About

"LihatlAh DenGan Mata HaTi, Anda PasTi akAn MenGerti." InsyaAllah. * Life Is Preci0us! *

Pages

September 10, 2010

nikmat sihat

Isnin hingga Jumaat, 8 pagi - 5 petang, keluar masuk hospital. Itulah rutin harianku sebagai pelajar farmasi yang sedang berpraktikal di jabatan farmasi. suasana hospital-bukanlah suasana yang begitu menyenangkan kerana semua orang yang datang situ mestilah orang yang sedang sakit kan. Pandang kiri,ada orang kaki patah.pandang kanan,ada tangan yang patah.pandang depan,pandang jela sape2.pandang belakang,jangan pandang belakang!hehe..

Saat melihat mereka,hati terdetik-"kesiannya..nasib baik aku tak macam tu.macam mane la kalau aku jadi macam tu ye"- Hmm..masa tu la baru nak teringat nikmat sihat. Nikmat yang tuhan berikan. Syukur Alhamdulillah masih punya fizikal dan mental yang sihat-dapat melaksanakan aktiviti harian.

Tapi itulah manusia-sering alpa dan lupa. Bila dah tengok,terkena, baru nak teringat.
nikmat-nikmat yang Allah berikan dekat kita,kita buat ape? buat benda baik atau buruk? menambahkan lagi ketaatan ataupun keingkaran? bukan ke Allah yang bagi nikmat tu semua..so,kita sepatutnya menghargai dan berterima kasih kepada si Pemberi.

" Maka,nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" (ayat 13:Ar-Rahman)

Ada pesakit yang datang setiap bulan ke hospital untuk mendapatkan bekalan ubat. Sampai berkotak-kotak jumlahnya. Kalau makan memang kenyanglah. Orang kata,nasib badan.ada penyakit,nak buat macam mana.kenalah makan ubat jugak. At least, mereka ada usaha untuk sihat. Itupun dah cukup baik. Siapa yang sihat pulak macam mana? ada usaha untuk kekalkan kesihatan? janganlah dah terhantuk nanti baru nak terasa sakitnya.

Masa sihat ni lah kita kena optimumkan tenaga dan keupayaan yang ada untuk membangunkan diri,bangsa,negara dan agama yang tercinta. So,the conclusion is-gunakanlah hayat yang ada untuk mengumpul bekalan-bekalan kebaikan selagi hayat dikandung badan,sebelum badan dikandung tanah~~

0 comments: