Di zaman dahulu kala, terdapat sebuah keluarga yang mempunyai 2 orang anak lelaki. Pada suatu ketika, si ayah telah jatuh sakit dan meninggalkan wasiat kepada 2 orang anaknya..
"wahai anakku, jika kamu ingin berjaya dalam bidang perniagaan seperti ayah, berpeganglah dengan 2 perkara ini " :
1) kamu tidak boleh terkena cahaya matahari apabila hendak pergi
dan pulang dari tempat perniagaan.
2) jangan pernah berhutang
Selepas beberapa saat, si ayah pun menghembuskan nafas terakhirnya.. Maka 2 anak itu pun meneruskan kehidupan mereka dengan memulakan perniagaan dan berpegang dengan wasiat si ayah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selepas beberapa purnama, si ibu bertanya kepada anak yang pertama :
" ibu tengok perniagaan kamu makin lama makin merosot. bagaimana boleh terjadi begitu?"
Maka si anak pun menjawab :
" saya tidak tahu lah ibu padahal saya dah ikut sepertimana yang ayah katakan. Saya sanggup naik teksi dan pengangkutan awam yang lain semata-mata tidak mahu terkena cahaya matahari. Sedangkan kalau nak diikutkan jika berjalan kaki, sekejap sahaja boleh sampai. Oleh sebab itu duit saya banyak dihabiskan."
" saya juga tidak berhutang dengan mana-mana pihak, tetapi pihak lain yang berhutang dengan saya."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Lain pula yang berlaku pada anak yang kedua. Si ibu bertanya : "ibu lihat perniagaan kamu begitu maju berbanding abang kamu. Bagaimana boleh jadi begitu?"
Si anak pun menjawab : "ini kerana saya mengikut pesanan ayah." Si ibu kebingungan. "tetapi abang kamu juga mengikut pesanan ayah tetapi perniagaannya semakin merosot."
"ayah berkata bahawa kami tidak boleh terkena cahaya matahari. Maka oleh itu, saya akan keluar ke tempat perniagaan sebelum terbitnya mentari dan pulang selepas terbenamnya mentari. Disebabkan itu, kedai saya yang paling awal dibuka dan paling lewat dtutup. Saya juga tidak berhutang dan memberi hutang kepada sesiapa pun. Semua urusniaga dijalankan dengan cash.."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
S0, moral of the story? Fikir-fikirkan lah.. (>_<)
April 30, 2011
April 29, 2011
Cerita di sebuah hospital~
Bismillahirrahmanirrahiim..
Hari ni ada 1 lagi batch student yang pergi meninggalkan hospital gara-gara telah tamatnya tempoh praktikal di hospital. So, sekarang yang tinggal hanyalah 2 batch iaitu Uitm (kami 4 orang) dan MAHSA (beberapa orang). Minggu depan pulak 2 orang budak KSKB nak pergi. So, makin terasa sunyinya di jabatan farmasi tanpa gamitan para student praktikal. Dalam tempoh lebih kurang sebulan nanti kami Uitm pulak yang akan pergi. Menanti junior2 pula untuk menyambung warisan kami 30 Mei ni..
Mungkin sebelum-sebelum ni jika ditanya apa perasaanku bila dah nak habis, aku akan menjawab, "bestnya.. Tak sabar nak habis! tapi apabila melihatkan kawan2 yang dah pergi kini, hati ini mula berkata-kata sayu, "sedih la nak tinggalkan hospital. Nanti mesti rindu." Aku dapat bayangkan hari terakhir nanti cmne. Mesti aku sedih sebab bila tengok kawan2 yang nak pergi bersalaman dengan orang lain pun aku dah nak menangis. Kalau boleh xnak lah nangis2 sbb sangat sensitif dengan situasi yang sebegitu. Kalau boleh nak semua happy je..huhu (ceh perasan je, mcm la org lain sedih kalau aku pergi pun.haha).
Aku akui kadang-kala terasa bosan, penat, tension, sakit hati, dll. Tetapi tidak pula aku nafikan bahawa di sini lah tempatnya jua aku menambah ilmu di dada, mendapat pelbagai pengalaman, mengenal pelbagai jenis ragam manusia dan menonton drama kehidupan dunia. Dari itu, sedikit sebanyak aku cuba memahaminya dan mengambil iktibar. Kerana tidak guna juga jika kita peroleh suatu pengalaman tetapi tidak mengambil pengajaran darinya.
Haha tiba2 teringat balik memori dari hari pertama sampai hospital. Memang batch kami lain lah dengan batch sekarang. Rasa2 nya batch yang paling banyak main dan mengong2 semuanya especially dekat outpatient department. Lepas batch kitaorang, tiba2 mcm banyak pulak peraturan baru untuk student. Adakah kerana kami? (haha no komen). Main2 pun, kerja jalan jugak ok. Yang penting kami tak susahkan sape2. Hanya penceria keadaan bila melihat staff2 yang serius tak senyum buat kerja. Kan ada ahli falsafah mengatakan, "we must enjoy our work man!"..hehe (kalau x enjoy pun buat2 jela mcm enjoy...)
