbaca lah satu iklan filem ni.. yang akan ditayangkan tak lama lagi.. Sebelum baca nama cerita tu.. atas dia tulis "sebuah filem romantik islamik".. tettt......


What?? first time dengar istilah tu.. maybe istilah baru yang diwujudkan memandangkan sekarang ni banyak sangat cerita yang berkonsepkan tu.. Tapi... Adoi, entah lah. macam speechless kejap. Tak kena langsung la istilah tu.. Ada ke romantik islamik.. Kalu tengok trailer cerita tu, konsep Islamik tu pun entah macam mana.. Macam menunjukkan Islam tu extreme dan kolot je..


Mungkin sejak cerita Nur Kasih dulu tu, wujud istilah ni kot.. Sebab cerita2 yang macam tu selalu nya hangat di pasaran. Agaknya lah. haha.. Kalau romantik komedi tu boleh la terima lagi..haish.. Jangan lepas ni ada pulak kang istilah 'seram islamik'. Semuanya nak guna nama Islamik tapi konsep dia tak clear.. rosak-rosak..


Macam main-main pulak dengan istilah 'Islamik' tu sendiri.. Kan istilah tu membawa imej Islam. So, kalau betul la nak buat tema Islamik tu, kena la study dan tau betul2.. Sebab takut bagi pemahaman yang salah kepada penonton. Dan sebagai penonton pulak, kita tak boleh la terus nak terima bulat2. Sebab yang bulat tu maybe sebenarnya empat segi.. Kan? haha oklah, no further comment.




WASSALAM~

February 13, 2012

website penipu tapi cool

Assalamualaikum.. hai2, post sebelum ni saya ada cerita pasal website yang amazing kan - peteranswer.com.
By the way, sebenarnya saya dah kena tipu dengan adik sendiri!!! kuang asam betul.. ingat kan website tu memang hebat boleh meramal dan tau segala-galanya. Rupa-rupanya website tu memang direka untuk menipu dan prank orang.

So, sorry la ye bagi sesiapa yang telah mencubanya dan tidak berjaya. Sebab ada teknik dia sendiri utk memberikan jawapan.

Untuk tau dengan lebih lanjut tentang tekniknya, sila lah klik link ini...

February 3, 2012

~ bandingkan ~



lasak tapi tak kasar
lembut tapi tak lemah
tegas tapi tak garang
kelakar tapi tak lawak
keras tapi tak degil
jimat tapi tak kedekut
diam tapi tak senyap
cergas tapi tak kuat
kawan rapat tapi bukan kawan baik
bijak tapi tak pandai
cantik tapi tak lawa
handsome tapi tak kacak
suka tapi tak cinta
tak suka tapi tak benci
sopan santun tapi tak berbudi bahasa

dan banyak lagi~~~

(~_^)

January 1, 2012

new year 2012~

Assalamualaikum

bersempena dengan tahun baru ni
saya takda azam baru!!! yeay! 
haha

sekian terima kasih.

p/s : bukan takda langsung tp maybe belum ada lagi buat masa ni. Mungkin, akan datang. Boleh tak? 

November 27, 2011

Let bygone be bygone


is it simple by just saying
let bygone be bygone
when we doubt about the future?

November 21, 2011

Manusia & Takdir

Assalamualaikum W.B.T .

Alhamdulillah dengan izin Allah, masih lagi aku bernafas dan mampu untuk menulis. Sebenarnya aku konfius dengan konsep takdir. Mungkin memikirkan apa yang telah berlaku selama ini. Adakah senang manusia menjawab segala apa yg terjadi dengan mengatakan itu semua takdir?

Adakah takdir itu melibatkan perkara yg besar2 je sebagai contoh, rezeki, ajal, jodoh, dan masa depan? Tapi adakah perbuatan yg ke arah itu semua juga termaktub dalam takdir? Sebagai contoh : "kenapa awak kahwin dengan dia? Mungkin memang kami ditakdirkan bersama.."

Tapi macam mana pulak kalau perkara yg dilakukan tu adalah perkara yang tidak baik? Sebagai contoh : "kenapa awak berkawan dengan budak2 nakal tu? Dah takdir tetapkan kitaorang boleh berkenalan dan berkawan."

Adakah semua perbuatan kita ni pun dah tertulis dalam takdir jugak? saya tengah tulis post ni pun takdir jugak ke? Kalau macam tu orang yang buat jahat pun mungkin boleh beri alasan dengan menyalahkan takdir kan? hmm...

Memang ramai yang memberikan jawapan mudah dengan mengatakan ia takdir. Tapi, dalam sesetengah keadaan, aku tetap merasakan bahawa itu jawapan yang hanya berbentuk 'penyelamat diri' dan bukan jawapan ikhlas. 

