Keadaan dekat sana sekarang???? Mestilah huru-hara. Ada perintah berkurung, aksi tembak-menembak dan macam2 lagi. Dalam keadaan negara kita aman damai, tiba2 dikejutkan dengan berita pergolakan di Mesir. Tak disangka-sangka. Yang pastinya, sesiapa yang ada ahli keluarganya atau kenalan yang menetap di sana, especially student2 Malaysia, mesti risau. (to my dear friend husnun in Alexandria, how do you do now. Awak stay sana ke balik Malaysia? jaga diri baik2 tau.huhuu..).
Hmm, pape pun. Kita doa jela semoga keadaan di sana akan pulih seperti sedia kala. Kesian diaorang dekat sana. Kita dekat Malaysia pulak macam mana? Sebelum banyak meng'komen' dan mengeluh atas segala kekurangan, lihatlah dulu sekeliling kita. Apa yang kita ada dan dapat sekarang ni? Bersyukurlah dahulu sebelum kita pula yang menjadi parah seperti mereka. Na'uzubillah.. Bersyukurlah sebab negara kita masih lagi aman. kita masih bebas bergerak ke sana ke mari.
Walaupun ada sesetengah tempat sekarang ni dilanda banjir, anggap lah itu semua ujian. Tanda Allah menyayangi kita dengan menguji iman kita. Walaupun ada harta benda yang rosak ditenggelami air, tetapi masih ada lagi benda lain yang masih berharga bersama kita iaitu jiwa-jiwa orang di sekeliling kita yang masih bernyawa.
Jadi sebagai rakyat Malaysia, Janganlah mudah mengeluh dan melatah dengan apa yang berlaku di Malaysia sekarang ni. Jika nak dibandingkan dengan negara2 lain yang sedang berperang, bergolak, huru-hara, keadaan mereka lebih parah daripada kita.
" Ingat-ingat yang susah sebelum kita bersenang-senangan. Barulah tak jadi si bujang senang..wohoo.."
0 comments:
Post a Comment