To my collegues and HTARians :
- Kak azimah, kak dayang, aqilah, adrian, visallini, shalini, hafiz, yazid, ain, amyra, husni, liyana, syafiqah, krishnah, saw dan shafie.
- Kak wan, kak farrah, kak azimah senior, kak sally, shahiri, kak yanti, abg azlim, abg boy, abg zul, unt.lim, unt.susan, unt.bee peng, unt.mala, unt.kogi, unt.goh, unt.tune, kak kausar, kak linda dan kak liza rose.
- Mil0 ais makcik kantin yang kaw kaw~
- Mil0 ais makcik kantin yang kaw kaw~
~ I WILL BE MISSING YOU GUYS ~
(yeke? maybe..)
Insyallah nanti kalau ada aktiviti pape yang best roger2, boleh lah jmpa kalau ada rezeki, dipanjangkan umur. Kalau tak pun, beberapa tahun kemudian kita jumpa dengan bawak team bola masing2 naik Toyota Grand Livina ye..haha.. All the best for the future undertaking! Semoga semuanya menjadi orang yang baik2 dan berguna. Amiin~
jangan naughty2~ |
ribena~
cantik tak kasut?hehe |
sepahnya.. manufacturing |
astronomer in the making~ |
the mengongs~ |
speechless~ haha |
BUBYE.. (-_-)
Labels:
cur-heArt
April 23, 2011
JIWA~
Hari ni 23 April 2011 bersamaan 19 Jamadilawal 1432 Hijrah. hmm post sebelum ni tajuk bosan.. sekarang ni..bosan jgk kot.. entahla, mood bosan la sekarang ni.. Bukan bosan sebab takda buat pape tapi entahlah.. Just feeling bored. Don't know why.. Just feeling something is missing and empty.. I wish that I have a magic machine that can bring me to a life that I want to be whenever I want it. But.. sudahlah Dinah, jangan banyak berangan! tett~~~~~~ Bosan2 cmni, nak letak puisi yang best la.. (^_^)
Roslan Shariff : Jiwa
Jiwa yang bernafas
hanya ada pada keluhuran
diam terkunci senyap adalah dirinya
Jiwa yang menjiwai
sering tersembunyi
sepi ia mengunyah erti
lalu hadam menjadi buah fikir
Jiwa
sebuah anugerah
terkadang dicalar warna-warna sekejap
terkadang ditipu bisikan
terkadang menangis sepi
Jiwa kejiwaan
milik yang memahami
yang mengerti
yang menghulur dengan nurani
Nun di satu sudut
di bawah kubah
di pinggir mimbar
jiwa luhur bertakhta
di situla...istananya.
Labels:
j0m relax,
Puisi JalaNan
April 6, 2011
manusia memang sukar untuk difahami
mengapa dan kenapa menjadi persoalan
kadang kala jawapan itu sendiri yang menjadi persoalannya
jika begitu, usah ditanya mengapa dan kenapa
kerana masing-masing punya alasan sendiri
jika susah bagi kita untuk terima dan fahaminya
biarkan saja jawapan itu kekal sebagai sebuah jawapan
jangan tukar sebuah jawapan menjadi sebuah soalan
kerana jika begitu, kita akan sentiasa mempersoalkan
qada' dan qadar...
Labels:
whateveR
April 4, 2011
Falsafah Hidup BerAgama & BerTuhan
Pada suatu petang yang damai, angin meniup sepoi-sepoi bahasa.. Terdapat 2 orang sekawan sedang duduk-duduk menikmati angin bayu yang bertiup dari arah utara Pulau Pinang. Tiba-tiba seorang daripada mereka memulakan perbualan.
Usop : hang ada agama tak Husin?
Husin : hah?! awat hang ni tiba-tiba ja tanya soalan macam tu? (Husin
kebingungan dan sedikit tersentap). Mestilah ada. Aku kan beragama
Islam jugak sama macam hang.
Usop : hmm,, kalau hang ada agama, hang mesti ada tuhan kan? (Usop
menanyakan soalan cepu cemas)
Husin : haih, mestilah ada. Hang nak cakap aku takda agama dengan tuhan
ka? (Husin berasa sedikit tercabar dengan persoalan Usop)
Usop : dok aih.. Don't misunderstood my friend.. Aku saja tanya sebab tiba2
aku terfikir, agak2 nya kalau aku buat temu bual dengan 50 orang
budak kampus kita ni, rasanya 50 orang tu semua akan jawab benda
yang sama macam hang kot.
Husin : So?? ce citer ce citer..
