" Jadilah sekuntum bunga mawar yang indah berpagarkan duri. Jangan biarkan dirimu
menjadi sembarangan bunga yang tetap juga indah tetapi sayang tidak berduri. Apabila tiada duri, tiada lagi benteng yang boleh melindungi keindahan si bunga daripada sewenang-wenangnya dikhianati. Lantas, tercemarlah keindahan dan murahlah nilainya. Duri mawar itulah yang diibaratkan dengan perbatasan aurat, akhlak dan al-haya'(malu). Dengan pagaran duri itu, kilauan warnamya semakin memancar indah dan harum aromanya menyelinap di segenap naluri. Lalu, mengundang kekaguman di hati sang kumbang hinggakan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya. Hanya kumbang terpilih yang dijanjikan Allah sahaja yang akan berjaya mendekati dan mendapatkan si mawar."
" Perempuan yang baik ialah yang tidak memandang dan dipandang..."
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Ya Allah, susahnya nak menjadi seperti apa yang dikehendaki di atas. Terutama sekali dalam keadaan dunia dan masyarakat sekarang. Takkan nak terperap je dalam rumah? Pakai purdah? Banyak dugaan yang datang cuba untuk menumpulkan duri-duri si mawar dari pelbagai aspek.
Susah sebenarnya menjadi sekuntum mawar. Banyak perkara yang perlu dijaga tetapi hikmahnya sangat besar! Lebih baik jadi kaktus. Ianya tidak indah dipandang dan banyak pula durinya. Lagipun si kaktus sejenis tumbuhan yang kuat. Mampu bertahan berminggu-minggu tanpa air walaupun berada di tengah padang pasir yang panas terik. Hanya pepatung yang terpilih sahaja yang dapat menemukan dan mendekati sepohon kaktus berduri di tengah padang pasir.
beware : do not touch! |
Ya Allah, mampukah aku menjadi sepohon kaktus berduri? Insyallah ~~ (-_-')
10 comments:
semoga dipermudahkan insyaallah..
kak atiqah : insyallah.
Bagus, jadilak kaktus, mungkin ia dipandang tidak indah, namun... bg y memerhatinya dengan jelas, ia tetap meghasilkan bunga kaktus y comel... ehe
milokaw suam2 kuku : heh.. (~_~')
dah jd manusie nk jd kaktus pulak. ish3..hehe
kita tetap akn mnjdi manusia tetapi,kita blh mmpunyai ciri2 spt {k@ktus berduri}
knp lah tiba2 byk plak peng'komen' dari klgn air minuman dkt blog ni..haha..
HM & Mineral Water : memglah bukan jd kaktus pun, itu hanyalah simbol analoginya shj. Tp kalu nk jadi kaktus jadian pn ok jgk..huhu
kaktus jadian? bile azan nnt tbako. kui3
bnyk minuman sebab nk bgi kaktus minumla!!
Post a Comment