About

"LihatlAh DenGan Mata HaTi, Anda PasTi akAn MenGerti." InsyaAllah. * Life Is Preci0us! *

Pages

Showing posts with label self-exploration. Show all posts
Showing posts with label self-exploration. Show all posts

July 5, 2011

Mencari Diri Yang Hilang~

Diriku sudah hilang
hilang entah ke mana...

Mungkinkah...
ia berada di utara, selatan, timur ataupun barat?

Adakah...
ia tenggelam di dasar lautan?
terdampar di persisiran pantai?
bertapa di puncak Everest?
berterbangan di langit biru?
memburu di hutan belantara?

Untuk apa ia menghilang dan kenapa?
apabila ku temui diri yang hilang itu
akan ku tangkap dan simpan ia
agar ku mampu menjadi diri yang lengkap
tanpa ada sisi yang menghilang...


Usah ditanya kenapa.
diri yang menghilang itu
 menghilangkan dirinya daripada diri-diri yang berdiri di sekelilingnya
demi sesuatu.
Sesuatu antara diri itu dengan alam hidupnya
dan juga tuhannya...



April 4, 2011

Falsafah Hidup BerAgama & BerTuhan

Pada suatu petang yang damai, angin meniup sepoi-sepoi bahasa.. Terdapat 2 orang sekawan sedang duduk-duduk menikmati angin bayu yang bertiup dari arah utara Pulau Pinang. Tiba-tiba seorang daripada mereka memulakan perbualan.

Usop : hang ada agama tak Husin?
Husin : hah?! awat hang ni tiba-tiba ja tanya soalan macam tu? (Husin
           kebingungan dan sedikit tersentap). Mestilah ada. Aku kan beragama
           Islam jugak sama macam hang.
Usop : hmm,, kalau hang ada agama, hang mesti ada tuhan kan? (Usop
           menanyakan soalan cepu cemas)
Husin : haih, mestilah ada. Hang nak cakap aku takda agama dengan tuhan
           ka? (Husin berasa sedikit tercabar dengan persoalan Usop)
Usop : dok aih.. Don't misunderstood my friend.. Aku saja tanya sebab tiba2
           aku terfikir, agak2 nya kalau aku buat temu bual dengan 50 orang
           budak kampus kita ni, rasanya 50 orang tu semua akan jawab benda
           yang sama macam hang kot.
Husin : So?? ce citer ce citer..
Usop :  So maksudnya.. Diaorang ni tau dan sedar la yang diaorang ni ada
           agama dan tuhan. Termasuklah aku dan hang sekali.
Husin : ??? (membuat muka pending)
Usop : Aku nak cakap dekat sini bahawa dalam diri manusia ni sudah tersedia
           ada dengan falsafah hidup beragama dan bertuhan. Cuma sedalam dan
           sekuat mana kesedaran dan pegangan tentang falsafah itu yang
           menjadi persoalannya..hehe
Husin : Ooh khabaq la awal2. Hang ni buat aku pending ja..huhu
Usop :  aku dah khabaq awal2 la tadi cuma tak straight forward ja.. Sory la
            ek.. Eh, dah nak Maghrib la, moh la kita balik.
Husin : moh moh..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bismillahirrahmanirrahiim..

FALSAFAH HIDUP BERAGAMA DAN BERTUHAN

FaLSAFAH : secara detail nya, pelbagai tafsiran yang boleh menggambarkan apa itu falsafah kerana kita sendiri boleh berfalsafah tentang pengertian falsafah. Tetapi jika secara 'surface' nya, cukuplah kita faham bahawa ia suatu istilah yang menggambarkan sesuatu pemikiran dan kefahaman.

BerAgama : ada agama

BerTuhan : ada tuhan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kalau lah semua rakyat Malaysia sedar dan pegang dengan falsafah ini, mesti polis boleh berhenti kerja, cari kerja lain. Kerajaan pula tak perlu pening-pening nak mewujudkan pelbagai undang-undang dan peraturan. Negara pun aman damai tiada jenayah, maksiat dan perkara negatif yang lain. Kan kan??

Kenapa? Sebab masing-masing akan merasai kehadiran Tuhan dalam setiap kelakuan. Yang meliputi setiap konteks individu, tempat, masa dan keadaan >> seorang anak, isteri, suami, ibu bapa, pelajar, pekerja, pemimpin, masyarakat, hamba Allah dan sebagainya.

Apabila falsafah ini dipegang, maka kita sendiri akan berasa takut untuk membuat sesuatu yang negatif tanpa perlu menunggu orang lain untuk menegur dan menegah kita. Kerana kita punya Agama dan juga Tuhan~~ yang menjadi 'guideline' kita.

TETAPI

Jangan lupa bahawa kita masing-masing ada musuh tersendiri iaitu Syaitan laknatullah. Musuh yang datang tanpa diundang, hanya pergi apabila dihalau. Mereka itu lah yang akan sentiasa melonggarkan cerucuk-cerucuk keimanan yang telah ditanam dalam tapak hati jiwa seorang mukmin.

JADI

Berwaspadalah! Sama-samalah kita sentiasa Istiqamah dalam menguatkan cerucuk keimanan dalam usaha membina sebuah menara Taqwa. Insyallah (^o^)

Dentuman petir petanda hujan
Malap sudah sinaran mentari
Alangkah indahnya jika hidup bertuhan
Sentiasa terpelihara dan diredhai..


p/s : jika ada kesilapan, sebarang komen dan pembetulan amat dialu-alukan. Sekian, terima kasih. 

January 13, 2011

Warna

 Cuba lihat 3 titik hitam dalam imej di bawah selama 10 - 15 saat. dan terus lihat ke dinding. Saksikan apa yang akan muncul.


Sudah? menakjubkan bukan? Well, cuba pandang imej di bawah ni pula dan buat seperti arahan di atas.




So, apa yang menyebabkan terjadinya begitu? adakah sebab perkataan yang dipaparkan ataupun sebab warna? Kalau kita lihat imej pertama sahaja dan tidak membuat perbandingan mesti kita mengatakan bahawa itu disebabkan kesucian kalimah Allah itu.

Tetapi, selepas membuat perbandingan menggunakan teori akal dan amali, ternyata ia adalah disebabkan pengaruh warna. Hitam/warna gelap adalah satu-satunya warna yang tidak boleh memantulkan cahaya. Jadi, apabila kita fokus pada titik hitam dalam tulisan yang berwarna putih itu, secara automatiknya warna putih itu yang memberi pantulan kepada mata kita tanpa diganggu dengan pantulan yang lain.

Sebab itulah bila kita lihat ke dinding, imej yang berwarna putih itu yang muncul. Kalau nak dikaitkan dengan kehidupan kita. Hidup ini dikelilingi dengan pelbagai warna. Tetapi adakah warna-warna itu yang akan menentukan dan mempengaruhi cara kita melihat dunia ini? Atau kita yang mahu tentukan bagaimana kita melihat warna-warna itu?

~ bak kata pepatung : "walau iris mata sama hitam, tapi pandangan berbeza-beza.." ~ ngeh3 (*-*,)

December 20, 2010

Mengkaji Misteri Mimpi

MIMPI >>> ramai yang mengatakan ia hanyalah mainan tidur. Juga aktiviti minda separa sedar atau tak sedar langsung (mind game). Apabila kita tidur, ia melibatkan minda dan roh kita <<<

1) ada mimpi yang datang dari permainan syaitan dan ada juga yang diilhamkan dari Illahi.

sebagai contoh : apabila seseorang melakukan istikharah meminta petunjuk kemudian dia 
                             bermimpi. Bagaimana hendak yakin samada itu benar2 petunjuk ataupun
                             sekadar permainan tidur sendiri? ask yourself...

2) Ada orang kata, kalau kita tidur, roh kita keluar dari jasad. Sebab tu ada istilah tidur mati. 
     Sejauh mana kebenaran fakta ini? ask yourself..

3) Saya pernah terfikir, adakah jika kita bermimpi seseorang atau sesuatu bermakna roh
     kita bertemu dgn roh mereka juga?

- kalau ya (kalau ikut logic la) >>> bermakna roh diaorang pun jumpa roh kita la kan?
                                                    >>> bermakna mereka pun mimpikan kita jugak la kan dan 
                                                             mimpikan perkara yang sama? kalau mimpi Shah Rukh
                                                             Khan, maksudnya dia pun mimpi saya jugak ke? waah
                                                             bertuahnya... hihi~
                                            
4) Bagaimana pula kalau bermimpi bertemu orang yang tidak pernah dikenali?
     Wallahualam...

5) Haiwan juga bermimpi? Kalau ya, apa yang dimimpikan agaknya ye.. Sama mcm manusia
     ke?

- kalau betul la teori kita mimpi sesuatu/seseorang sebab roh kita sama2 berjumpa........... 
   sila baca contoh situasi di bawah :

>>> satu hari mimpi bercakap-cakap dengan lembu...adakah lembu tu pun mimpi kita?? 
       Tett!! kalau rasa2 nak buang tebiat atau nk cari bukti, pergi la cari lembu tersebut dan
       tanya dia : "lembu oh lembu, malam tadi hang ada mimpi aku tak?" kalau dia angguk
       memang blh terima lah teori ni! (~_^)

>>> tapi macam mana pulak kalau mimpi bertemu dengan sesuatu yang tidak wujud? mimpi
        Doraemon misalnya~ tett!! (sekali lagi). kalau yang ni memang x boleh pakai la teori ni.

6) Mimpi jadi kenyataan >>> hanya kebetulan atau ada makna yang tersirat??

7) Mimpi benda yang sama berulang kali >>> hanya mind game atau ada makna tersirat
    juga?

8) Mimpi umpama sebuah cerita yang ada sambungan2 nya >>> hanya mind game atau ada
     makna tersirat juga?

9) Kita boleh mengawal mimpi? Pernah tak semasa tidur, anda bermimpi yang anda tau
    anda hanya sedang bermimpi?

>>> contoh : mimpi dikejar anjing - then kita macam bagitahu dekat diri sendiri : "ooh ni
                       mimpi je..takpe2 kejar dia balik..hah!

10) Sedar atau tak, kita boleh jadi banyak pihak dalam mimpi sendiri - pengarah, pelakon,
       penonton.

>>> pengarah : bagi sesiapa yang boleh mengawal mimpi
>>> pelakon : diri sendiri yang merasai dan melalui cerita mimpi itu
>>> penonton : melihat cerita mimpi itu samada diri kita ada ataupun tidak dalam cerita itu
                           (macam tgk tv) 

11) Apa warna mimpi anda? colourful, black and white, sephia, tiada warna.. Saya percaya
      ramai yang tak perasan dan tak tau pun samada mimpi tu ada warna ke tak bila tersedar
      dari tidur.

12) Sebelum tidur boleh plan ke nak mimpi apa kejap lagi? Sejauh mana keberkesanan 
      planning itu ye.

well3... Saya nak bereksperimentasi teori no.3 lepas ni. dadidu~