About

"LihatlAh DenGan Mata HaTi, Anda PasTi akAn MenGerti." InsyaAllah. * Life Is Preci0us! *

Pages

March 16, 2011

Hari YaNg BeGitu...(tak tau nak cakap)

Hari ni amik cuti gara2 untuk men'settle'kan projek dan hantar pos.. Malam tadi dah buat last touch-up dengan Amyra. So, hari ni plannya nak kena print colour untuk 4 pages, photostat logbook, buat ring-binding then baru hantar pos.. So, masa pagi2 sementara nak tunggu kedai bukak, sempatlah tengok balik full report yang dah print kot2 kalau ada silap pape.. Tengok punya tengok,hah memang ada pun. Kena print lain la sat lagi muka surat ni.

Jam menujukkan pukul 11 pagi.. Ok,cantik la timing kalau nak kuar sekarang. Insyaallah sempat nak pos before pukul 1 sebab takut pos laju tutup pulak time lunch hour. Mula-mula singgah kedai buku yang first untuk hantar photostat. tinggalkan jap,sat lagi datang amik. "Akak,dekat sini boleh buat ring-binding tak?" "takda la dik." Akak tu menjawab.. Ok,takpe2 terima kasih. Kejap lagi saya datang amik ye photostat tu.

Next pit-stop-cyber cafe untuk print colour. "Adik, dekat sini ada print colour tak?" "takda la kak.." "La yeke..hmm dekat mane lagi ek ada CC yang boleh print?" "cuba akak try kedai yang dekat atas 7 eleven tu,kedai tu macam2 ada." "Ok2, terima kasih." Jam menunjukkan pukul 11.30 am. Kaki melangkah ke dalam CC yang atas 7 eleven tu.. "nak tanya,sini boleh print colour tak?" "boleh." Hati berkata, yes ada pun. Boleh la settle cepat tapi kedai ni pun takda buat ring-binding jugak.. Hmm ok,perlu buat panggilan kecemasan..


me : hello assalamualaikum.. weh husni,hang buat ring-binding dekat kedai mana? aku dah pergi 2 kedai        
       tp semua tak boleh buat ring-binding.

 
husni : haha..aku tersilap binding la semalam. aku buat binding biasa je. Ni aku suruh Ain pergi binding. try la
          call dia sebab dia tgh nak cari kedai binding sekarang ni.


me : oh yeke.. hmm ok2 bubye.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
me : hello Ain, ada dekat mana skrg ni?


ain : ha hello. kite ada dekat sek.2 shah alam la. tengah cari kedai nak binding ni.


me : ha shah alam? jauhnya sampai ke sana..


ain : ha tu la. tadi kita pg kedai dkt klang,makcik tu cakap ada dekat area2 cni. So,kite pergi jela sini.


me : ohoo yeke..hmm kite pn tgh nak cari kedai ni. takpe la kita try cari dekat area pejabat pos dekat 
       sini dulu. Kot2 kalau ada boleh terus pergi pos. Ok bubye.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sementara tu, orang kedai CC sedang men'settle'kan beberapa masalah. Komputer utama yg digunakan untuk print tak dapat detect pendrive pulak. USB port dia problem. Ok,try computer lain. Orang tu pun pergi la komputer lain. dia copy paste dalam desktop pastu send masuk pendrive dia pulak. Pastu dia try cucuk komputer utama balik. Unfortunately,still x boleh. Ok fine,sabor banyak2 ye dinah.

Bila paste dalam komputer dia, setting lari pulak. Dia pun bersusah-payah mengedit balik. Haih, tak boleh jadi ni.. "hmm biar saya buat lah boleh?"  "boleh2". Sebenarnya tak tahan tengok dia mengedit begitu slow and steady. orang lagi nak kejar masa ni..haish.. Ok siap! Kali ni,dia nak hantar document tu through email pulak so that boleh bukak email dekat komputer utama then boleh la print. Tiba2 handphone berbunyi..tuut tuut..



me : hello assalamualaikum..Myra...


amyra : hello waalaikumussalam.. ape citer sekarang? dah binding? hang ok tak?


me : huhu tak ok..belum lagi..tgh tunggu nak print. nak tau x,dah kuar rumah dari pukul 11 tadi..kedai ni ada 
       problem ckit la.. orang kedai ni nama je kerje kedai komputer tapi macam tau x tau je guna
       komputer.huhu.. Dah sejam lebih dekat kedai ni. Sekarang dah kul 1. Tak sempat la nak pergi pejabat
       pos.. Timing dah lari dah.. Nak cari kedai binding lagi.huhu


amyra : ooh yeke..hmm chill man..sabar2 tenangkan fikiran..


me : huhu orait2.. okla,macam dah nak siap je. bubye.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Printing started.... "Aik kenapa tulisan dia macam colour biru sikit?" "oh ni sebab dia punya ink cartridge macam tak sharp sangat. Kalau buat tulisan colour biru gelap nampakla macam colour hitam." ooh.. (dalam hati berkata : hah apa maksudnya tu? adoi tak kisah la colour lari sikit ke apa. Dah print dah pun,lagipun tengah desperate ni tak tau nak pg CC mana dah. Tawakkal jela.)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Ok siap! semuanya RM...... hah mahalnya! dahla banyak problem tadi,tunggu punya lama, print pulak jadi benda lain..haiyoo.. nak taknak bayar jela.. aaaaaa!!! Ok lega sikit..haha.. dah siap 2 task, tinggal nak binding dan pos. So, next pit-stop is another bookshop for binding. Nak pergi try tengok dekat klang.. Ok bila dah sampai kedai tu pun takda jugak buat ring-binding.