Usop : So maksudnya.. Diaorang ni tau dan sedar la yang diaorang ni ada
agama dan tuhan. Termasuklah aku dan hang sekali.
Husin : ??? (membuat muka pending)
Usop : Aku nak cakap dekat sini bahawa dalam diri manusia ni sudah tersedia
ada dengan falsafah hidup beragama dan bertuhan. Cuma sedalam dan
sekuat mana kesedaran dan pegangan tentang falsafah itu yang
menjadi persoalannya..hehe
Husin : Ooh khabaq la awal2. Hang ni buat aku pending ja..huhu
Usop : aku dah khabaq awal2 la tadi cuma tak straight forward ja.. Sory la
ek.. Eh, dah nak Maghrib la, moh la kita balik.
Husin : moh moh..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bismillahirrahmanirrahiim..
FALSAFAH HIDUP BERAGAMA DAN BERTUHAN
FaLSAFAH : secara detail nya, pelbagai tafsiran yang boleh menggambarkan apa itu falsafah kerana kita sendiri boleh berfalsafah tentang pengertian falsafah. Tetapi jika secara 'surface' nya, cukuplah kita faham bahawa ia suatu istilah yang menggambarkan sesuatu pemikiran dan kefahaman.
BerAgama : ada agama
BerTuhan : ada tuhan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kalau lah semua rakyat Malaysia sedar dan pegang dengan falsafah ini, mesti polis boleh berhenti kerja, cari kerja lain. Kerajaan pula tak perlu pening-pening nak mewujudkan pelbagai undang-undang dan peraturan. Negara pun aman damai tiada jenayah, maksiat dan perkara negatif yang lain. Kan kan??
Kenapa? Sebab masing-masing akan merasai kehadiran Tuhan dalam setiap kelakuan. Yang meliputi setiap konteks individu, tempat, masa dan keadaan >> seorang anak, isteri, suami, ibu bapa, pelajar, pekerja, pemimpin, masyarakat, hamba Allah dan sebagainya.
Apabila falsafah ini dipegang, maka kita sendiri akan berasa takut untuk membuat sesuatu yang negatif tanpa perlu menunggu orang lain untuk menegur dan menegah kita. Kerana kita punya Agama dan juga Tuhan~~ yang menjadi 'guideline' kita.
TETAPI
Jangan lupa bahawa kita masing-masing ada musuh tersendiri iaitu Syaitan laknatullah. Musuh yang datang tanpa diundang, hanya pergi apabila dihalau. Mereka itu lah yang akan sentiasa melonggarkan cerucuk-cerucuk keimanan yang telah ditanam dalam tapak hati jiwa seorang mukmin.
JADI
Berwaspadalah! Sama-samalah kita sentiasa Istiqamah dalam menguatkan cerucuk keimanan dalam usaha membina sebuah menara Taqwa. Insyallah (^o^)
Dentuman petir petanda hujan
Malap sudah sinaran mentari
Alangkah indahnya jika hidup bertuhan
Sentiasa terpelihara dan diredhai..
p/s : jika ada kesilapan, sebarang komen dan pembetulan amat dialu-alukan. Sekian, terima kasih.
Labels:
Jiwa Mukm1n,
self-exploration
April 2, 2011
PilihAn
Dalam hidup ni, kita memang tak boleh lari dari membuat pilihan. Nak tak nak, kena jugak pilih yang mane satu. Yang biasanya merunsingkan kepala ialah sebab kita tak tau pilihan yang kita akan buat tu adalah yang terbaik ataupun tak. Apa kesan dia di kemudian hari.
Bila berfikir, macam2 yang keluar dari kepala otak ni. Bila tanya orang sekeliling pulak, masing2 punya jwpn tersendiri. Lagilah bertambah serabut.
"A journey starts with a single step." (betul ke pepatah ni?) Yup, selagi kita tak melangkah, selagi tu lah kita takkan bergerak ke mana-mana. Tapi, macam mana kalau 'journey' yang kita akan tempuh tu tak seindah dan semudah sangkaan rona fikiran? Itu yang menjadi kerisauan sebenarnya.
Well,,, pape pun semuanya akan berbalik kepada diri sendiri. Bagi pendapat peribadi, kita kena selalu positive lah dengan apa yang kita sedang dan akan lalui serta percaya dengan yakin bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmah dariNya. Insyallah, ianya akan membawa ketenangan.
Memang every single step that we take will have its good and bad consequences. Itu yang pasti dan kita kena bersedia. Selagi kita hidup dekat dunia ni, selagi tu lah akan ada masalah dan kesusahan. Lain lah kalau hidup dekat syurga. Betul tak? haih..
So, the conclusion is.. Think many many times before making any decision. Doa + tawwakkal and ask the 'light' from Him so that we may choose the best. The rest, leave it to Him and do our best shot to begin and treasure the journey. (^_^) daa~

Self-m0tivati0n
Subscribe to:
Posts (Atom)