Diriku sudah hilang
hilang entah ke mana...
Mungkinkah...
ia berada di utara, selatan, timur ataupun barat?
Adakah...
ia tenggelam di dasar lautan?
terdampar di persisiran pantai?
bertapa di puncak Everest?
berterbangan di langit biru?
memburu di hutan belantara?
Untuk apa ia menghilang dan kenapa?
apabila ku temui diri yang hilang itu
akan ku tangkap dan simpan ia
agar ku mampu menjadi diri yang lengkap
tanpa ada sisi yang menghilang...
Usah ditanya kenapa.
diri yang menghilang itu
menghilangkan dirinya daripada diri-diri yang berdiri di sekelilingnya
demi sesuatu.
Sesuatu antara diri itu dengan alam hidupnya
dan juga tuhannya...
dan juga tuhannya...
1 comments:
Apabila seorang wanita sedang mencari jawapannya, seribu bahasa dunia bukan lagi mampu menjadi perantara, hari ini, carilah bahasa abada-abada... iaitu bahasa jiwa, bahasa koneksi roh hamba pada Tuhannya dan bukan pula tuhannya. kerana ia berbeza...
Post a Comment