Hidup ni memang complicated. Tapi disebabkan complicated itulah manusia dapat melihat bahawa hidup di dunia ini ada pelbagai arus yang boleh datang bila2 masa je. Dan semoga kita mengambil iktibar dan jadikannya bekalan untuk masa yang mendatang.

~~~~~~Wassalam, bubye~~~~~~

October 18, 2011

BENCI !!!

aku benci....
kerana.... aku benci...
kerana ... aku tak percaya...
kerana ... aku takut ...
kerana... aku kasihan ...
kerana... aku tak faham
kenapa perlu menyalahkan orang lain
jika apa yang dibuat
adalah sesuatu yang dibenci orang
jangan salahkan ku jika aku membenci
kerana kau yang menghasilkan kebencian itu!

September 9, 2011

Azam Baru..

Bismillahirrahmanirrahim..


Pertama-tamanya aku ingin mengucapkan syukur kepada Allah kerana memberi rezeki dan peluang kepada ku untuk menyambung belajar lagi. Walaupun setelah pelbagai perkara telah dilakukan dan sekian lama menanti jawapan yang sebenar-benarnya, Alhamdulillah, mungkin ini yang terbaik untukku. 


Dan aku berdoa, semoga kawan-kawanku yang lain juga dapat mencapai apa jua yang mereka impikan. Walaupun bukan pada waktu sekarang, tapi Insyallah di kemudian hari. Pape pun, teruskan berusaha dan berdoa.


Bersempena dengan fasa kehidupan yang baru sebagai seorang pelajar baru, di kampus yang baru, suasana yang baru, saya berazam untuk : (jika diizinkan Allah)


1) menabung dan takkan keluarkan duit dari tabung tu. - RM 1 
   setiap sehari, kalau ada rezeki lebih mungkin 
   lebih, kalau kurang maybe kurang. hehe.. 


2) tidak mahu aktif dalam mana2 persatuan.


3) fokus study (study hard and smart) 


 - memandangkan diri ni xda la smart sangat, kena la study hard  
   jugak..haha
 - gunakan masa dengan bijak.


4) menjadi seorang yang lebih baik dari sebelum ni..tett...




THAT'S ALL FOR NOW.. 

July 8, 2011

apa maksudnya ni?

Assalamualaikum..

Masa bukak blog tadi, baru perasan ada icon yang pelik muncul. Before ni takda pulak.. Macam biasa je.. Adakah disebabkan setting network/browser ke apa? Tapi bila saya try bukak blog orang lain, tak semua blog ada icon tu. Ada yang ada, ada yang macam biasa je iaitu icon blogger. Tapi yang bestnya, dia kejap ada kejap takda..haha

Sila lihat gambar di bawah. Fokus pada objek yang dibulat ye..






Gambar objek bila di'zoom' :

ni macam gambar burung hantu 

ni gambar icon blogger yang biasa

ni entah gambar apa. macam gambar pikachu duduk atas bantal.


Blog anda pula bagaimana?







July 5, 2011

Mencari Diri Yang Hilang~

Diriku sudah hilang
hilang entah ke mana...

Mungkinkah...
ia berada di utara, selatan, timur ataupun barat?

Adakah...
ia tenggelam di dasar lautan?
terdampar di persisiran pantai?
bertapa di puncak Everest?
berterbangan di langit biru?
memburu di hutan belantara?

Untuk apa ia menghilang dan kenapa?
apabila ku temui diri yang hilang itu
akan ku tangkap dan simpan ia
agar ku mampu menjadi diri yang lengkap
tanpa ada sisi yang menghilang...


Usah ditanya kenapa.
diri yang menghilang itu
 menghilangkan dirinya daripada diri-diri yang berdiri di sekelilingnya
demi sesuatu.
Sesuatu antara diri itu dengan alam hidupnya
dan juga tuhannya...



June 23, 2011

21 tahun : undi & pilihanraya

Assalamualaikum.


Sekarang dah umur 21 tahun. (ops,ala tak kisah pun org tau umur. Age is just a number. Yang penting, kalau jumpa makcik2 dekat luar sana, soalan still maintain : "ni sekolah tingkatan berapa?". Chewah, perasan awet muda la kononnya).


Tiba-tiba terfikir, "aku dah 21 tahun la. Alamak dah nak dewasa. aaa takmo2." Dah boleh mengundi ni. Sekarang pun politik tengah hot. Rasa macam belum bersedia memikirkan hal2 sebegitu. Chewah. Taknak mengundi boleh tak? Tak kisah la sape pun yg pegang tampuk kepimpinan. Tak tau nak pilih sape sebab tak tau nak percaya yang mana.


