About

"LihatlAh DenGan Mata HaTi, Anda PasTi akAn MenGerti." InsyaAllah. * Life Is Preci0us! *

Pages

September 30, 2010

s0metimes...

s0metimes...

i am sad
i am happy

i feel bored
i feel interested

 i love
i hate

i am sick
i am fine

i am out of mood
i am in mood

i am quiet
i am noisy

i am anger
i am cool

September 24, 2010

j0d0h : perlu dicari atau ditunggu? (con't)


Habis tu,bagaimana dengan gadis2 yang sudah sampai seru tetapi tidak ada jejaka yang datang? Masih mahukah terus menunggu dan berpegang dengan teori jangan jadi seperti perigi cari timba?

Perigi cari timba memang wujud dalam pepatah Melayu. Tetapi dalam Islam,tidak melarang dan tidak ada menetapkan syarat supaya lelaki sahaja yang boleh menncari. Sebagai buktinya adalah mengenai sirah nabi Muhammad dan Khadijah.

Khadijah merisik peribadi Rasulullah melalui hamba lelakinya iaitu Maisarah. Lalu hasrat hatinya diungkapkan melalui sahabat karibnya,Nafisah bt. Munabbih. Beliau tidak mengungkapkannya sendiri kerana ingin menjaga martabat malu seorang wanita.

Rasulullah menerima hasrat itu dengan lapang dada. Lalu disampaikan keinginannya menikahi Khadijah kepada bapa-bapa saudaranya. Maka,  Abu Talib,Hamzah dan bapa-bapa saudara nabi yang lain menemui bapa saudara Khadijah iaitu Amru bin Asad untuk meminang Khadijah.

So, secara praktikalnya,takda salahnya pun kalau perigi yang mencari timba. Tetapi jika ingin mencari,mestilah mengikut niat dan cara yang betul begitu juga bagi timba mencari perigi. Apabila sudah sampai seru,diri sudah bersedia,keadaan pun mengizinkan,carilah wahai pemuda-pemudi sekalian. Carilah dengan berhikmah.

Daripada Abu Hurairah R.A,bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda : “dinikahi wanita itu kerana 4 perkara – hartanya,keturunannya,kecantikannya dan agamanya- maka pilihlah yang mempunyai(mengamalkan) agama, ia pasti menyenangkanmu”

Carilah seseorang (lelaki/perempuan) kerana agamanya. Ia bukan satu jaminan kebahagiaan sepanjang hayat tetapi Insyaallah ia adalah satu permulaan yang baik. Selepas itu,terpulang pada anda bagaimana untuk mengekalkan perjalanan dan pengakhiran yang baik pula!
Wallahu’alam..



















September 19, 2010

j0d0h : perlu dicari atau ditunggu?

Sebagai seorang Muslim,kita sedia maklum bahawa rezeki,ajal dan jodoh telah ditetapkan oleh Allah. Dia telah sediakannya untuk kita. Kadang2 pelik juga kenapa nak risau2 dan tergesa-gesa mencari calon. Pemuda-pemudi bercouple sana sini.

Bukan ke itu semua Allah dah tetapkan? Tunggu jela. Bila dah sampai masa,siapa dan ketika,adalah nanti. Tapi orang kata,walaupun ianya telah ditetapkan,ia juga perlukan usaha.tak semestinya kita tak boleh buat pape untuk mengubahnya tetapi mestilah dengan izinNya. 

September 13, 2010

- The time mAchine-

Kalaulah mesin masa wujud, masa yang manakah yang anda akan pergi? Back to the future,past or present?  Kan best kalau betul2 ada. Boleh kembalikan semula masa. Tapi mungkinkah? sangat impossible!

Mungkin ada yang nak kembali pada saat dia dilahirkan. Bagaimana wajahnya ketika masih bayi. Apa yang dibuat,siapa yang ada disekelilingnya. Apa ragamnya ketika kecil yang memeningkan orang lain dan lain-lain.

Mungkin juga ada yang ingin kembali ke alam persekolahan. Di mana ketika itulah mereka berada di alam pembelajaran secara formal. Melalui proses mematangkan diri,bersosial dengan orang sekeliling,dan banyak lagi perkara-perkara lain yang ingin dilalui semula.

Mungkin juga ada yang inginkan alam universiti? Di mana minda lebih terbuka. Lebih banyak benda2 baru yang dipelajari. Lebih ramai orang yang dapat dikenali. Lebih mencabar dugaan hidup.

