About

"LihatlAh DenGan Mata HaTi, Anda PasTi akAn MenGerti." InsyaAllah. * Life Is Preci0us! *

Pages

May 30, 2011

Passw0rd...

Perlu ke saya bagitau semua password akaun yang ada
kepada seseorang?
akaun blogger, email, bank dan sebagainya
sebab kalau saya dah takda nanti takkan nak terbiar je
blog tak update selama-lamanya
inbox email penuh tak dibaca
duit yang 'berjuta-juta' dalam bank berkepuk, haha

Daripada dibiarkan je, lebih baik cancel kan je akaun
betul tak?
tapi nak bagitau dekat siapa?
someone that can be trusted
bukan benda kecik nak bagitau ni
topsecret password tau
tapi akaun bank tak boleh la bagitau
sebab akan dipindah milik kepada mak saya secara automatiknya..hehe
siapa nak volunteer jadi pemegang password saya?

" TELAH DITETAPKAN 3 PERKARA ATAS DIRI MANUSIA : REZEKI, JODOH DAN AJAL. 3 PERKARA INI TELAH TERTULIS DI LUH MAHFUZ... DAN TULISAN ITU TIDAK BOLEH DIPADAM..."

May 22, 2011

cerita pasal tuuutt.....


hehee.. (~_^)


Terlalu 0pen Minded?

''rilex la..hang ni tak open minded la." - dialog standard semua org pernah dengar. Open minded (minda terbuka) memang bagus. Senang untuk sesama manusia berbincang tentang sesuatu perkara. win-win situation kot lebih kurang. Awak dengar apa saya cakap dan saya dengar apa yang awak nak cakap.


Tapi bagiku, walaupun nak ber'open-minded' pun, masih perlu dan ada perkara2 yang perlu ditapis. Open minded pun mesti kena dgn tempatnya. Perlu melihat dulu keadaan, dengan siapa kita bercakap dan topik apa yg dibincangkan.


Nak sangat jd orang open minded tapi ada part lain yg masih tertutup. Apabila semua orang menjadi terlalu open minded, kadang2 tanpa disedari boleh menyentuh sensitiviti sesuatu pihak. Sesuatu perkara yg sepatutnya dibincang secara rahsia menjadi perbincangan umum. Orang2 yang buat jahat pun boleh gunakan alasan open minded.


Sebab apa yang kita tuturkan, fikirkan dan lakukan secara tak langsung memantulkan peri peribadi kita. So, kenalah hati2 dan terkawal. "eleh, tu hipokrit la tu namanya. Aku tak nak jadi orang hipokrit." Apa yang anda faham dengan istilah hipokrit? Apa yang saya faham, hipokrit itu adalah berpura-pura baik. Baik yg camne? Terpulang lah masing2 nak takrifkan baik tu cmne sbb ianya perkara yg subjektif dan x boleh diukur.


ADAB/AKHLAK. Islam sangat mementingkan adab dan akhlak. Hipokrit selalu disalah tafsir. Bahkan Islam mengajar bagaimana adab2 dengan org yang lebih tua, adab dengan org yg bukan mahram kita (pergaulan lelaki & perempuan). Adab2 itulah yang mengawal dan memandu kita. Bukan menjadikan kita hipokrit.


Takkan lah saya nak layan mak ayah ataupun org yg lebih tua dari sy sama mcm kwn2 saya yg lain kan? Tidak sama sekali. Mungkin akan terjadi kurang kesopanannya di situ. Begitu jugak dengan kawan2. Tak kan lah saya nak layan kwn2 lelaki sama mcm sy layan kwn2 perempuan? Tidak sama sekali insyallah. Mungkin akan terjadinya perlanggaran batasan dan hilanglah adab di situ. Dan takkan lah juga saya nak layan org yg baru saya kenal sama mcm dgn org yg dah lama sy kenal?


Setiap sesuatu tu mesti kena dengan keadaannya, mesti kena dengan orangnya. Kena lah bijak sesuaikan. Bukannya main harung je segala apa yang ada. Mesti ada kawalan dan batasan..again..

Sekian, wassalam.. Bubye~

May 21, 2011

Life Is Like An 0pen Highway?

Assalamualaikum W.B.T. Cuaca malam ni-sejuk, angin sepoi-sepoi bahasa gitu.. Bulan pun tak kelihatan. Mungkinkah hendak hujan lagi mcm pagi td? Nak berblogging sampai lebam malam ini.. Ok,selingan jap. Hari ni pergi bukit cerakah. Best. Sebab dah lama tak lepak ramai2 dengan budak2 IKRAM dan dah lama tak menikmati alam semula jadi. Mungkin kalau lagi ramai mesti lagi best dan meriah. Nasib baik takda bertembung dengan monyet. P/S : untuk pengetahuan umum, bukit cerakah skrg dah sangat kurang dengan monyet2 nya. Mungkin dah kena tangkap dan dibuang daerah. Heee... Ok selingan habis, back to main topic.


