About

"LihatlAh DenGan Mata HaTi, Anda PasTi akAn MenGerti." InsyaAllah. * Life Is Preci0us! *

Pages

April 23, 2011

JIWA~

Hari ni 23 April 2011 bersamaan 19 Jamadilawal 1432 Hijrah. hmm post sebelum ni tajuk bosan.. sekarang ni..bosan jgk kot.. entahla, mood bosan la sekarang ni.. Bukan bosan sebab takda buat pape tapi entahlah.. Just feeling bored. Don't know why.. Just feeling something is missing and empty.. I wish that I have a magic machine that can bring me to a life that I want to be whenever I want it. But.. sudahlah Dinah, jangan banyak berangan! tett~~~~~~ Bosan2 cmni, nak letak puisi yang best la.. (^_^)

Roslan Shariff :  Jiwa

Jiwa yang bernafas
hanya ada pada keluhuran
diam terkunci senyap adalah dirinya

Jiwa yang menjiwai
sering tersembunyi
sepi ia mengunyah erti
lalu hadam menjadi buah fikir

Jiwa
sebuah anugerah
terkadang dicalar warna-warna sekejap
terkadang ditipu bisikan
terkadang menangis sepi

Jiwa kejiwaan
milik yang memahami
yang mengerti
yang menghulur dengan nurani

Nun di satu sudut
di bawah kubah
di pinggir mimbar
jiwa luhur bertakhta
di situla...istananya.

3 comments:

MiloKaw said...

Apabila bosan, carilah keseronokan didalam kebosanan - jejaka yang turut kebosanan.

NuR DiNaH said...

huhu cmne tu..x seronok jugak kalau keseronokan itu x dirasai dgn sepenuh hati.

MiloKawYangDiminumSedikit said...

Sebagaimana anda menikmati sesuatu perkara dalam keadaan sepenuh hati, begitulah juga pada keinginan yang mencari keseronokan sepeuh jiwa didalam kebosanan