Atau mungkinkah di alam ketika bekerja? Lebih bertambah tanggungjawab,stress dan keseriusan dalam bekerja. Teman alam pekerjaan mungkin tidak sama di alam pembelajaran. Pergi balik kerja,lepas tu dapat lah gaji tiap-tiap bulan. Ada duit sendiri,tak perlu mengharapkan orang lain. Usia ketika ni pun lebih dewasa. Mungkin boleh membuat plihan dan keputusan sendiri.

Atau lebih advance,ingin terbang ke masa hadapan yang belum pasti untuk mendapatkan kepastiannya.
Kita kerja apa,kahwin dengan siapa,anak berapa orang,muka dah tua macam mana,dapat tau bagaimana keadaan family dan teman2 kita,seorang yang berjaya ataupun tidak,Malaysia macam mana,dunia macam mana...aduhai,memang banyak benda yang nak tau..

Tetapi,berpijaklah di bumi nyata. Live in the present! Gunakan hayat yang kita ada ni dengan sebaiknya demi menjaga masa depan yang baik-dunia & akhirat. Yang dah berlalu,biarkan berlalu. Tidak ada mesin masa yang boleh bawak kita berpatah balik!

                               ~stop  dreaming~ (^^,)



















The King & His 4 Wives

There once was a king with 4 wives. He was madly in love with the fourth, and would do anything to keep her happy. He also liked the third, but always suspected she may consider leaving him for another man. The second was the one in which he always confided at times of grief, and she would always lend the empathetic listening ear. As for the first wife, he used to neglect her and pay much attention to her needs, although she truly cared for him and played a key role in protecting and preserving his kingdom.

One day, the King was stricken with a deadly illness, and knew his days were few. He couldn't comprehend or accept the reality that, despite all this wealth and vast kingdom, he will enter his grave alone. He wanted companionship in his grave, and so he asked his wives which amongst them is willing to sacrifice her life for him in order to lye by his side in the grave.

He asked the 4th wife, in very sincere emotion, "I loved more than the rest and preferred you over them in treatment. I gave you all you asked for and more. Will you not join me to my grave". She said, "Impossible!" and just turned her back away with no sympathy.

He asked his 3rd wife, "I loved you all my life. Will you come with me to my grave?". She said, "No way. Life is great. If you die, I'll marry another man"

He asked the 2nd wife, "You were always the one to whom I resorted when I needed emotional support. You've always been there for me in my life. Will you also die for me and join me to the grave?". She said, "I'm sorry, I can't help you beyond walking in your funeral and burying you with my own hands".

The king was torn and broke into painful tears. In that moment, he heard a voice say, "I will come with you wherever you go, even to the grave". The king looked, astonished, to see his first wife, ill and sorrow for all the years he'd neglected her and not asked about her. Thereupon, he was severely regretful for his ill treatment of her, and said, "I should have preferred you over all the other 3. If only I can turn back the hands of time, I will provide for you the best life of all my wives, and care for you the most"

The reality brothers and sisters is this story is only a myth. But the wisdom in this story is as follows. If we all wear the shoes of the King for a moment, and think from his perspective, applying his experience to our lives, we all have these 4 wives: Our fourth wife is our body. We look after it so well, surrender it to its wims and desires, beautify it etc. But when we die, the body rots and neglects us.

The third wife is our wealth. No matter how hard we struggled to amass it, it will leave us and be someone else's property when we depart.

The second wife represents our friends and family. Though they will always be there for us in this life, they will certainly not accompany us into the darkness of the grave.

The first wife is our good actions. We don't pay due attention to them in our lives. We become preoccupied with the world and its needs, with ourselves and desires, with our family and friends, but when death comes upon us they will stand by us, and enter the grave with us.

Think of all your good actions as a human being. How would their state be? Will it be a fit, clean and healthy being, well nourished? Or will it be a diseased, weak and sorrowful? If the former, thank ALLAH and continue on this path, asking Him for perseverance. If the latter, seek His forgiveness now, and take greater heed of your actions. ALLAH bless us all, Ameen

 













September 11, 2010

'Kad RaYa' ModeN

~Berlalulah sudah Ramadhan,sebulan berpuasa..tiba Syawal kita rayakan,dengan rasa gembira....~
"tweet4x,SMS.."bunyi menandakan SMS tiba (bukan bunyi sebenar ye). Sejak dari tadi SMS datang berduyun-duyun. Itulah fenomena yang biasanya berlaku di malam raya. tiada lagi penghantaran kad raya ke peti surat. Masing2 mahu memberi ucapan kepada kenalan. Ada message yang ringkas,panjang lebar,serius,kelakar dan macam2 lagi.

