Hari ni masa tengah lunch dekat cafe, kawan semeja suruh pusing belakang. Fokus pada seorang lelaki yang sedang membaca doa makan.
Lelaki itu paras rupanya kacak, memakai cermin mata old school, pemakaiannya smart berkemeja berpakaian formal.
Apa yang saya kagum? kerana rupa parasnya kah? oh tidak tidak.
Tetapi kerana doanya. Dia berdoa seperti orang yang berdoa selepas solat! sangat lama dan khusyuk! 2, 3 kali toleh pun masih x hbs menadah tangan. Terlihat kerutan di dahinya sambil mata separa pejam. Cermin matanya ditanggalkan, letak di atas meja.
Kami sangat kagum sebab x pernah jumpa orang macam tu. Tambahan pula mungkin disebabkan personalitinya yang begitu- Anggun, bergaya dan BERIMAN... haha
Mane la tak kagum kan, orang kalau dah menghadap makanan. Kadang2 tak menyempat pun nak baca doa makan. Paling koman pun baca bismillah je. (ok lg la). Yang tak baca doa langsung pulak macam mana kan?
Hmm kalau difahamkan maksud doa makan yang simple dan pendek tu, sebenarnya maksud dia sangat besar!
" wahai tuhan kami, berkatilah kami dan berkatilah apa yang direzekikan kepada kami. Dan jauhkanlah kami dari api neraka. Amiin..."