Kau berdiri segak di situ
Dengan kaca mata hitam mu
Kau memerhatikan arah di empat penjuru
Di satu penjuru, kau memerhatiku
Memerhati orang-orang di sekelilingku
Aku memerhatimu dengan debaran
Aku menunggu isyarat darimu dengan kesabaran
Begitu juga orang-orang di sekelilingku
Kami menanti lambaian tanganmu
Lambaian tanganmu yang mengawal setiap penjuru
Tanpamu, kami akan berpusu-pusu
Kacau-bilau lah 4 penjuru itu
Kerana lambaian tanganmu
Kami berlalu
Tanpa mengenal erti penat dan lesu
Engkau terus melambai tanganmu
Terima kasih polis trafik! huhuhu~


