About

"LihatlAh DenGan Mata HaTi, Anda PasTi akAn MenGerti." InsyaAllah. * Life Is Preci0us! *

Pages

September 24, 2010

j0d0h : perlu dicari atau ditunggu? (con't)


Habis tu,bagaimana dengan gadis2 yang sudah sampai seru tetapi tidak ada jejaka yang datang? Masih mahukah terus menunggu dan berpegang dengan teori jangan jadi seperti perigi cari timba?

Perigi cari timba memang wujud dalam pepatah Melayu. Tetapi dalam Islam,tidak melarang dan tidak ada menetapkan syarat supaya lelaki sahaja yang boleh menncari. Sebagai buktinya adalah mengenai sirah nabi Muhammad dan Khadijah.

Khadijah merisik peribadi Rasulullah melalui hamba lelakinya iaitu Maisarah. Lalu hasrat hatinya diungkapkan melalui sahabat karibnya,Nafisah bt. Munabbih. Beliau tidak mengungkapkannya sendiri kerana ingin menjaga martabat malu seorang wanita.

Rasulullah menerima hasrat itu dengan lapang dada. Lalu disampaikan keinginannya menikahi Khadijah kepada bapa-bapa saudaranya. Maka,  Abu Talib,Hamzah dan bapa-bapa saudara nabi yang lain menemui bapa saudara Khadijah iaitu Amru bin Asad untuk meminang Khadijah.

So, secara praktikalnya,takda salahnya pun kalau perigi yang mencari timba. Tetapi jika ingin mencari,mestilah mengikut niat dan cara yang betul begitu juga bagi timba mencari perigi. Apabila sudah sampai seru,diri sudah bersedia,keadaan pun mengizinkan,carilah wahai pemuda-pemudi sekalian. Carilah dengan berhikmah.

Daripada Abu Hurairah R.A,bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda : “dinikahi wanita itu kerana 4 perkara – hartanya,keturunannya,kecantikannya dan agamanya- maka pilihlah yang mempunyai(mengamalkan) agama, ia pasti menyenangkanmu”

Carilah seseorang (lelaki/perempuan) kerana agamanya. Ia bukan satu jaminan kebahagiaan sepanjang hayat tetapi Insyaallah ia adalah satu permulaan yang baik. Selepas itu,terpulang pada anda bagaimana untuk mengekalkan perjalanan dan pengakhiran yang baik pula!
Wallahu’alam..



















7 comments:

anonymous said...

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?



Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.



1.Bersahaja

2.Senang bersama

3.Terima kita seadanya

4.Sentiasa jujur

5.Percaya Mempercayai

6.Senang Bekerjasama

7.Memahami diri kita

8.Tampilkan kelemahan

9.Kata hati

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

more detail inhttp://www.facebook.com/note.php?note_id=422515619298&comments=#!/note.php?note_id=422515619298&comments&notif_t=note_comment

Dandeli0n said...

to anonymous : menarik2. huhu..papepn,meminta petunjuk illahi adalah cara terbaik utk setiap keputusan

Anonymous said...

ni details ttg point no 1

1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

anydchan said...

haha~

Anonymous said...

ni detail point no 2

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

fagis said...

anonymous :
u made your own inference perception..

it just have 2 conclusion :
1.wrong
2.right

i chose wrong

Awenism said...

selagi tidak halal... rindu akan berbaur dengan dosa dan dusta... melainkan rindu itu, adalah menghadap dan menuju ke jalan ALLAH SWT...

rindu menjadi dosa apabila ia di iring nasfu,kerana itulah RINDU yang dinobat syaitan... membahaskan siulan azab NERAKA

rindu ... hanya valid dengan nilai keTUHANAN... saling2 MERINDUI ALLAH SWT... merindui SYURGA(tempat asal manusia)... RINDU untuk BERZIKIR(kalamullah)...

dan... apabila kita resah kerana rindu pada perbuatan soleh... maka... itulah R I N D U.