Jangan pernah menyesal atas...
baju yang pernah dibeli
makanan yang pernah dimakan
air yang pernah diminum
cerita yang pernah ditontoni
buku yang pernah dibaca
kenderaan yang pernah dinaiki
rumah yang pernah diduduki
pelajaran yang pernah dipelajari
ibu bapa yang pernah memenuhi
adik beradik yang pernah melengkapi
saudara mara yang pernah menyinari
guru yang pernah dikenali
kawan yang pernah dikawani
musuh yang pernah dimusuhi
orang yang pernah disukai
orang yang pernah dibenci
orang yang pernah ditunangi
orang yang pernah dikahwini
dan apa-apa sahaja yang pernah
KERANA...
itu semua sudah menjadi 'pernah'
tiada gunanya kita menyesal atas sesuatu perkara
yang tidak mungkin boleh diputar balik masanya
DAN...
kerana ianya juga adalah sesuatu yang telah dan pernah dicatatkan
dalam perjalanan takdir kehidupan kita oleh yang maha Kuasa. Suatu hari nanti
kita akan sedar bahawa penyesalan itu bukanlah satu perkara yang perlu disesalkan.
kita akan sedar bahawa penyesalan itu bukanlah satu perkara yang perlu disesalkan.
MAKA...
janganlah pernah menyesal dan menyalahkan sesiapa. Jika ianya belum menjadi pernah,
coraklah ia dengan sebaik-baiknya.
TETAPI...
terdapat satu perkara yang perlu kita sesali. Iaitu dosa dan kesalahan yang pernah, sedang dan
akan kita lakukan..
2 comments:
bila kita jelas tentang hidup kita, makna untuk hidup makin dekat pada kenyataannya, ramai yang tahu, namun tidak faham, dan belum pernah merasai keperitaan dosa.
stiap yg berlaku 2 ad hikmah nye kan..haha. smile always:-)
Post a Comment