About

"LihatlAh DenGan Mata HaTi, Anda PasTi akAn MenGerti." InsyaAllah. * Life Is Preci0us! *

Pages

April 29, 2011

Cerita di sebuah hospital~

Bismillahirrahmanirrahiim..

Hari ni ada 1 lagi batch student yang pergi meninggalkan hospital gara-gara telah tamatnya tempoh praktikal di hospital. So, sekarang yang tinggal hanyalah 2 batch iaitu Uitm (kami 4 orang) dan MAHSA (beberapa orang). Minggu depan pulak 2 orang budak KSKB nak pergi. So, makin terasa sunyinya di jabatan farmasi tanpa gamitan para student praktikal. Dalam tempoh lebih kurang sebulan nanti kami Uitm pulak yang akan pergi. Menanti junior2 pula untuk menyambung warisan kami 30 Mei ni..

Mungkin sebelum-sebelum ni jika ditanya apa perasaanku bila dah nak habis, aku akan menjawab, "bestnya.. Tak sabar nak habis! tapi apabila melihatkan kawan2 yang dah pergi kini, hati ini mula berkata-kata sayu, "sedih la nak tinggalkan hospital. Nanti mesti rindu." Aku dapat bayangkan hari terakhir nanti cmne. Mesti aku sedih sebab bila tengok kawan2 yang nak pergi bersalaman dengan orang lain pun aku dah nak menangis. Kalau boleh xnak lah nangis2 sbb sangat sensitif dengan situasi yang sebegitu. Kalau boleh nak semua happy je..huhu (ceh perasan je, mcm la org lain sedih kalau aku pergi pun.haha).

Aku akui kadang-kala terasa bosan, penat, tension, sakit hati, dll. Tetapi tidak pula aku nafikan bahawa di sini lah tempatnya jua aku menambah ilmu di dada, mendapat pelbagai pengalaman, mengenal pelbagai jenis ragam manusia dan menonton drama kehidupan dunia. Dari itu, sedikit sebanyak aku cuba memahaminya dan mengambil iktibar. Kerana tidak guna juga jika kita peroleh suatu pengalaman tetapi tidak mengambil pengajaran darinya.

Haha tiba2 teringat balik memori dari hari pertama sampai hospital. Memang batch kami lain lah dengan batch sekarang. Rasa2 nya batch yang paling banyak main dan mengong2 semuanya especially dekat outpatient department. Lepas batch kitaorang, tiba2 mcm banyak pulak peraturan baru untuk student. Adakah kerana kami? (haha no komen). Main2 pun, kerja jalan jugak ok. Yang penting kami tak susahkan sape2. Hanya penceria keadaan bila melihat staff2 yang serius tak senyum buat kerja. Kan ada ahli falsafah mengatakan, "we must enjoy our work man!"..hehe (kalau x enjoy pun buat2 jela mcm enjoy...)

To my collegues and HTARians :

- Kak azimah, kak dayang, aqilah, adrian, visallini, shalini, hafiz, yazid, ain, amyra, husni, liyana, syafiqah, krishnah, saw dan shafie.

- Kak wan, kak farrah, kak azimah senior, kak sally, shahiri, kak yanti, abg azlim, abg boy,  abg zul, unt.lim, unt.susan, unt.bee peng, unt.mala, unt.kogi, unt.goh, unt.tune, kak kausar, kak linda dan kak liza rose.

- Mil0 ais makcik kantin yang kaw kaw~

~ I WILL BE MISSING YOU GUYS ~
(yeke? maybe..)

Insyallah nanti kalau ada aktiviti pape yang best roger2, boleh lah jmpa kalau ada rezeki, dipanjangkan umur. Kalau tak pun, beberapa tahun kemudian kita jumpa dengan bawak team bola masing2 naik Toyota Grand Livina ye..haha.. All the best for the future undertaking! Semoga semuanya menjadi orang yang baik2 dan berguna. Amiin~

jangan naughty2~

ribena~

cantik tak kasut?hehe

sepahnya.. manufacturing

astronomer in the making~

the mengongs~


speechless~ haha


BUBYE.. (-_-)



1 comments:

Awenism said...

perpisahan untuk kesatuan yang abadi, apabila ada y pergi,pasti ada yang masih bersama kita, KENANGAN... itulah mekanisma y membuatkan hidup ini bermakna