About

"LihatlAh DenGan Mata HaTi, Anda PasTi akAn MenGerti." InsyaAllah. * Life Is Preci0us! *

Pages

June 23, 2011

21 tahun : undi & pilihanraya

Assalamualaikum.


Sekarang dah umur 21 tahun. (ops,ala tak kisah pun org tau umur. Age is just a number. Yang penting, kalau jumpa makcik2 dekat luar sana, soalan still maintain : "ni sekolah tingkatan berapa?". Chewah, perasan awet muda la kononnya).


Tiba-tiba terfikir, "aku dah 21 tahun la. Alamak dah nak dewasa. aaa takmo2." Dah boleh mengundi ni. Sekarang pun politik tengah hot. Rasa macam belum bersedia memikirkan hal2 sebegitu. Chewah. Taknak mengundi boleh tak? Tak kisah la sape pun yg pegang tampuk kepimpinan. Tak tau nak pilih sape sebab tak tau nak percaya yang mana.


TAPI...... tak boleh. Kena undi jugak sebab tu tanggungjawab kita untuk pilih pemimpin. Nanti dekat akhirat kena soal nanti. Mungkin disebabkan kekurangan satu undian kita, boleh memberi kesan pada negara. Mana kita nak tau. Betul tak? Bab kita pilih calon yang betul ke salah, tu cerita calon tu dengan Allah lah. Dia lah yang kena jawab macam mana dia memimpin. Telus dan bersih ke tak.


Yang penting, kita dah jalankan tanggungjawab kita iaitu memilih calon pemimpin yang mana kita rasa dia boleh memimpin dengan baik.

Okeh, nak promosi jap. Sila lah layari  http://www.spr.gov.my/ untuk keterangan lanjut. Jalankan tanggungjawab anda. First thing kena buat adalah daftar dulu sebagai pengundi, then barulah boleh mengundi~

" UNDI ANDA ADALAH RAHSIA." (-o-)


Sekian, terima kasih. Wassalam~

June 22, 2011

Isteri s0leh & Suami solehah

Assalamualaikum..

Haha (okeh,gelak dulu. Syok sendiri konon2 mcm lawak). Malam semalam time tengah tengok tv, dok tukar2 channel, tertengok lah slot "Tanyalah Ustaz" dekat tv9. Time tu tak taulah ustaz yg bercerita tu nama dia siapa. Dia cerita pasal 'suami solehah'. Aik, menarik betul istilah ni. Tak pernah dengar pulak sebelum ni. So disebabkan macam best tajuk dia, dengarlah sampai habis. (kalau tajuk x best maybe dah tukar channel lain kot. Ish3)

Nak dijadikan citer, makna isteri soleh dan suami solehah ni ialah di mana tugas suami dan isteri beralih tangan. Isteri gaji lagi banyak, akademik pun tinggi dan dia yang sara hidup family dia. Yang suami pulak duduk rumah uruskan hal2 rumah, gaji lagi sikit dari isteri. Kan sekarang banyak kes macam tu.

Ada ayat best ustaz ni cakap : "bila pergi pasar, nak bayar dekat kaunter, si suami duk pegang bakul buat muka solehah je.. Sebab takda duit nak bayar, isteri yang bayar." (tak boleh bayangkan macam mana orang lelaki buat muka solehah,haha. Tapi ustaz tu buat memang lawak dan jadi!)

0keh, moral of the story yang ustaz tu nak sampaikan ialah :

1) Disebabkan nisbah lelaki dan perempuan di akhir zaman sangatlah jauh bezanya, lelaki2 
    yang ada dekat muka bumi sekarang ni kenalah jadi seseorang yang berguna dan terbaik.

2) Kena rajin2 belajar sebab yang masuk universiti sekarang pun, jumlah perempuan lagi ramai
    dari lelaki.

3) Tak salah nak jadi solehah tapi mesti kena dengan tempat. (hah?) lalala~ tak tau..

4) Pasal sekufu dalam hal rumahtangga. (yang ni tak nak komen lebih. Hal orang dah kahwin,
    maybe terpulang pada masing2 camne kan).


Sekian, terima kasih. Wassalam..

June 16, 2011

ALLAH's LOVE

I kn0w what is missing
I am missing Allah's LOVE!!


p/s : sebenarnya cinta Allah tak pernah hilang pun. Kita yang menghilangkan cinta kita dari cinta Dia. Itu yang membuatkan jiwa kita terasa kosong seolah-olah seperti ada sesuatu yang hilang.