Tajuk post ini dipetik dari lirik sebuah lagu. Apa maksudnya ek? Hmm dari segi analoginya, jika dilihat ciri2 sebuah jalanraya/lebuhraya :


1) ada banyak simpang
2) ada u-turn
3) ada roundabout
4) ada traffic light
5) ada batu, lubang-lubang
6) ada mcm2 papan tanda
7) ada mcm2 peraturan
8) dan sebagainya......



1) dalam hidup ni memang ada banyak pilihan. Kita hanya perlu memilih. Tapi yg menjadi persoalannya, simpang mana yg kita nak dan boleh pilih?



2) Kalau tersalah masuk simpang, boleh u-turn patah balik. Lalu balik jalan tadi lepas tu masuk simpang yang betul. Tapi untuk jumpa jalan u-turn tu kadang2 jauh, mengambil sedikit masa. Sempat ke kalau buat u-turn pun? Ataupun berbaloi ke kalau buat u-turn balik? Maybe simpang yang kita salah masuk tu boleh jugak sampai ke destinasi yang dituju kan? Cuma kita kurang pasti sebab tak pernah lalu jalan tu.



3) Ataupun kita nak pusing2 dekat roundabout je? Sebab tak tau nak pergi straight ke, kanan ke, atau kiri. tapi berapa lama nak main pusing2? Kepala yang pusing nanti.



4) traffic light ada warna merah, kuning, hijau. Merah tanda berhenti. Mungkin, dalam hidup ni ada sesuatu perkara yang kita perlu berhenti dari terus melakukannya. Apakah? Kuning pula tanda sedia berhenti tp bagi pemandu yang berani, itu menandakan sedia pecut! Mungkin, ada jugak sesuatu perkara, kita kena slow down sikit. Sebelum merah mesti kuning dulu. Kenapa? Sebab nak bagitau orang yang lampu merah nak dekat so that org boleh sedia utk memperlahankan kenderaan. Takda lah tiba2 break emergency kang. Sama lah jugak dlm hidup ni. Ada sesetengah perkara yg tidak boleh kita stop secara drastik. Kena stop secara slow2 sikit2 dulu..



5) lubang-lubang ataupun batu boleh diibaratkan sebagai apa jua masalah ataupun halangan. Samada ianya besar ataupun kecil, kita perlu mengelaknya selagi mampu. Jika tidak boleh dielak, perlu lah melaluinya dengan penuh berhati-hati dan cermat.



6) papan tanda menandakan ada perkara2 yang perlu kita ikut ataupun panduan penunjuk arah. Kenapa? Supaya perjalanan kita terarah. Tak sesat. Terkawal, selamat dan sejahtera. Panduan yang perlu kita ikut tak lain tak bukan adalah al-quran dan as-sunnah. Terkawal, selamat dan sejahtera pula dengan hidup dengan cara hidup Islam.



7) Peraturan2 yang ada bukannya menyekat perjalanan kita - kata2 Ust.Pahrol Juoi. Kita takkan terhenti pun. Perjalanan still boleh diteruskan cuma dalam keadaan yang lebih terkawal dan tidak melanggar batasan2 yang ada. Mungkin ada yg rimas dgn peraturan2 yg ada. Tapi percayalah, ianya tak dicipta hanya utk suka2 je. Mesti ada sebabnya. Untuk menjaga manusia jugak. Kalau kita ikut, Insyallah akan berasa selamat, terjaga dan baru tersedar dan rasa bahawa sebenarnya peraturan2 tu sangat indah!
 Sekian, wallahualam. Wassalamualaikum W.B.T~~

May 17, 2011

'misjudge'-anyam ketupat-n0 c0mment..

Ada falsafah mengatakan : "kita tak berhak menilai seseorang sebelum kita betul-betul kenal dia." Hmm betul la tu. Ada orang dari first impression dia dah judge/nilai seseorang. Padahal itu tidak adil bagi diri mereka yang dinilai itu tanpa belum mengenal budi pekerti sebenar mereka.


 Sebenarnya hal sedemikian menjadi pengajaran buat diri sendiri sebab saya pernah misjudge seseorang suatu ketika dahulu tanpa betul-betul mengenali dirinya. So, taknak lah kesilapan lalu berulang kembali. Nak mengenali seseorang betul-betul 100 peratus memang susah. Even mak kita sendiri pun belum tentu tau setiap sudut dalam diri kita. Orang yang dah kawin lebih 10 tahun pun ada je yg belum betul-betul kenal diri suami/isteri masing2. So, terpulang lah pada masing2 macam mana nak describe apa makna betul-betul tu ek. Hehe..

