About

"LihatlAh DenGan Mata HaTi, Anda PasTi akAn MenGerti." InsyaAllah. * Life Is Preci0us! *

Pages

October 31, 2011

Saya sangat kagum!

situasi : di cafe, waktu untuk makan tengahari.


Hari ni masa tengah lunch dekat cafe, kawan semeja suruh pusing belakang. Fokus pada seorang lelaki yang sedang membaca doa makan.


Lelaki itu paras rupanya kacak, memakai cermin mata old school, pemakaiannya smart berkemeja berpakaian formal.


Apa yang saya kagum? kerana rupa parasnya kah? oh tidak tidak.


Tetapi kerana doanya. Dia berdoa seperti orang yang berdoa selepas solat! sangat lama dan khusyuk! 2, 3 kali toleh pun masih x hbs menadah tangan. Terlihat kerutan di dahinya sambil mata separa pejam. Cermin matanya ditanggalkan, letak di atas meja.


Kami sangat kagum sebab x pernah jumpa orang macam tu. Tambahan pula mungkin disebabkan personalitinya yang begitu- Anggun, bergaya dan BERIMAN... haha


Mane la tak kagum kan, orang kalau dah menghadap makanan. Kadang2 tak menyempat pun nak baca doa makan. Paling koman pun baca bismillah je. (ok lg la). Yang tak baca doa langsung pulak macam mana kan?


Hmm kalau difahamkan maksud doa makan yang simple dan pendek tu, sebenarnya maksud dia sangat besar!


" wahai tuhan kami, berkatilah kami dan berkatilah apa yang direzekikan kepada kami. Dan jauhkanlah kami dari api neraka. Amiin..."

7 comments:

Awenism said...

superb. rasa jelezlak ngan mamat itu, hehe... doa itu sendiri adalah intipati ibadah.

hadis: Rasulullah bersabda bermaksud: sungguhnya orang yang paling bakhil itu, mereka yang bakhil untuk memberi salam (keselamatan dan kesejahteraan) dan selemah-lemah manusia ialah mereka yang lemah dari memanjatkan doanya kepada Allah s.w.t., (hari Ahmad dan lain-lain).sahih oleh Baihaqi

"Berkata Abu Musa al 'Asy'ari : "Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam telah berdoa sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya. Di saat itu aku terlihat warna putih kulit di bawah kedua-dua ketiaknya."

hurm2. kadang2, apa yang kita lihat hari ini adalah peringatan dari ALLAH.

Dandeli0n said...

peringatan dr Allah. hmmm...

Najma Ahmad said...

lihatlah dgn mata hati.....hihi
mamat tu doa sbb dia bukan je doa tntg makanan tapi doa tentang lain jugak....dia lihat dgn mate hati........

Awenism said...

Betul gak, kalau naik kenderaan, mungkin kita doa naik kenderaan, dalam masa yang sama... berdoa juga atas kenikmatan kenderaan... wah...

satu lagi

Nek saya pernah pesan "berdoa bukan untuk diri sendiri, tapi untuk semua ..."

Najma Ahmad said...

ye nur al amin...saya setuju...doa untuk semua orang...doakan saya juga...hihi

Dandeli0n said...

yes bos! Insyallah. Kenang daku dlm doamu,kenang mu dlm doaku..hihi (^_^)

neslo@hotmail.com said...

memang 'saya kagum sangat sangat'