About

"LihatlAh DenGan Mata HaTi, Anda PasTi akAn MenGerti." InsyaAllah. * Life Is Preci0us! *

Pages

March 11, 2011

Jangan Mudah 'Mencair' Dan 'Tercair'

Maksud 'cair' di sini bukanlah seperti yang diwartakan di dalam kamus dewan tapi maksud yang lagi satu. Bahasa yang biasa digunakan oleh golongan muda belia tu.. Faham kan? Mesti faham punya la..hehe
 Mencair di sini merujuk kepada kata kerja dan tercair pula merujuk kepada kata sifat. So, hmmm... haha..nak melalut la pulak..haish

Ok, back to the main topic. Bukannya apa pun, cuma bila tengok apa yang berlaku dalam masyarakat sekarang especially apa yang berlaku dari segi sosial yang begitu haru-biru, terfikir kenapa la sampai boleh jadi macam ni. Tengok jela muka depan surat khabar setiap hari. Macam-macam cerita ada, pelik sungguh la orang zaman sekarang ni. Betul la dunia memang di hujung usia. huhu.. (mintak2 dijauhkan la dari tergolong dalam golongan2 itu, nauzubillah min zalik).

Ok, dalam situasi ni saya akan jadi neutral. No gender bias-tak berpihak pada lelaki dan juga perempuan. Tapi kalau ada 'ter' gender bias jugak sorry la ek. Well, macam yang saya cakap sebelum ni, orang sekarang pelik2. So, sesuatu perkara tu boleh berlaku dah tak mengira gender. Sebagai contoh : biasa kita dengar yang menjadi peragut orang lelaki kan? Tapi lama-kelamaan ada je orang perempuan yang jadi peragut. Susah nak percaya orang zaman sekarang >>> Be extra careful. Pape pun, terpulang pada masing-masing. Ini hanya pandangan peribadi.



(sorry la, melalut lagi..eheh). Ok2, nak cakap pasal jangan mudah 'mencair' dan 'tercair'. Dalam kes ni, dua-dua gender boleh masuk dalam 2 istilah tu. Oh bahaya.. Kena berhati-hati lagi ni! hoho.. Fokus dekat sini nak cakap pasal gejala sosial yang berlaku dalam kalangan muda mudi sebenarnya. Kalau nak dibincangkan faktor2 penyebab dan pencetusnya memang banyak. Tapi antaranya, tajuk inilah yang ingin saya utarakan. Mungkin ada yang tak terpandang pun pasal ni, tapi tak mustahil ia boleh jadi pencetus pertama kepada segala yang lain bukan? Persoalannya, adakah remaja sekarang mudah 'tercair' dengan 'pencair' yang pandai 'mencair'? Lagi-lagi kalau yang 'mencair' dengan niat jahat..so bad! Tak baik tau menganiaya perasaan orang.

Nak 'cairkan' orang tak perlukan suhu 100 darjah celcius, 10 darjah celcius daripada ayat-ayat bombastik pun dah cukup kot. Tapi tak semestinya gunakan ayat je, si 'pencair' yang pandai mesti la ada idea 'kreatif' yang lain, ya tak? So, kalau tak nak mudah 'tercair', kena lah set 'melting point' yang tinggi. 1000 darjah celcius pun takpe! Seriously, kalau takda jati diri yang kukuh, pendirian yang teguh, iman yang mantap serta pemahaman ilmu yang betul, alamatnya memang akan mudah 'tercair' la.

Biaq pi la orang lain nak kata kita sombong ke, garang, poyo ke, jual mahal, berlagak alim, ataupun pape jela asalkan kita tahu apa yang terbaik untuk diri kita. Teringat dulu-dulu ada satu cerita dekat surat khabar, tajuk dia " sanggup ikut lelaki kerana topup RM10", yang mengisahkan pasal seorang perempuan ni sanggup ikut seorang lelaki untuk teman dia makan dengan balasan akan diberi topup RM10. Astaghfirullah...hanya kerana topup RM10??! Haih macam-macam la.

Kesimpulannya, janganlah mudah mencair dan tercair di era sekarang ini yang banyak cobaan.. Bahaya oo.. Kalau takda yang 'mencair', takda jugak lah yang 'tercair'.. kan kan.... Peace~ (^_^)
Kuatkan jati diri dan Iman yang mantop!

8 comments:

Anonymous said...

wat kind of stupid joke is dis

Anonymous said...

pe..x boleh ke!!!!!???????????

Dandeli0n said...
This comment has been removed by the author.
hanizaki said...

semuanya balik pada kondisi iman, kan dinah. lemahnya iman. its not a stupid joke. its a big issue. whether hell or jannah.

Dandeli0n said...

anonymous : haha..it's not a stupid joke la..lalala~ try to think out of the b0x.

aniq : thanks! Yup, i'm totally agree with you..susah kan nk menjaga hati dan iman.

aizad said...

like
vote 4 this

weh
senoir kita dah nak kawen
kenai x kak syima

Dandeli0n said...

aizad : kenai! serious? dia kawin dgn sape?

Mr S. said...

dinah~