"Ain,kite pun kena pg shah alam jugak la nampaknya..huhu."(bagi message dekat ain). "yeke..ciannya.." Memandangkan sedang mengejar masa, bawak kereta pun macam pelesit la apa lagi. Kalau bawak motor ni mesti dah merempit tengah2 hari buta ni.. haih dah la cuaca panas hari ni.. Dugaan betul la. Banyak betul ujian nak settlekan benda ni. Sabor dinah, sabor banyak2.. Ok akhirnya sampai juga ke destinasi dengan selamat, Alhamdulillah..

"Ok dik, RM12 semuanya." (ain cakap dia binding RM6 je..huhu ini tidak adil. kenapa lain2 harga..mybe sebab dia punya ring kecik ckit.) Mengeluarkan duit dari purse dan hah cukup2 tinggal RM12 je?! Kena cari atm machine la lepas ni. Dompet memang kosong habis-xda duit kertas dan syiling langsung! On the way back, singgah dua petrol station tapi dua2 atm machine dia out of sevice. Ok fine, dugaan lagi.. Chill man sabor banyak2. Dekat station minyak yang kedua pulak hampir2 nak kena langgar dengan kereta. Hello brother, lain kali tak payah ngada2 nak pakai spec hitam dekat tempat redup. Kan dah tak nampak orang.. Eden tak kawin lagi wei..Fuuh nak terhenti jantung eden sekojap! Alhamdulillah hidup lagi..huhuu

Ok, sekarang poket still kosong. Time tgh tunggu traffic light, betul2 sebelum nak masuk highway tiba2 teringat. Alamak,kejap lagi ada lalu tol la!! aaaa cepat cari duit dalam kereta ni sebelum traffic light hijau. Kalau x jumpa duit boleh sempat u-turn kejap lagi cari station minyak yang lain. Kalu dah masuk highway xda jumpa machine atm dah. Hah jmpa 90 sen! alamak tak cukup lagi 10 sen la..!! Cari lagi cari lagi. Dah kelam-kabut dah ni..(sempat terlintas dlm fikiran,agak2 boleh mintak halal je tak 10 sen tu dekat orang tol tu nanti..haha). Ok finally jumpa jugak 10 sen..

Alhamdulillah,terima kasih ya Allah.. fuuh lega.. Mission almost accomplish. Nak pergi cucuk duit then terus pergi pos..... Akhirnya mission accomplished.. Dengan 1001 harapan, semoga sampul bungkusan itu selamat sampai di Penang pada hari jumaat ni selewat-lewatnya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
MORAL OF THE STORY.. jeng3.... :


1) tak salah buat kerja secara relax tapi jangan terlalu rilex! kalau tak nanti jadi peribahasa "bersenang-senag
    dahulu, bersusah-susah kemudian". hehe


2) apa yang serius, kita mesti pandang ia secara serius. Don't take for granted. Nanti terjadi la kerja last
    minute.


3) Manusia memang merancang tetapi Allah jua lah yang menentukan perjalanan perancangan tu macam
    mana. Mesti ada hikmahnya..


4) Hadapi setiap dugaan dengan jiwa dan fikiran yang tenang, jangan kalut! think and act wisely.


5) Kalau cuaca tak panas, tak payah ngada2 nak pakai sunglasses. Tapi demi berpra-sangka baik-maybe  
    mamat tu ada silau kot..huhu


6) Sabar, sabar dan sabar (^_^)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Well, apa2 pun yang terjadi tadi, saya dah tak kisah. Sebab semuanya dapat diatasi jua.. Allah nak uji aku ni.. Sabar,sabar..huh,memang rasa la..bertubi-tubi dugaan datang.. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana dengan izinMu jua segalanya dapat diselesaikan.

Kini aku hanya mampu bertawakkal atas segala usaha yang telah aku dan Amyra lakukan sejak dari mula, kini dan yang akan mendatang dengan harapan semoga kami mendapat pengakhiran yang baik dengan izin dan kekuasaanMu.. Permudahkanlah urusan kami, berikan kami panel2 yang baik hati dan pemurah. AMIIN~~

3 comments:

HM said...

hehe cis name ak pon ad

Anonymous said...

amyra: cian ang! what a day eh? sori end up jd begini.. ak tersangkut kt literature review lama sgt so time planning da lari sumanya... *sob! sob!*

NuR DiNaH said...

huhu..xpe2,pape pun sumenya dah settle..alhmdlh..