berikut adalah antara 'kad raya' yang telah berjaya sampai ke inbox handphone ku yang menggunakan khidmat pos laju dengan harga setem 1sen,5sen dan mungkin 15sen sahaja. sungguh effisen dan ekonomi la!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"dalam perjalanan hidup ni,kita sempat bertemu kemudian berpisah seiring dengan waktu. Jika ada siang pasti ada malam. Jika ada hitam pasti ada putih. Dan jika ada kesalahan pasti ada kemaafan. Mohon maaf zahir & batin. Selamat hari raya Aidilfitri. Semoga Allah sentiasa merahmatimu..Amiin"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Saya,si fulan bt. si fulan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada anda2 semua. P/S : jemput datang rumah saya.."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" I dont say i love you when i care about someone. This is just me. I dont say i hate you when you piss me off. But i do say i'm sorry when i really mean it. So,this is it! Sempena bulan yang mulia,saya nak mintak maaf banyak2 and...Selamat hari raya! Maaf zahir dan batin!~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Selamat Hari Raya! mohon ampun & maaf dari saya atas sebarang kesilapan. Yang baik itu dari Allah,yang kurang itu dari kelemahan saya.."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Salam.. Selamat hari raya aidilfitri,maaf zahir & batin. 0-0 ok?hehe (~_^)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Jambangan indah lagi berseri,menjadi hiasan di aidilfitri.. SMS dikirim pengganti diri,tanda
ingatan tak lupa di hati.. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"mAma ulat curi ketupat,kena kejar terlompat-lompat. Nak hantar kad raya dah tak sempat,hanya SMS la yang paling cepat. Selamat hari raya. Maaf zahir batin."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Ya ALLAH,muliakan saudaraku ini. Bahagiakanlah keluarganya. Berkatilah rezekinya. Kuatkan imannya. Berikan kenikmatan ibadahnya. Jauhkan dari segala fitnah. Eid mubarak. Taqabbalallahu minna wa minkum. Amin ya rabbal Alamin. Maaf zahir & Batin."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dan jawapanku kepada mereka semua adalah sama - " Salam akhir ramadhan & awal syawal. Semoga amal2 soleh yang dilakukan pada bulan Ramadhan dapat diteruskan.. Maaf Zahir & Batin.."

Sebenarnya,apabila mendapat ucapan2 sebegitu..terasa bahagia sekali kerana ia adalah satu tanda ingatan seseorang terhadap sahabatnya. Walau jauh di mata tapi dekat di hati..kalah TV9.. (^@^)
TERIMA KASIH kepada mereka - mereka yang walau jauh di mata tapi dekaaat di hati!









September 10, 2010

nikmat sihat

Isnin hingga Jumaat, 8 pagi - 5 petang, keluar masuk hospital. Itulah rutin harianku sebagai pelajar farmasi yang sedang berpraktikal di jabatan farmasi. suasana hospital-bukanlah suasana yang begitu menyenangkan kerana semua orang yang datang situ mestilah orang yang sedang sakit kan. Pandang kiri,ada orang kaki patah.pandang kanan,ada tangan yang patah.pandang depan,pandang jela sape2.pandang belakang,jangan pandang belakang!hehe..

Saat melihat mereka,hati terdetik-"kesiannya..nasib baik aku tak macam tu.macam mane la kalau aku jadi macam tu ye"- Hmm..masa tu la baru nak teringat nikmat sihat. Nikmat yang tuhan berikan. Syukur Alhamdulillah masih punya fizikal dan mental yang sihat-dapat melaksanakan aktiviti harian.

Tapi itulah manusia-sering alpa dan lupa. Bila dah tengok,terkena, baru nak teringat.
nikmat-nikmat yang Allah berikan dekat kita,kita buat ape? buat benda baik atau buruk? menambahkan lagi ketaatan ataupun keingkaran? bukan ke Allah yang bagi nikmat tu semua..so,kita sepatutnya menghargai dan berterima kasih kepada si Pemberi.

" Maka,nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" (ayat 13:Ar-Rahman)

Ada pesakit yang datang setiap bulan ke hospital untuk mendapatkan bekalan ubat. Sampai berkotak-kotak jumlahnya. Kalau makan memang kenyanglah. Orang kata,nasib badan.ada penyakit,nak buat macam mana.kenalah makan ubat jugak. At least, mereka ada usaha untuk sihat. Itupun dah cukup baik. Siapa yang sihat pulak macam mana? ada usaha untuk kekalkan kesihatan? janganlah dah terhantuk nanti baru nak terasa sakitnya.

Masa sihat ni lah kita kena optimumkan tenaga dan keupayaan yang ada untuk membangunkan diri,bangsa,negara dan agama yang tercinta. So,the conclusion is-gunakanlah hayat yang ada untuk mengumpul bekalan-bekalan kebaikan selagi hayat dikandung badan,sebelum badan dikandung tanah~~