About

"LihatlAh DenGan Mata HaTi, Anda PasTi akAn MenGerti." InsyaAllah. * Life Is Preci0us! *

Pages

September 19, 2010

j0d0h : perlu dicari atau ditunggu?

Sebagai seorang Muslim,kita sedia maklum bahawa rezeki,ajal dan jodoh telah ditetapkan oleh Allah. Dia telah sediakannya untuk kita. Kadang2 pelik juga kenapa nak risau2 dan tergesa-gesa mencari calon. Pemuda-pemudi bercouple sana sini.

Bukan ke itu semua Allah dah tetapkan? Tunggu jela. Bila dah sampai masa,siapa dan ketika,adalah nanti. Tapi orang kata,walaupun ianya telah ditetapkan,ia juga perlukan usaha.tak semestinya kita tak boleh buat pape untuk mengubahnya tetapi mestilah dengan izinNya. 

Ambil contoh soal jodoh. mungkinkah bagi seorang perempuan dan seorang lelaki masing2 mempunyai pandangan berbeza? kebiasaannya,perempuan lebih memilih untuk menunggu kerana tidak mahu dilabel umpama perigi cari timba manakala yang si lelaki pula memilih untuk mencari daripada menunggu kerana tidak ada pula pepatah timba tunggu perigi bukan? haha (^0^)

PERIGI CARI TIMBA-itulah pepatah melayu zaman dahulu kala yang masih digunakan pada hari ini.
perigi=perempuan <<<<>>>> timba=lelaki

kalau kita lihat sifat perigi dan timba itu sendiri,perigi adalah satu struktur yang tetap,kukuh,diam di tempat tapak asasnya. Mane mungkin sebuah perigi dapat bergerak ke mana-mana sahaja bukan?

manakala sifat timba pula,ia adalah satu barang yang tidak terlekat di mana-mana tapak. Ia boleh dibawa ke sana ke mari dengan pertolongan dan izin orang yang membawanya.

Kisah SI PERIGI
Itulah hiperbola pepatah melayu yang digunakan secara teorinya. Tetapi secara praktikalnya pula,adakah masih digunakan lagi pada zaman ini. Saya pasti,ramai perempuan2 masih berpegang dengan teori itu kerana saya sendiri masih berpegang dengan hiperbola itu buat masa ni.

Kenapa? Mungkin kerana risaukan pandangan orang lain,mungkin menyalahi adat budaya Melayu,mungkin malu untuk cari si timba,mungkin dan mungkin itu ini…

Tetapi apabila ditunggu,banyak pula timba yang datang. Ada warna merah,hijau,biru,hitam sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. Huh,kan dah jadi dilema pulak. Lebih baik tutup je perigi,dan timba2 pergi lah cari perigi lain pula. Kan senang cerita dan adil. Mahukah begitu? Oh tidak2..

Tetapi mungkin perigi ditutup buat seketika sahaja kerana tiada air di dalamnya ataupun perigi itu telah ada pilihannya sendiri.

Kisah SI TIMBA
Si timba pula,mana mungkin hanya menunggu perigi untuk datang mencurahkan air ke dalamnya kerana masing2 sedia maklum dengan struktur masing2.

Jadi,memang logic dan rasional lah bahawa memang timba yang kena cari perigi. Itulah yang dinamakan usaha. Saya tidak berapa arif mengenai ini,tapi kalau dari pengamatan sendiri mengenai orang sekeliling dan reality,memang lelaki yang perlu usaha lebih.

Orang perempuan mungkin rileks sedikit sebab tidak perlu mencari-cari tetapi lelaki pula perlu mencari yang tercari. ini adalah sudut pandangan yang bermatakan dengan pandangan seorang perempuan Melayu bukan terakhir. Tetapi,bagaimana pula dengan sudut pandangan Islam?..
  
                                                        <<<<to be continued>>>>























3 comments:

KA Ariffin said...

bercakap soal teori,
dikemukakan bersama bukti.
apapun, perlu timbul keinginan untuk mencari,
jangan hanya duduk melangut memandang langit mengharap jatuhnya rezeki.

Anonymous said...

oh timba,
oh perigi,
adakah hanya timba yg berusaha,
macam mana pula dgn perigi,
tidak kah perigi juga perlu berusaha,
keduanya perlu berusaha dan mencari,
doa dan tawakkal tidak dilupa,
barulah keduanya seiring sehati,

(pantun 8kerat)

W.kK.B.C said...

Doa dan tawakal, yang seiring dengan usaha yang istiqamah(berterusan), jika tidak... jadilah sikap sekejap mahu, sekejap tidak,hari ni doa yang ni esok berlawanan pula.

hanya satu soalan, kenapa lelaki sangat cenderung mencari? seolah-olah perempuan pula tidak? hehe... sebenarnya dua-dua sedang mencari, Adam dan Hawa tetap mencari sesama mereka... dimasa mereka dipisahkan buat kali pertama, tetapi disaat Nabi Adam dicipta? Nabi Adam yang mencari siapa pasangannya.

Itulah Lumrah. ia memang telah dibenamkan ke dalam qalbi manusia.