Tetapi yang pastinya, orang yang betul-betul kenal diri kita ialah diri kita sendiri (ini pun belum tentu lagi) dan juga Allah, yang mencipta diri kita.

Bahaya sebenarnya kalau terjadi sebegini sebab kita dah set otak kita yang orang tu macam tu macam ni. So, bila ada benda baik yang orang katakan mengenai orang itu, mungkin agak susah untuk kita terima dan percaya. Lebih buruk lagi bila kita misjudge seseorang lepas tu kita cerita pasal dia dekat orang lain. Orang lain yang belum kenal dia pun mestilah akan percaya apa yang kita cakap. Kan itu boleh menjadi fitnah. Fitnah kan lebih kejam dari membunuh? (Al-Baqarah : 191).


So, bila kita kurang pasti dengan sesuatu keadaan dan agak2 bila ada orang tanya soalan yang lebih kurang macam dekat bawah ni nak jawab ape?


1) apa pendapat awak tentang dia?
2) betul ke dia macam tu?
3) cmne boleh jadi mcm tu?
4) percaya tak kalau.....
5) betul ke.....
6) and what so ever....yang sama waktu dengannya


Jawab jela... "entah".  "no komen". "tak tau." "yeke?" "entahlah,tanya la tuan empunya badan." "haha." Jawab jelah ape2 pun mengikut kreativiti sendiri asalkan kita tak menjadi 'penambah perisa dan pewarna tiruan.' Lain pulak jadinya kang.. Gosip2, 'menganyam ketupat' ramai2 ni memang best. Bak kata orang putih :"the more the merrier.". Ish2 tapi jgn la aplikasi dalam benda2 yang negatif pulak. Tapi masalahnya benda2 yang tak elok la yang orang suka buat.

Daripada kita menjadi penganyam tak bertauliah, lebih baik kita diam je tak payah anyam pape. Diam tak bermakna tak tahu pape tetapi diam berfikir dan berzikir. Lagi hebat kalau kita boleh hentikan kerja2 'menganyam ketupat' tu. Tapi kalu tak mampu, pergi jelah dari tempat tu.



                                      Wassalam~

May 3, 2011

Cinta buta / bisu / tuli.

Ini cerita benar. Bukan 'buta' yang itu tapi buta yang ini. Memang mengenai kekurangan upaya dalam penglihatan, pendengaran dan percakapan. Pernahkah anda melihat pasangan berkahwin yang terdiri dalam golongan2 yang berikut? Saya pernah. dalam televisyen dan juga dalam realiti. Melihatkan mereka, hati berasa kasihan tetapi kebesaran Allah juga dapat dilihat atas diri mereka.

Cuba bayangkan bagaimana keadaan kita jika berada ditempat mereka? Kadang2 tak tercapai akal untuk memikirkannya. Mesti susah untuk terima bagaimana hendak berkomunikasi sesama sendiri, membina anak tangga rumah seperti orang normal yang lain. Bertambah merumitkan bila sudah ada anak. Bagaimana hendak membesarkan anak itu supaya dapat merasai kehidupan normal seperti orang lain.

Tetapi, percayalah. Allah itu maha berkuasa dan maha adil. Walaupun mereka buta/bisu/tuli, tetapi mereka sebenarnya celik, fasih dan peka dari segi yang lain. Kadang2 kita yang celik ni yang buta sebenarnya.
Ada satu wawancara di tv terhadap pasangan yang buta kedua-duanya... Si pengacara berkata kpd si suami : "ahmad(bkn nama sbnr), isteri awak ni cantik tau orangnya..memang sesuai dengan awak." Berkata pula kpd si isteri : "siti(bkn nama sbnr juga), cincin yg ahmad bg yg dekat jari awak ni cantik sangat." Maka tersenyum sipu-sipu lah keduanya.. Sweet dan terharu sangat!

Bermain di kotak fikiran, bagaimanalah mereka boleh jatuh cinta dan berkahwin dalam keadaan sebegitu.. Well, itulah kuasa cinta dari Yang maha pemberi cinta.

Satu lagi situasi. Mengenai pasangan yang bisu dan tuli pulak. Situasi di kedai makan. Mereka nampak begitu bahagia sekali dengan kehadiran seorang anak mereka. Mereka bermain dengan anak mereka yang masih kecil hanya menggunakan bahasa isyarat sahaja. Subhanallah, sangat kagum!

Betullah kata orang, di setiap kekurangan pasti ada kelebihannya. Begitu juga dengan setiap kelebihan pasti ada kekurangannya..............

So, bersyukurlah jika kita punya kelebihan dan janganlah merendah-rendahkan yang punya kekurangan. Kerana setiap dari kita pasti ada kurang lebihnya.. Wallahualam.......... 

May 1, 2011

"AKU BUKAN SYAITAN, AKU JUGA BUKAN MALAIKAT."