About

"LihatlAh DenGan Mata HaTi, Anda PasTi akAn MenGerti." InsyaAllah. * Life Is Preci0us! *

Pages

September 28, 2011

Dia Juga Bilang Begitu

Perasan. Syok sendiri. Huh, bahaya. Sedar diri sikit. Tak payah nak perasan2 orang dok tengok and amaze dekat kita. Bukannya cantik macam snow white pun......... Banyak benda lain yang perlu dirisaukan...

September 27, 2011

Vlogging~

Semenjak dua menjak ni, i'm kind of addicted in watching vlogger's videos. already fall in love. haha. Maybe cara penyampaian diaorang yang agak sempoi dan kelakar tapi mempunyai message yang tertentu.. Mungkin dah jadi satu fenomena semua orang nak vlogging pulak. Evolusi baru daripada blogging. well, tak kisah lah asalkan mereka vlogging tu ada tujuan yang baik. (perempuan x sesuai jd vlogger ok..)


September 17, 2011

On your mark,get set,GO!

" masa itu ibarat pedang. Jika kamu tidak memotong ia, ia akan memotong kamu!"

Masa oh masa. Banyaknya masa terluang. Macam2 plan dah dibuat untuk mengisi masa yang terluang tu. Tapi itu hanya bermain di bayangan fikiran. Bila nak bertindak?! Ok fine.. Do it now! but wait, I need to motivate myself before I begin.

" Life is a competition."

It's not just about you compete with other people. But also you compete with yourself and the surrounding. Ok fine. Sedang cuba mengadaptasi dengan suasana dan cara yang baru. Saya perlu cepat. Supaya tidak tertinggal.

" your success is your own responsibility."

Jangan salahkan sesiapa jika tak berjaya. Orang-orang disekeliling hanyalah sebagai polis-polis bantuan. It's up to you how you gonna work for your success. Berdiri di atas kaki dan tangan sendiri. (huh cmne tu? hoho)

"plan your timetable."

Ok fine. But my timetable is in my head. hehe.. Sebabnya kalau mengikut sejarah yang berlaku sebelumnya, jadual yang ditampal dkt dinding tak akan diikut. And maybe jugak kalau bila tengok jadual dekat dinding, fikiran jadi rigid. Stick mcm tak blh buat benda lain. I want it to be flexible and manageable. Tapi satu masalahnya ialah kena disiplin la~~

" enjoy what you are doing and be sincere. Don't ask for any reward and regard. If you get it, it's your 'rezeki'. 

Ok fine. saya perlu ikhlas belajar untuk menambahkan ilmu. Bukan sebab nak dapat anugerah dekan ke apa. Dan semoga Allah permudahkan saya untuk memahami dan memberi rasa seronok untuk belajar! woho.. Wishing all of you, all the best! (~_^)









September 9, 2011

Azam Baru..

Bismillahirrahmanirrahim..


Pertama-tamanya aku ingin mengucapkan syukur kepada Allah kerana memberi rezeki dan peluang kepada ku untuk menyambung belajar lagi. Walaupun setelah pelbagai perkara telah dilakukan dan sekian lama menanti jawapan yang sebenar-benarnya, Alhamdulillah, mungkin ini yang terbaik untukku. 


Dan aku berdoa, semoga kawan-kawanku yang lain juga dapat mencapai apa jua yang mereka impikan. Walaupun bukan pada waktu sekarang, tapi Insyallah di kemudian hari. Pape pun, teruskan berusaha dan berdoa.


Bersempena dengan fasa kehidupan yang baru sebagai seorang pelajar baru, di kampus yang baru, suasana yang baru, saya berazam untuk : (jika diizinkan Allah)


1) menabung dan takkan keluarkan duit dari tabung tu. - RM 1 
   setiap sehari, kalau ada rezeki lebih mungkin 
   lebih, kalau kurang maybe kurang. hehe.. 


2) tidak mahu aktif dalam mana2 persatuan.


3) fokus study (study hard and smart) 


 - memandangkan diri ni xda la smart sangat, kena la study hard  
   jugak..haha
 - gunakan masa dengan bijak.


4) menjadi seorang yang lebih baik dari sebelum ni..tett...




THAT'S ALL FOR NOW.. 

September 6, 2011

Selamat HaRI RAYA.. MAAF ZAHIR & BATIN

ASSALAMUALAIKUM W.B.T SEMUA....... (^_^)
(rindunya dekat blog!!)

Apa khabar semua...??? semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera. Mungkin ada yang kata title post kali ni dah basi. Yela kan, orang dah lama start raya. Tapi saya baru nak wish selamat hari raya. Sebenarnya, baru hari ni la saya berkesempatan nak ber'online'. Sepanjang puasa dan raya ni banyak komitmen di kampung dan rumah sedara. Balik rumah pulak ada komitmen lain. (busy woman la katakan..haha)

Plus, dah lama jugak tak bukak dashboard baca update blog orang lain. Dah berminggu-minggu dah. Apa lah cerita-cerita menarik agaknya ye! 

Okla, sebenarnya nak wish SELAMAT HARI RAYA dan MiNTAK MAAF atas segala salah silap atas perilaku dan tutur kata kepada sesiapa sahaja yang mengenali diri ini. Mungkin ada yang berrlaku secara tidak sengaja dan secara tidak langsung. 

Semoga amalan-amalan baik yang dilakukan pada bulan ramadhan dapat diteruskan. Jom berpuasa 6 sementara bulan syawal belum berakhir lagi!

Jaga diri, kesihatan dan keselamatan. Semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki yang berkat kepada keluarga dan sahabat-sahabat kita semua.

Sekian terima kasih, wassalam..  (^_^)