About

"LihatlAh DenGan Mata HaTi, Anda PasTi akAn MenGerti." InsyaAllah. * Life Is Preci0us! *

Pages

January 16, 2011

Bila Air Mata...

Kalau lelaki menangis...
Ada yang berpersepsi bahawa lelaki itu tak macho, pondan, lemah, cengeng, tak cool, tak malu, sensitif dan macam2 lagi.
Kerana air mata itu biasanya disinonimkan dengan sifat seorang perempuan.
Kalau perempuan yang menangis, orang akan anggap itu perkara biasa. Normal la kan perempuan. Jiwanya lembut.
Tapi bila lelaki yang menangis mungkin ramai yang terdetik... Nangis?? what.....

Well masing2 punya persepsi sendiri. Tapi bagi saya, air mata itu diciptakan bukan khas untuk perempuan sahaja. Semua makhluk yang bergelar manusia punya air mata tanpa mengira jantina. Air mata itu bukannya lambang kelemahan tetapi kekuatan. Bila perasaan tidak boleh diluahkan dan sukar untuk diterangkan, air mata lah yang menjadi 'ejen' untuk menerangkan segalanya tanpa sebarang bicara.

Maka itu, wujudlah metafora 'air mata kegembiraan dan kesedihan'. Teringat kata-kata seseorang yang berbunyi lebih kurang : "sekali-sekala menangis macam ni best jugak. Kalau tak asyik ketawa je."
Tangisan air mata itu bukanlah menunjukkan seseorang itu lemah. Bahkan bagi sesetengah orang ianya menambahkan lagi kekuatan jiwa. Bersyukurlah seandainya kita masih lagi boleh menangis kerana itu menandakan hati dan jiwa kita masih ada kelembutan dan kehalusannya.

Ianya menandakan hati dan jiwa kita masih punya rasa dan pengertian. Masih boleh dibentuk tidak seperti kerasnya si batu hitam. Masih boleh menerima perubahan yang baik. Masih punya rasa perhambaan dan kerendahan terhadap tuhan yang Esa.

Kalau perempuan mungkin tak kisah sangat kalau termenangis depan orang (tu pun sebab dah tak boleh control sangat). Tetapi kalau lelaki pulak, mungkin mereka menyimpannya dahulu dan bila balik rumah baru menangis dalam bilik sorang2.. Ataupun menangis dalam bilik air. Yeke? (tak tau,no comment about it.hehe..) Papepun setiap orang ada cara tersendiri. Depend...

Punca tangisan???
Macam-macam...
Mungkin kerana kegembiraan atau kesedihan.
Masing-masing punya sebab dan perkara yang tersendiri yang boleh membuatkan air mata itu mengalir. Ia datang tanpa diduga dan tanpa perlu diundang. Kerana ianya sudah tersedia ada di kelenjar air mata kita. Ia sentiasa bersama kita...

" LA TAHZAN, INNALLAHA MA'ANA."


1 comments:

Awenism said...

carilah tangisan dimalam hari, meniti keredhaan ILAHI,