About

"LihatlAh DenGan Mata HaTi, Anda PasTi akAn MenGerti." InsyaAllah. * Life Is Preci0us! *

Pages

April 30, 2011

Wasiat Si Ayah

Di zaman dahulu kala, terdapat sebuah keluarga yang mempunyai 2 orang anak lelaki. Pada suatu ketika, si ayah telah jatuh sakit dan meninggalkan wasiat kepada 2 orang anaknya..


"wahai anakku, jika kamu ingin berjaya dalam bidang perniagaan seperti ayah, berpeganglah dengan 2 perkara ini " :


1) kamu tidak boleh terkena cahaya matahari apabila hendak pergi
   dan pulang dari tempat perniagaan.
2) jangan pernah berhutang


Selepas beberapa saat, si ayah pun menghembuskan nafas terakhirnya.. Maka 2 anak itu pun meneruskan kehidupan mereka dengan memulakan perniagaan dan berpegang dengan wasiat si ayah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Selepas beberapa purnama, si ibu bertanya kepada anak yang pertama :
 " ibu tengok perniagaan kamu makin lama makin merosot. bagaimana boleh terjadi begitu?"


Maka si anak pun menjawab :
" saya tidak tahu lah ibu padahal saya dah ikut sepertimana yang ayah katakan. Saya sanggup naik teksi dan pengangkutan awam yang lain semata-mata tidak mahu terkena cahaya matahari. Sedangkan kalau nak diikutkan jika berjalan kaki, sekejap sahaja boleh sampai. Oleh sebab itu duit saya banyak dihabiskan."


" saya juga tidak berhutang dengan mana-mana pihak, tetapi pihak lain yang berhutang dengan saya."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Lain pula yang berlaku pada anak yang kedua. Si ibu bertanya : "ibu lihat perniagaan kamu begitu maju berbanding abang kamu. Bagaimana boleh jadi begitu?"


Si anak pun menjawab : "ini kerana saya mengikut pesanan ayah." Si ibu kebingungan. "tetapi abang kamu juga mengikut pesanan ayah tetapi perniagaannya semakin merosot."


"ayah berkata bahawa kami tidak boleh terkena cahaya matahari. Maka oleh itu, saya akan keluar ke tempat perniagaan sebelum terbitnya mentari dan pulang selepas terbenamnya mentari. Disebabkan itu, kedai saya yang paling awal dibuka dan paling lewat dtutup. Saya juga tidak berhutang dan memberi hutang kepada sesiapa pun. Semua urusniaga dijalankan dengan cash.."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


S0, moral of the story? Fikir-fikirkan lah.. (>_<)

8 comments:

HM said...

haha ni musti amek dr radio ikim:=)

Nur Al-Amin said...

Pagi adalah punca rezeki, Allah telah bukakan seluas2 pintu buat kita terokai...

NuR DiNaH said...

HM : hehe..hang dgr jgk ek pagi2..

HM said...

haha ustaz 2 tbaek ar:xp

NuR DiNaH said...

ustaz pepatah pepitih..like!

HM said...

kui3

NuR DiNaH said...

eh husni ada blog rupanya..hehe tp knp xda post? cepatlah buat nnt aku komen. aku dh jd follower pertama dah ni..kui3

HM said...

haha blog 2 saje2 je la. testing2 1 2 3. password pn x ingat dah. bwahaha