TAPI...... tak boleh. Kena undi jugak sebab tu tanggungjawab kita untuk pilih pemimpin. Nanti dekat akhirat kena soal nanti. Mungkin disebabkan kekurangan satu undian kita, boleh memberi kesan pada negara. Mana kita nak tau. Betul tak? Bab kita pilih calon yang betul ke salah, tu cerita calon tu dengan Allah lah. Dia lah yang kena jawab macam mana dia memimpin. Telus dan bersih ke tak.


Yang penting, kita dah jalankan tanggungjawab kita iaitu memilih calon pemimpin yang mana kita rasa dia boleh memimpin dengan baik.

Okeh, nak promosi jap. Sila lah layari  http://www.spr.gov.my/ untuk keterangan lanjut. Jalankan tanggungjawab anda. First thing kena buat adalah daftar dulu sebagai pengundi, then barulah boleh mengundi~

" UNDI ANDA ADALAH RAHSIA." (-o-)


Sekian, terima kasih. Wassalam~

June 13, 2011



when the words cannot say anything
the action cannot do anything
the mind cannot think
the soul cannot feel
just say WHATEVER
and try calling your GOD

OH ALLAH, MY L0RD...


June 8, 2011

Nak yeay ke x?!

Ok, first of all.... Yeay! Sebab praktikal dah habis. Secondly, risau dok berfikir-fikir apa nak buat dgn cuti 3 bulan ni. Kalau dapat kerja okla, takda la kebosanan tak tentu hala dekat rumah. Kalau tak kerja? At least buatlah something yang produktif. Tak nak lah pasif je.. haiyoo~

First mission ialah membuat operasi 5S di bilik. (sapu, sisih, simpan, susun dan senang hati). Apa nak buat tiap2 hari? Kalau buat rutin yang sama je memang bosan lah kan. Maybe saya kena mencipta hobi yang baru. Menternak ayam dan itik atau lembu dan kambing kah? huhu.. Boleh jugak menyibukkan diri dgn benda2 camtu jugak kan. Tanam sayur bukannya on the spot boleh petik hasilnya. Nak tunggu pokok durian, manggis dan rambutan berbuah, dah mogok agaknya tak nak berbuah dah. 2,3 biji je yang keluar.

Ataupun, guna sistem giliran..chewaah.. Minggu ni tido rumah sendiri, lepas tu rumah nenek, lepas tu rumah sedara jaga baby esah, lepas tu rumah mertua, lepas tu rumah sendiri balik. Sambil2 tu boleh melencong mana2..huhu..

Hidup oh hidup, kalau sibuk sangat kita komplen. Kalau lapang sangat pun nak komplen jugak. Apa nak jadi ni?! OMG... 

May 22, 2011

Terlalu 0pen Minded?

''rilex la..hang ni tak open minded la." - dialog standard semua org pernah dengar. Open minded (minda terbuka) memang bagus. Senang untuk sesama manusia berbincang tentang sesuatu perkara. win-win situation kot lebih kurang. Awak dengar apa saya cakap dan saya dengar apa yang awak nak cakap.


Tapi bagiku, walaupun nak ber'open-minded' pun, masih perlu dan ada perkara2 yang perlu ditapis. Open minded pun mesti kena dgn tempatnya. Perlu melihat dulu keadaan, dengan siapa kita bercakap dan topik apa yg dibincangkan.


Nak sangat jd orang open minded tapi ada part lain yg masih tertutup. Apabila semua orang menjadi terlalu open minded, kadang2 tanpa disedari boleh menyentuh sensitiviti sesuatu pihak. Sesuatu perkara yg sepatutnya dibincang secara rahsia menjadi perbincangan umum. Orang2 yang buat jahat pun boleh gunakan alasan open minded.


Sebab apa yang kita tuturkan, fikirkan dan lakukan secara tak langsung memantulkan peri peribadi kita. So, kenalah hati2 dan terkawal. "eleh, tu hipokrit la tu namanya. Aku tak nak jadi orang hipokrit." Apa yang anda faham dengan istilah hipokrit? Apa yang saya faham, hipokrit itu adalah berpura-pura baik. Baik yg camne? Terpulang lah masing2 nak takrifkan baik tu cmne sbb ianya perkara yg subjektif dan x boleh diukur.


ADAB/AKHLAK. Islam sangat mementingkan adab dan akhlak. Hipokrit selalu disalah tafsir. Bahkan Islam mengajar bagaimana adab2 dengan org yang lebih tua, adab dengan org yg bukan mahram kita (pergaulan lelaki & perempuan). Adab2 itulah yang mengawal dan memandu kita. Bukan menjadikan kita hipokrit.


