About

"LihatlAh DenGan Mata HaTi, Anda PasTi akAn MenGerti." InsyaAllah. * Life Is Preci0us! *

Pages

November 21, 2011

Manusia & Takdir

Assalamualaikum W.B.T .

Alhamdulillah dengan izin Allah, masih lagi aku bernafas dan mampu untuk menulis. Sebenarnya aku konfius dengan konsep takdir. Mungkin memikirkan apa yang telah berlaku selama ini. Adakah senang manusia menjawab segala apa yg terjadi dengan mengatakan itu semua takdir?

Adakah takdir itu melibatkan perkara yg besar2 je sebagai contoh, rezeki, ajal, jodoh, dan masa depan? Tapi adakah perbuatan yg ke arah itu semua juga termaktub dalam takdir? Sebagai contoh : "kenapa awak kahwin dengan dia? Mungkin memang kami ditakdirkan bersama.."

Tapi macam mana pulak kalau perkara yg dilakukan tu adalah perkara yang tidak baik? Sebagai contoh : "kenapa awak berkawan dengan budak2 nakal tu? Dah takdir tetapkan kitaorang boleh berkenalan dan berkawan."

Adakah semua perbuatan kita ni pun dah tertulis dalam takdir jugak? saya tengah tulis post ni pun takdir jugak ke? Kalau macam tu orang yang buat jahat pun mungkin boleh beri alasan dengan menyalahkan takdir kan? hmm...

Memang ramai yang memberikan jawapan mudah dengan mengatakan ia takdir. Tapi, dalam sesetengah keadaan, aku tetap merasakan bahawa itu jawapan yang hanya berbentuk 'penyelamat diri' dan bukan jawapan ikhlas. 

Hidup ni memang complicated. Tapi disebabkan complicated itulah manusia dapat melihat bahawa hidup di dunia ini ada pelbagai arus yang boleh datang bila2 masa je. Dan semoga kita mengambil iktibar dan jadikannya bekalan untuk masa yang mendatang.

~~~~~~Wassalam, bubye~~~~~~

2 comments:

MiloKaw said...

Manusia terlupa akan sesuatu perkara yang dikatakan PELUANG.

dan lebih suka BERGOYANG KAKI dengan kononnya berkata "aku sudah berdoa".

ingat semula konsep berdoa... kita berdoa untuk bertindak.

dan BERTINDAK untuk melihat(hasil).

kembali kepada rukun... Beriman kepada Qada' dan Qadar.

Ketentuan Allah yang berlaku bagi semua makhluk, dan dalam pengatahuan Allah SWT.

Setiap tindakan kita akan menghasilkan sesuatu HASIL, termasuk juga jika kita bertindak untuk TIDAK BERTIDAK.

PELUANG untuk menjadi lebih baik dan diberikan kebaikan seringkali kita abaikan, ini mungkin sahaja kerana kita sering bermasalas2 dan suka mendapatkan sesuatu dengan cara yang senang. wallahualam.

Takdir adalah kerja TUHAN, dan tidak satupun pergerakan kita ini disebabkan kita. ia adalah takdir. dan diluar pemikiran kita

sebagai Manusia yang dituntut untuk beriman. beramalkah kebaikan semampunya. dan ia pasti ada GANJARAN(hasil)

MiloKaw said...

Manusia terlupa akan sesuatu perkara yang dikatakan PELUANG.

dan lebih suka BERGOYANG KAKI dengan kononnya berkata "aku sudah berdoa".

ingat semula konsep berdoa... kita berdoa untuk bertindak.

dan BERTINDAK untuk melihat(hasil).

kembali kepada rukun... Beriman kepada Qada' dan Qadar.

Ketentuan Allah yang berlaku bagi semua makhluk, dan dalam pengatahuan Allah SWT.

Setiap tindakan kita akan menghasilkan sesuatu HASIL, termasuk juga jika kita bertindak untuk TIDAK BERTIDAK.

PELUANG untuk menjadi lebih baik dan diberikan kebaikan seringkali kita abaikan, ini mungkin sahaja kerana kita sering bermalas2 dan suka mendapatkan sesuatu dengan cara yang senang. wallahualam.

Takdir adalah kerja TUHAN, dan tidak satupun pergerakan kita ini disebabkan kita. ia adalah takdir. dan diluar pemikiran kita

sebagai Manusia yang dituntut untuk beriman. beramalnah kebaikan semampunya. dan ia pasti ada GANJARAN(hasil)