Ini cerita benar. Bukan 'buta' yang itu tapi buta yang ini. Memang mengenai kekurangan upaya dalam penglihatan, pendengaran dan percakapan. Pernahkah anda melihat pasangan berkahwin yang terdiri dalam golongan2 yang berikut? Saya pernah. dalam televisyen dan juga dalam realiti. Melihatkan mereka, hati berasa kasihan tetapi kebesaran Allah juga dapat dilihat atas diri mereka.
Cuba bayangkan bagaimana keadaan kita jika berada ditempat mereka? Kadang2 tak tercapai akal untuk memikirkannya. Mesti susah untuk terima bagaimana hendak berkomunikasi sesama sendiri, membina anak tangga rumah seperti orang normal yang lain. Bertambah merumitkan bila sudah ada anak. Bagaimana hendak membesarkan anak itu supaya dapat merasai kehidupan normal seperti orang lain.
Tetapi, percayalah. Allah itu maha berkuasa dan maha adil. Walaupun mereka buta/bisu/tuli, tetapi mereka sebenarnya celik, fasih dan peka dari segi yang lain. Kadang2 kita yang celik ni yang buta sebenarnya.
Ada satu wawancara di tv terhadap pasangan yang buta kedua-duanya... Si pengacara berkata kpd si suami : "ahmad(bkn nama sbnr), isteri awak ni cantik tau orangnya..memang sesuai dengan awak." Berkata pula kpd si isteri : "siti(bkn nama sbnr juga), cincin yg ahmad bg yg dekat jari awak ni cantik sangat." Maka tersenyum sipu-sipu lah keduanya.. Sweet dan terharu sangat!
Bermain di kotak fikiran, bagaimanalah mereka boleh jatuh cinta dan berkahwin dalam keadaan sebegitu.. Well, itulah kuasa cinta dari Yang maha pemberi cinta.
Satu lagi situasi. Mengenai pasangan yang bisu dan tuli pulak. Situasi di kedai makan. Mereka nampak begitu bahagia sekali dengan kehadiran seorang anak mereka. Mereka bermain dengan anak mereka yang masih kecil hanya menggunakan bahasa isyarat sahaja. Subhanallah, sangat kagum!
Betullah kata orang, di setiap kekurangan pasti ada kelebihannya. Begitu juga dengan setiap kelebihan pasti ada kekurangannya..............
So, bersyukurlah jika kita punya kelebihan dan janganlah merendah-rendahkan yang punya kekurangan. Kerana setiap dari kita pasti ada kurang lebihnya.. Wallahualam..........
May 3, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
like...
sering sangat kita disogok dengan cerita cinta mereka yang celik mata tapi buta hatinya, jarang benar kita didendangkan dengan cinta si pekak, bisu, dan si buta yang besar jiwanya, mulia hatinya.
(^_~)
Post a Comment