cantik itu indah
indah itu menyejukkan mata
mendamaikan jiwa
siapa yang tak mahu cantik
tipu jika ada yang tidak mahu
cantik luar, cantik dalam
mana yang menjadi keutamaan
luaran itu penting
tetapi dalaman itu utama
pentingkanlah yang utama
andai luaran tidak cantik
tidak mengapa
cantikkanlah yang dalaman
kerana kecantikan dalaman itu
akan terpantul jua menjadi kecantikan luaran
andai luaran sudah cantik
cantikkanlah pula yang dalaman
maka akan bertambah cantiklah diri
pandangan manusia dan pandangan Illahi
jadilah cantik untuk pandangan Illahi...
~Beauty Is 0n The Eye Of The Beholder~
wallahualam...
p/s : cantik di sini membawa maksud umum (lelaki dan perempuan). sebab takkan nak buat post lagi satu tajuk HENSEM~ pulak.. Kalau tukar perkataan cantik jadi hensem dalam post ni, kan pelik bunyinya nanti.haha..
0 comments:
Post a Comment