                           
Oh Allah
I am sorry, please forgive me
Don't let me go astray
again...

June 13, 2011



when the words cannot say anything
the action cannot do anything
the mind cannot think
the soul cannot feel
just say WHATEVER
and try calling your GOD

OH ALLAH, MY L0RD...


June 11, 2011

KaktuS BerDuri~

Orang bijak pandai ada mengatakan ;

" Jadilah sekuntum bunga mawar yang indah berpagarkan duri. Jangan biarkan dirimu
 menjadi sembarangan bunga yang tetap juga indah tetapi sayang tidak berduri. Apabila tiada duri, tiada lagi benteng yang boleh melindungi keindahan si bunga daripada sewenang-wenangnya dikhianati. Lantas, tercemarlah keindahan dan murahlah nilainya. Duri mawar itulah yang diibaratkan dengan perbatasan aurat, akhlak dan al-haya'(malu). Dengan pagaran duri itu, kilauan warnamya semakin memancar indah dan harum aromanya menyelinap di segenap naluri. Lalu, mengundang kekaguman di hati sang kumbang hinggakan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya. Hanya kumbang terpilih yang dijanjikan Allah sahaja yang akan berjaya mendekati dan mendapatkan si mawar."


" Perempuan yang baik ialah yang tidak memandang dan dipandang..."


<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


Ya Allah, susahnya nak menjadi seperti apa yang dikehendaki di atas. Terutama sekali dalam keadaan dunia dan masyarakat sekarang. Takkan nak terperap je dalam rumah? Pakai purdah? Banyak dugaan yang datang cuba untuk menumpulkan duri-duri si mawar dari pelbagai aspek.

Susah sebenarnya menjadi sekuntum mawar. Banyak perkara yang perlu dijaga tetapi hikmahnya sangat besar! Lebih baik jadi kaktus. Ianya tidak indah dipandang dan banyak pula durinya. Lagipun si kaktus sejenis tumbuhan yang kuat. Mampu bertahan berminggu-minggu tanpa air walaupun berada di tengah padang pasir yang panas terik. Hanya pepatung yang terpilih sahaja yang dapat menemukan dan mendekati sepohon kaktus berduri di tengah padang pasir.

beware : do not touch!
               

Ya Allah, mampukah aku menjadi sepohon kaktus berduri? Insyallah ~~ (-_-')

June 8, 2011

Nak yeay ke x?!

Ok, first of all.... Yeay! Sebab praktikal dah habis. Secondly, risau dok berfikir-fikir apa nak buat dgn cuti 3 bulan ni. Kalau dapat kerja okla, takda la kebosanan tak tentu hala dekat rumah. Kalau tak kerja? At least buatlah something yang produktif. Tak nak lah pasif je.. haiyoo~

First mission ialah membuat operasi 5S di bilik. (sapu, sisih, simpan, susun dan senang hati). Apa nak buat tiap2 hari? Kalau buat rutin yang sama je memang bosan lah kan. Maybe saya kena mencipta hobi yang baru. Menternak ayam dan itik atau lembu dan kambing kah? huhu.. Boleh jugak menyibukkan diri dgn benda2 camtu jugak kan. Tanam sayur bukannya on the spot boleh petik hasilnya. Nak tunggu pokok durian, manggis dan rambutan berbuah, dah mogok agaknya tak nak berbuah dah. 2,3 biji je yang keluar.

Ataupun, guna sistem giliran..chewaah.. Minggu ni tido rumah sendiri, lepas tu rumah nenek, lepas tu rumah sedara jaga baby esah, lepas tu rumah mertua, lepas tu rumah sendiri balik. Sambil2 tu boleh melencong mana2..huhu..

Hidup oh hidup, kalau sibuk sangat kita komplen. Kalau lapang sangat pun nak komplen jugak. Apa nak jadi ni?! OMG... 

June 5, 2011

Facebook orang yang dah meninggal mcm mane? please la sape2 yang ada facebook, twitter atau yang sama waktu dengannya, please give your password to someone that you can really2 trust. As a preparation when we are gone. Because i can't stand watching all those pictures. The profile and pictures that make people feel like we are still alive. Yet, it's very3 sad and sorrow deep inside you know...... Of course we don't want people to cry because of us right?

~AL-FATIHAH BUAT SAUDARAKU, AHMAD DANIAL B. SHAMSUL BAHRIN. SEMOGA ROHNYA DIRAHMATI DAN DITEMPATKAN BERSAMA ORANG-ORANG YANG BERIMAN. AMIIN~