About

"LihatlAh DenGan Mata HaTi, Anda PasTi akAn MenGerti." InsyaAllah. * Life Is Preci0us! *

Pages

December 28, 2013

benda2 yang ridiculous (immature) pernah dibuat masa sekolah rendah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t. akhirnya dpt idea dan mood utk menulis. duk tengah sibuk nak exam ni lah mengada-ngada nak blogging kan. hehe.. well,tiba-tiba teringat kat kawan sekolah sbb tu lah teringat memori2 daun pisang dahulu kala.. so, entri ni khas untuk anda semua x kira lah ada yg baca dan mgkin juga x baca.

mostly semua benda2 yg nak ditulis ni berlaku time darjah 5 dan 6. (time baru nak matang) sbb yg tu je paling ingat dan mungkin juga time ni la yang paling nakal :P mungkin ada yg korang tahu dan ada juga x tau. so inilah masenya untuk membuka misteri yang x pernah terungkai sebelum ni even kita asyik cerita benda yang sama je kalau ada reunion.. ;)

1) budak puteri & putera
dari darjah 1 - 6 memang class asing laki dan perempuan. so ada 1 masa tu, cikgu buat denda sape yg ada buat kesalahan pape kena masuk class puteri/putera (laki/pmpuan). so sape yg nak masuk kan. malu kot kalau sorg2 je duduk dlm class dikelilingi kumbang2 gatal. tapi nasib baik xda pun bdk puteri yg kena. tp bdk lagi ada la dlm 3/4 org msk class pmpuan. ada teringat sorg bdk laki ni, time p.j dia tukar baju bwh meja cikgu dlm class kitorg. mcm xda tmpt lain kan nk tukar. then ternampak dia punya b****t. hahaha. memang ridiculous. tak matang

2) gila bola perang
batch kitorg memg sangat aktif dlm main bola perang. sape x tau bola perang tu boleh google. pantang ada waktu rehat, hbs class mesti pg court/padang main bola. x kira pagi/tengahari/petang. Dan disebabkan aktiviti bola perang yg berleluasa sampai pihak sekolah terpaksa pasang grill dekat tingkap sbb banyak tingkap yang pecah. main pulak sampai gaduh2/nangis2.. ish3

3) pertandingan class tercantik & terbersih
ni mungkin la inisiatif pihak sekolah untuk menjadikan murid2 pembersih dan bertanggungjawab. dan ternyata  kami lah orgnya sbb byk kali menang..haha. time ni dlm class ada sudut hijau dan sudut haiwan. sudut haiwan tu ada bela berudu la, belalang la dan ladybird. ikan x ingat ada ke x. semuanya kitorg tgkp sendiri kot. petang2/time rehat pg dkt semak cari belalang. pegi dekat lecak tangkap berudu. pegi dekat pokok cari ladybird.haha. hinggalah smpi satu tahap sudut haiwan tu terbiar. semua cikgu yg masuk class kitorg complain yg class busuk sbb air akuarium yg ada berudu tu tak berganti. berudu pun dah jadi katak melompat ke mana2 entah. so class kitorg menang anugerah class terbusuk jela kot..haha

4) main pensel-pensel
haha ni yang main pensel/pen menggunakan sebarang watak. mak dan ayah ke, kwn dgn kwn ke. then kena la bercakap2. mcm main puppet tp guna pensel gitu. jimat dan senang.

5) diari berkunci/ber'password'
time ni ada fenomana menulis diari sbb diari keluaran time ni sangat canggih dan cantik. so ada 2 geng budak nakal dan sy salah sorg ahli geng ni. 2 geng ni mcm bermusuh la. nak tau x dlm tu tulis ape?? tulis pasal budak laki darjah 6 je pun..adoi sgt lah tidak matang dan gedik. geng saya menggelar bdk2 laki ni dengan menggunakan nama2 dlm pokemon mcm pikachu, jigglypuff, charmander, snorlex dkt bdk2 laki tu. lg 1 geng tu pulak bagi nama makanan kot mcm burger.. hinggalah satu masa ni, xtau ape yg jadi. kitorg ada misi utk mencuri diari tu dr geng lg 1. diorg pun nk curi kitorg punya. then sy jumpa diari diorg dlm tangki pam tandas. kawan sy nyorokkan diari tu dlm baju. dia selit kat kain dia spnjang hari tu..hahaha. tujuan utamanya utk baca apa kndungan dlm diari tu. ish3 x baik kan.. last2 cikgu dpt tau kot then cikgu lah yang meleraikan persengketaan.

6) tangan melambai-melambai
depan class ada padang. hujung padang tu ada semak dan pokok2. ada satu hari ni kecoh yg ada org nampak ada benda melambai-lambai kat sebalik pokok tu. then sbb berita tu, ramai lah yg takut utk pg hujung padang tu. sbnrnya saya la yg mula2 nampak dan mulakan cerita tu sbb akhirnya bila saya perhati betul2 rupanya daun je pun. dia bila kena tiup angin nmpak mcm tangan..akhirnya cerita tu senyap sepi begitu je.. hehehe~

7) hujan dan zikir
ok ni bukan nk ckp ridiculous ye. tp bila teringat balik mcm comel je. kalau time hujan lebat, semua tutup tingkap.then cikgu suruh semua berzikir dan istighfar ramai2. (^_^)

8) tape recorder
time ni belum ada lg mp3, blh download2 lagu semua tu. so antara inisiatifnya, bila balik rumah, saya pasang radio. then bila ada lagu best cpt2 amik tape recorder record lagu tu dlm kaset kosong. kumpul n buat koleksi. esok bwk pg sekolah bg kawan dgr/pinjam.. aduhaiii~

9) tudung plastik
mase ni x reti lg nak bentuk muka tudung comel2 cantik2. penat la kan asyik kena betulkan n tiup2.. so ada la sorg kwn ni mcm mane entah dpt idea. dia guna cover plastik yg selalu org guna untuk cover asignment/folio then letak kat dlm tudung. memg jadilah bentuk muka. elok je terbentuk dan keras. then lepas tu ramai la jugak ikut. pg kedai buku beli plastik cover tu..

10) kalau pg perhimpunan hari isnin mesti tidur. sbb perhimpunan tu lama. then sape yg tidur pengawas catit nama. tp x penah rasanya kena denda..huhuhu. nsb baik sekolah rendah x jd pengawas. so blh la nakal sikit2.. ada satu jawatan ni nama dia pengawas kantin.. tugas dia kena jaga kantin kot x silap masa rehat. mcm pelik je kan nama pengawas kantin tu. haha :P

well, penat dah menulis. tp ada byk lg cerita yg lain tp x best kalu cerita dkt sini. kalau lah boleh time travelling, memang nak sgt pg balik time sekolah rendah dan tengok gelagat masing2.. sesiapa yg pernah terkena dengan kite dulu, kite mintak maaf sgt2 lah ye! (^_~) BYE!

December 27, 2013