Tajuk post ini dipetik dari lirik sebuah lagu. Apa maksudnya ek? Hmm dari segi analoginya, jika dilihat ciri2 sebuah jalanraya/lebuhraya :
1) ada banyak simpang
2) ada u-turn
3) ada roundabout
4) ada traffic light
5) ada batu, lubang-lubang
6) ada mcm2 papan tanda
7) ada mcm2 peraturan
8) dan sebagainya......
1) dalam hidup ni memang ada banyak pilihan. Kita hanya perlu memilih. Tapi yg menjadi persoalannya, simpang mana yg kita nak dan boleh pilih?2) Kalau tersalah masuk simpang, boleh u-turn patah balik. Lalu balik jalan tadi lepas tu masuk simpang yang betul. Tapi untuk jumpa jalan u-turn tu kadang2 jauh, mengambil sedikit masa. Sempat ke kalau buat u-turn pun? Ataupun berbaloi ke kalau buat u-turn balik? Maybe simpang yang kita salah masuk tu boleh jugak sampai ke destinasi yang dituju kan? Cuma kita kurang pasti sebab tak pernah lalu jalan tu.
3) Ataupun kita nak pusing2 dekat roundabout je? Sebab tak tau nak pergi straight ke, kanan ke, atau kiri. tapi berapa lama nak main pusing2? Kepala yang pusing nanti.
4) traffic light ada warna merah, kuning, hijau. Merah tanda berhenti. Mungkin, dalam hidup ni ada sesuatu perkara yang kita perlu berhenti dari terus melakukannya. Apakah? Kuning pula tanda sedia berhenti tp bagi pemandu yang berani, itu menandakan sedia pecut! Mungkin, ada jugak sesuatu perkara, kita kena slow down sikit. Sebelum merah mesti kuning dulu. Kenapa? Sebab nak bagitau orang yang lampu merah nak dekat so that org boleh sedia utk memperlahankan kenderaan. Takda lah tiba2 break emergency kang. Sama lah jugak dlm hidup ni. Ada sesetengah perkara yg tidak boleh kita stop secara drastik. Kena stop secara slow2 sikit2 dulu..
5) lubang-lubang ataupun batu boleh diibaratkan sebagai apa jua masalah ataupun halangan. Samada ianya besar ataupun kecil, kita perlu mengelaknya selagi mampu. Jika tidak boleh dielak, perlu lah melaluinya dengan penuh berhati-hati dan cermat.
6) papan tanda menandakan ada perkara2 yang perlu kita ikut ataupun panduan penunjuk arah. Kenapa? Supaya perjalanan kita terarah. Tak sesat. Terkawal, selamat dan sejahtera. Panduan yang perlu kita ikut tak lain tak bukan adalah al-quran dan as-sunnah. Terkawal, selamat dan sejahtera pula dengan hidup dengan cara hidup Islam.
7) Peraturan2 yang ada bukannya menyekat perjalanan kita - kata2 Ust.Pahrol Juoi. Kita takkan terhenti pun. Perjalanan still boleh diteruskan cuma dalam keadaan yang lebih terkawal dan tidak melanggar batasan2 yang ada. Mungkin ada yg rimas dgn peraturan2 yg ada. Tapi percayalah, ianya tak dicipta hanya utk suka2 je. Mesti ada sebabnya. Untuk menjaga manusia jugak. Kalau kita ikut, Insyallah akan berasa selamat, terjaga dan baru tersedar dan rasa bahawa sebenarnya peraturan2 tu sangat indah!
Sekian, wallahualam. Wassalamualaikum W.B.T~~
2 comments:
go straight dun belok2. haha
HM : xmo,nak belok2 jgk..haha
Post a Comment