About

"LihatlAh DenGan Mata HaTi, Anda PasTi akAn MenGerti." InsyaAllah. * Life Is Preci0us! *

Pages

May 17, 2011

'misjudge'-anyam ketupat-n0 c0mment..

Ada falsafah mengatakan : "kita tak berhak menilai seseorang sebelum kita betul-betul kenal dia." Hmm betul la tu. Ada orang dari first impression dia dah judge/nilai seseorang. Padahal itu tidak adil bagi diri mereka yang dinilai itu tanpa belum mengenal budi pekerti sebenar mereka.


 Sebenarnya hal sedemikian menjadi pengajaran buat diri sendiri sebab saya pernah misjudge seseorang suatu ketika dahulu tanpa betul-betul mengenali dirinya. So, taknak lah kesilapan lalu berulang kembali. Nak mengenali seseorang betul-betul 100 peratus memang susah. Even mak kita sendiri pun belum tentu tau setiap sudut dalam diri kita. Orang yang dah kawin lebih 10 tahun pun ada je yg belum betul-betul kenal diri suami/isteri masing2. So, terpulang lah pada masing2 macam mana nak describe apa makna betul-betul tu ek. Hehe..

Tetapi yang pastinya, orang yang betul-betul kenal diri kita ialah diri kita sendiri (ini pun belum tentu lagi) dan juga Allah, yang mencipta diri kita.

Bahaya sebenarnya kalau terjadi sebegini sebab kita dah set otak kita yang orang tu macam tu macam ni. So, bila ada benda baik yang orang katakan mengenai orang itu, mungkin agak susah untuk kita terima dan percaya. Lebih buruk lagi bila kita misjudge seseorang lepas tu kita cerita pasal dia dekat orang lain. Orang lain yang belum kenal dia pun mestilah akan percaya apa yang kita cakap. Kan itu boleh menjadi fitnah. Fitnah kan lebih kejam dari membunuh? (Al-Baqarah : 191).


So, bila kita kurang pasti dengan sesuatu keadaan dan agak2 bila ada orang tanya soalan yang lebih kurang macam dekat bawah ni nak jawab ape?


1) apa pendapat awak tentang dia?
2) betul ke dia macam tu?
3) cmne boleh jadi mcm tu?
4) percaya tak kalau.....
5) betul ke.....
6) and what so ever....yang sama waktu dengannya


Jawab jela... "entah".  "no komen". "tak tau." "yeke?" "entahlah,tanya la tuan empunya badan." "haha." Jawab jelah ape2 pun mengikut kreativiti sendiri asalkan kita tak menjadi 'penambah perisa dan pewarna tiruan.' Lain pulak jadinya kang.. Gosip2, 'menganyam ketupat' ramai2 ni memang best. Bak kata orang putih :"the more the merrier.". Ish2 tapi jgn la aplikasi dalam benda2 yang negatif pulak. Tapi masalahnya benda2 yang tak elok la yang orang suka buat.

Daripada kita menjadi penganyam tak bertauliah, lebih baik kita diam je tak payah anyam pape. Diam tak bermakna tak tahu pape tetapi diam berfikir dan berzikir. Lagi hebat kalau kita boleh hentikan kerja2 'menganyam ketupat' tu. Tapi kalu tak mampu, pergi jelah dari tempat tu.



                                      Wassalam~

6 comments:

tomoyo_chan said...

betul2.. jgn jd penyedap rasa sesuatu cerita... tp jd la org yg dpt mengubah sesuatu..

HM said...

Bercakap tanpa Allah adalah sia-sia..

Diam tanpa Allah adalah lalai..

Pandang tanpa Allah adalah leka..

dan..

Bergerak tanpa Allah adalah kosong..

(sumber: x sempat ambek. haha)

Dandeli0n said...

tomoyo_chan & HM : yup btl3..thank you

Anonymous said...

(ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: “Sesungguhnya aku akan menciptakan manusia dari tanah”.

manusia secara fitrah penciptaan akan dekat dengan sesuatu yang kotor, iaitu dosa,kerana kita datang dari tanah yang kelihatannya kotor,

namun... "Katakanlah, bukankah tidak sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui. Yang tidak lalai, melainkan orang-orang yang mempunyai (akal) fikiran." az-zumar

inilah yang menjadikan manusia itu mampu membendung kekotoran... akal

Dandeli0n said...

to anonymous : thank you jgk..tp sy pernah dgr yg fitrah manusia sukakan kebaikan. Kalau dah x suka/takda kebaikan maknanya dah lari dr fitrah.. Ada jgk org kata jagalah fitrah insani. So,cmne plak kalu cmni..?

Anonymous said...

kalau ikut tafsiran, insan= manusia biasa yang pelupa, atau senang lupa. insan juga disebut sebanyak 73 kali didlm alQuran. menunjukkn kita senang lupa pd arahan agama...mungkin, manusia secara fitrahnya suka kpd keindahan, keseronokan dan nikmat-nikmat yang tertentu membawa kebaikan pada diri. Dosa adalah sesuatu y indah, sepertimana muda-mudi sedang asyik bergurindam. indah dengan bahana dosa. fitrah nafsu. fitrah iman mungkin pada yang dimaksudkan... iaitu untuk asyik kepada kebaikan. iaitu tanah yang manfaatkan mineralnya pada tumbuhan. apapun, ia mungkin hanyalah faktor... kenapa manusia senang dekat dengan dosa. kerana bahan penciptaan kita... dan punca dosa itu pula datang dari iblis.