Takkan lah saya nak layan mak ayah ataupun org yg lebih tua dari sy sama mcm kwn2 saya yg lain kan? Tidak sama sekali. Mungkin akan terjadi kurang kesopanannya di situ. Begitu jugak dengan kawan2. Tak kan lah saya nak layan kwn2 lelaki sama mcm sy layan kwn2 perempuan? Tidak sama sekali insyallah. Mungkin akan terjadinya perlanggaran batasan dan hilanglah adab di situ. Dan takkan lah juga saya nak layan org yg baru saya kenal sama mcm dgn org yg dah lama sy kenal?


Setiap sesuatu tu mesti kena dengan keadaannya, mesti kena dengan orangnya. Kena lah bijak sesuaikan. Bukannya main harung je segala apa yang ada. Mesti ada kawalan dan batasan..again..

Sekian, wassalam.. Bubye~

May 17, 2011

'misjudge'-anyam ketupat-n0 c0mment..

Ada falsafah mengatakan : "kita tak berhak menilai seseorang sebelum kita betul-betul kenal dia." Hmm betul la tu. Ada orang dari first impression dia dah judge/nilai seseorang. Padahal itu tidak adil bagi diri mereka yang dinilai itu tanpa belum mengenal budi pekerti sebenar mereka.


 Sebenarnya hal sedemikian menjadi pengajaran buat diri sendiri sebab saya pernah misjudge seseorang suatu ketika dahulu tanpa betul-betul mengenali dirinya. So, taknak lah kesilapan lalu berulang kembali. Nak mengenali seseorang betul-betul 100 peratus memang susah. Even mak kita sendiri pun belum tentu tau setiap sudut dalam diri kita. Orang yang dah kawin lebih 10 tahun pun ada je yg belum betul-betul kenal diri suami/isteri masing2. So, terpulang lah pada masing2 macam mana nak describe apa makna betul-betul tu ek. Hehe..

Tetapi yang pastinya, orang yang betul-betul kenal diri kita ialah diri kita sendiri (ini pun belum tentu lagi) dan juga Allah, yang mencipta diri kita.

Bahaya sebenarnya kalau terjadi sebegini sebab kita dah set otak kita yang orang tu macam tu macam ni. So, bila ada benda baik yang orang katakan mengenai orang itu, mungkin agak susah untuk kita terima dan percaya. Lebih buruk lagi bila kita misjudge seseorang lepas tu kita cerita pasal dia dekat orang lain. Orang lain yang belum kenal dia pun mestilah akan percaya apa yang kita cakap. Kan itu boleh menjadi fitnah. Fitnah kan lebih kejam dari membunuh? (Al-Baqarah : 191).


So, bila kita kurang pasti dengan sesuatu keadaan dan agak2 bila ada orang tanya soalan yang lebih kurang macam dekat bawah ni nak jawab ape?


1) apa pendapat awak tentang dia?
2) betul ke dia macam tu?
3) cmne boleh jadi mcm tu?
4) percaya tak kalau.....
5) betul ke.....
6) and what so ever....yang sama waktu dengannya


Jawab jela... "entah".  "no komen". "tak tau." "yeke?" "entahlah,tanya la tuan empunya badan." "haha." Jawab jelah ape2 pun mengikut kreativiti sendiri asalkan kita tak menjadi 'penambah perisa dan pewarna tiruan.' Lain pulak jadinya kang.. Gosip2, 'menganyam ketupat' ramai2 ni memang best. Bak kata orang putih :"the more the merrier.". Ish2 tapi jgn la aplikasi dalam benda2 yang negatif pulak. Tapi masalahnya benda2 yang tak elok la yang orang suka buat.

Daripada kita menjadi penganyam tak bertauliah, lebih baik kita diam je tak payah anyam pape. Diam tak bermakna tak tahu pape tetapi diam berfikir dan berzikir. Lagi hebat kalau kita boleh hentikan kerja2 'menganyam ketupat' tu. Tapi kalu tak mampu, pergi jelah dari tempat tu.



                                      Wassalam~

May 1, 2011

"AKU BUKAN SYAITAN, AKU JUGA BUKAN MALAIKAT."


April 6, 2011

manusia memang sukar untuk difahami
mengapa dan kenapa menjadi persoalan
kadang kala jawapan itu sendiri yang menjadi persoalannya
jika begitu, usah ditanya mengapa dan kenapa
kerana masing-masing punya alasan sendiri
jika susah bagi kita untuk terima dan fahaminya
biarkan saja jawapan itu kekal sebagai sebuah jawapan
jangan tukar sebuah jawapan menjadi sebuah soalan
kerana jika begitu, kita akan sentiasa mempersoalkan
qada' dan  qadar...