About

"LihatlAh DenGan Mata HaTi, Anda PasTi akAn MenGerti." InsyaAllah. * Life Is Preci0us! *

Pages

December 29, 2010

Pasar MalaM..

Suka pergi pasar malam. Ceh, apa class suka pergi pasar malam kan. Maybe sebab jarang-jarang pergi pasar malam kot. Tu yang kalau dapat pergi mcm excited sikit.hoho.. Sebabnya kalau pergi pun bila balik rumah nenek. Ada beberapa hikmah dan manfaatnya bila pergi pasar malam ni. Nak tau?? jom baca.

1) Pasar malam ni sama macam Mekah (ops jgn salah faham). Sama dari aspek 'reunion' dia. Pasar malam ni lah tempat berkumpul masyarakat setempat tak kira pangkat, bangsa dan agama. Kita tak tau pun orang tu kerja ape ke, pangkat besar ke tak.. bila diorang tak pakai lab coat, kemeja smart2, coat, nametag, dll. Sebabnya orang pergi pasar semuanya pakai cincai dan sempoi je.. Walaupun tak pakai seragam ihram yang berwarna putih, tapi bila dah sampai pasar, semuanya akan kelihatan sama je.



2) Bila dah jadi tempat reunion, makanya dapat lah pulak jadi tempat penghubung silaturrahim.. Sebabnya, mesti jumpa jiran tetangga ataupun sape-sape jela.

dialog standard : "oi mon, lama tak jumpa. Apa khabaq? sihat? bla3...........
                            : "oi jah, pergi tak kenduri rumah cik nab sabtu ni? bla3.........
                         : "oi bedah, beli ikan ke? ni cucu ke? dah besar ye..comei! bla3..........hehe

3) Haaaa.... Sape yang tak kenal ikan, sayur dan buah, elok lah jenguk2 ke pasar tu. Dekat sini la baru nak kenal jenis2 ikan, sayur dan buah. Takda la tau makan je..hee~ Macam-macam ada..

 

ikan ni sangat comel dan sedap dimakan kalau digoreng rangup.
 nama dia ikan bawal kecik kot..hehe

ni nama dia lemis kot kalau x silap. nampak tak dia keluar? dia hidup lagi..
xtau apa rasa dia sebab x pernah beli pun.

 


4) Bila dah kenal ikan, sayur, buah dan apa saje yang ada dekat pasar tu.. Boleh tengok pulak ragam orang. Paling suka tengok kreativiti si penjual menarik si pelanggan. " 3-RM 10,beli 1 percuma 1....." "lelong2,murah2..." Ada yang menyanyi, terjerit-jerit macam nak cari gaduh pun ada jgk..adoi,takut la nak beli mcm tu.. Tapi pada masa yang sama, terdetik jugak. Penat jugak ek kalau jadi diorang. Keep the spirit man!

Paling best tengok drama tawar-menawar antara nenek dan penjual. Nenek saya ni memang pakar bab tawar-menawar ni.(mungkin sebab faktor umur kot). Kalau nak pergi shopping, bawaklah dia. Mane tempat yang boleh ditawar,dia akan tawarkan.hehe.. dialog standard :

nenek : ni satu berapa?
penjual : yang belah sini enam biji RM10, belah ni pulak lima biji RM10.
nenek : ala..kasi la yang belah ni sama dengan yang tu..
penjual : mana boleh makcik, lain maa..
nenek : apa lain nya? ala sebijik je..bla3....
cucu : nek..... yang ni bla3....(menerangkan keadaan). Dalam hati- "adoi...nenek aku ni pasal
            buah pun nak gaduh ka..haih"
(kalau dia dah xda ayat nk cakap, dia akan guna dialog ni : "ah,sudah la kau" dan buat2 macam nak pergi dari kedai tu)
penjual : okla2, you punya pasal i kasi angkat la.
cucu : huh, berjaya jugak taktik tu,,hadoi...(mungkin sebab faktor umur jugak,so dia cakap jela
            mcm tu)

5) Last and but not least, selepas menjamu mata, dapat menjamu perut pulak.. Banyak makanan yang hanya dijual dan didapati di pasar malam sahaja macam murtabak, roti john, apam balik, taufu fa, nasi ambeng, dll.. Nyam3~

Apam balik kampung..

kebab ayam dan daging.

pakcik jual sate.

2 comments:

Kiara said...

salam dende..
apa khabar? sihat?
waahh.. bahagianya pergi pasar malam. macam2 ada :)
kat sini mana ada semua tu.
jealous2..huhu (^_^)

Dandeli0n said...

wkslm cik princess.alhmdlh sihat.huhu,nanti balik cni kita pg pasar mlm sama2 ek!miss u la..take care,jgn notty2 tau!study molek2.