About

"LihatlAh DenGan Mata HaTi, Anda PasTi akAn MenGerti." InsyaAllah. * Life Is Preci0us! *

Pages

May 22, 2011

Terlalu 0pen Minded?

''rilex la..hang ni tak open minded la." - dialog standard semua org pernah dengar. Open minded (minda terbuka) memang bagus. Senang untuk sesama manusia berbincang tentang sesuatu perkara. win-win situation kot lebih kurang. Awak dengar apa saya cakap dan saya dengar apa yang awak nak cakap.


Tapi bagiku, walaupun nak ber'open-minded' pun, masih perlu dan ada perkara2 yang perlu ditapis. Open minded pun mesti kena dgn tempatnya. Perlu melihat dulu keadaan, dengan siapa kita bercakap dan topik apa yg dibincangkan.


Nak sangat jd orang open minded tapi ada part lain yg masih tertutup. Apabila semua orang menjadi terlalu open minded, kadang2 tanpa disedari boleh menyentuh sensitiviti sesuatu pihak. Sesuatu perkara yg sepatutnya dibincang secara rahsia menjadi perbincangan umum. Orang2 yang buat jahat pun boleh gunakan alasan open minded.


Sebab apa yang kita tuturkan, fikirkan dan lakukan secara tak langsung memantulkan peri peribadi kita. So, kenalah hati2 dan terkawal. "eleh, tu hipokrit la tu namanya. Aku tak nak jadi orang hipokrit." Apa yang anda faham dengan istilah hipokrit? Apa yang saya faham, hipokrit itu adalah berpura-pura baik. Baik yg camne? Terpulang lah masing2 nak takrifkan baik tu cmne sbb ianya perkara yg subjektif dan x boleh diukur.


ADAB/AKHLAK. Islam sangat mementingkan adab dan akhlak. Hipokrit selalu disalah tafsir. Bahkan Islam mengajar bagaimana adab2 dengan org yang lebih tua, adab dengan org yg bukan mahram kita (pergaulan lelaki & perempuan). Adab2 itulah yang mengawal dan memandu kita. Bukan menjadikan kita hipokrit.


Takkan lah saya nak layan mak ayah ataupun org yg lebih tua dari sy sama mcm kwn2 saya yg lain kan? Tidak sama sekali. Mungkin akan terjadi kurang kesopanannya di situ. Begitu jugak dengan kawan2. Tak kan lah saya nak layan kwn2 lelaki sama mcm sy layan kwn2 perempuan? Tidak sama sekali insyallah. Mungkin akan terjadinya perlanggaran batasan dan hilanglah adab di situ. Dan takkan lah juga saya nak layan org yg baru saya kenal sama mcm dgn org yg dah lama sy kenal?


Setiap sesuatu tu mesti kena dengan keadaannya, mesti kena dengan orangnya. Kena lah bijak sesuaikan. Bukannya main harung je segala apa yang ada. Mesti ada kawalan dan batasan..again..

Sekian, wassalam.. Bubye~

2 comments:

hanizaki said...

yeah, "still standing with syarak"... kan,,kan,,

NuR DiNaH said...

oh that slogan! 5 iltizam! kan,kan..yeah..hihi