About

"LihatlAh DenGan Mata HaTi, Anda PasTi akAn MenGerti." InsyaAllah. * Life Is Preci0us! *

Pages

June 23, 2013

Relapsing..

Di saat semangat untuk study datang berkobar-kobar, time tu la rasa bestnyaaa study.. Tapi, bila sekali malas tu datang, aishh memang liat sangat nak sambung balik. Haha itu la conflict yang berlaku diambang peperiksaan.. Dan sekarang ni, mesti lah tgh x study. Sbb tu blh berblogging.. Sekarang tgh relapse..(for a while). Lepas ni sambung balik.. Kena study hard & smart.. Jangan push2 sangat. Kena take a break jgk..kan? (alasan)

So, apa yg saya buat sementara take a break tadi ialah googling here and there, bukak fb, bukak dashboard..(bosannya,,,buat bnda yg sama).. Tiba2 teringat dah lama x cek email.. Then bukak la email melalui y.m. Dah lama dah terkubur y.m tu.. Disebabkan kebosanan terlampau, saya pun cek balik email2 sejak 2 tahun lepas - dari thn 2011. Memang xda kerja kan..haha

Nak kosongkan inbox tp leceh pulak.. So biar jela dulu.. Mungkin 1 hari nanti akan di clear kan.. Lpas overview semua email2 yang ada, tiba2 muncul satu perasaan. I miss someone, sometwo, somethree, somefour, some many many more..haha.. Bila baca balik email, umpama membawa balik diri ke masa yang lampau..Huh nostalgia sangat.. time ni la nak uji balik memori kita, masih kenal ke x sape tuan/puan empunya diri.. Dan ingat lg ke x peristiwa yang pernah berlaku..

So, sekarang dah pkul 10.15 malam. Dah 1 jam 15 minit saya berehat. Kena sambung study ni.. Fighting!!

Assalamualaikum~~ 

June 3, 2013

rose2rose~

Semalam, hari ahad, 2 jun 2013, saya pegi pasar tani shah alam jual bunga rose.. haa.. ops terlupa. sebelum tu, hari sabtu pergi bangi tolong potong duri2 bunga rose yang berduri itu..

meh cerita sikit apa dia rose2rose ni.. Ni program anjuran NGO Aqsa Syarif. rose2rose ni satu organisasi khas oleh wanita di Malaysia utk membantu wanita di Palestin.

Kenapa jual bunga rose tetiba? nak cari income lebih ke? ooh tidak2.. Tapi sbb sy menjadi sukarelawan sempena GLOBAL MARCH TO JERUSALEM yang akan dtg pd 7 jun 2013. bertempat di dataran kemerdekaan shah alam.. jom pakat mai ramai2.  masa hr sabtu tu, ktorang just prepare kan bunga2 yg hendak dijual. potong2 duri, batang dan lekatkan kad. ni tgk gambar..




cantik kan bunga tu semua.. macam2 colour ada. 1 kuntum RM10. Mungkin kalau guna term jual dan beli, rm10 tu sbnrnya mahal untuk 1 kuntum je. Sbb tu lah kami guna term sumbangan. Kami pun bukan lah menjual sebenarnya. " sumbangan ikhlas untuk palestin.. " Kalu ada orang sumbang RM10 dan ke atas, akan dpt rose~~

Selain aktiviti rose2rose, ada jugak aktiviti flashmob dan dptkan sign untuk petisyen membebaskan wanita2 palestin di penjara yang hak2 mereka dinafikan. Iaitu mereka ditahan tanpa bicara, x blh dpt khidmat peguam dan x blh berjumpa kaum keluarga.. Ada seorang wanita ni nama dia Lina Jabouni, political woman. Dah kena tahan almost 11 years. ni pun ada petisyen utk dia jgk.





Hasil sumbangan akan digunakan bg meraikan bulan Ramadhan dan hari raya mereka nanti seperti iftar dan pakaian. ime nak mintak sign dan sumbangan, akan jumpa mcm2 org. Ada yg sgt supportive, x supportive dan juga king/queen of ignorance. kalau yang supportive kita pun happy la kan. Tapi kalau yang x, kite pun mcm patah semangat. Antara alasan yg diberi ialah apa yg ktorang buat semua ni xda effect pun.. useless! oh sentap hati I..

Ada jgk yg ckp palestin hanya blh menang  kalau kita jihad dengan mengangkat senjata. Saya pun jawab la balik jihad x semestinya kena angkat senjata. Tengok la konteks kita macam mana. Dgn doa pun jihad jgk. Yang penting kena usaha dan yakin la umat Islam pasti akan menang 1 hari nanti.

Alhamdulillah walaupun penat dan panas, tapi rasa puas. Dari pagi sampai tengahari, bayangkan 4 kali saya beli air. Tp ada 1 tu dpt percuma dari pakcik yang baik hati menjual cendol..hehe.. ada jugak dpt buah mata kucing free. Dia bg ambik rasa apa2 buah pun. Tapi malu punya asal, ambik 4 biji je buah mata kucing.

By the way, terjumpa seseorang. tak sangka jumpa dia kat situ.. dia tgh belek2 baju masa tu, masa nak approach dia tu, kami datang dari belakang, then bila dia pusing... Eh timah!! (a.k.a fatimah zahrah). buat apa kat sini?! sorang je ke?  junior time diploma dulu..haha.. Dia pun dpt bunga rose :)