About

"LihatlAh DenGan Mata HaTi, Anda PasTi akAn MenGerti." InsyaAllah. * Life Is Preci0us! *

Pages

December 28, 2013

benda2 yang ridiculous (immature) pernah dibuat masa sekolah rendah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t. akhirnya dpt idea dan mood utk menulis. duk tengah sibuk nak exam ni lah mengada-ngada nak blogging kan. hehe.. well,tiba-tiba teringat kat kawan sekolah sbb tu lah teringat memori2 daun pisang dahulu kala.. so, entri ni khas untuk anda semua x kira lah ada yg baca dan mgkin juga x baca.

mostly semua benda2 yg nak ditulis ni berlaku time darjah 5 dan 6. (time baru nak matang) sbb yg tu je paling ingat dan mungkin juga time ni la yang paling nakal :P mungkin ada yg korang tahu dan ada juga x tau. so inilah masenya untuk membuka misteri yang x pernah terungkai sebelum ni even kita asyik cerita benda yang sama je kalau ada reunion.. ;)

1) budak puteri & putera
dari darjah 1 - 6 memang class asing laki dan perempuan. so ada 1 masa tu, cikgu buat denda sape yg ada buat kesalahan pape kena masuk class puteri/putera (laki/pmpuan). so sape yg nak masuk kan. malu kot kalau sorg2 je duduk dlm class dikelilingi kumbang2 gatal. tapi nasib baik xda pun bdk puteri yg kena. tp bdk lagi ada la dlm 3/4 org msk class pmpuan. ada teringat sorg bdk laki ni, time p.j dia tukar baju bwh meja cikgu dlm class kitorg. mcm xda tmpt lain kan nk tukar. then ternampak dia punya b****t. hahaha. memang ridiculous. tak matang

2) gila bola perang
batch kitorg memg sangat aktif dlm main bola perang. sape x tau bola perang tu boleh google. pantang ada waktu rehat, hbs class mesti pg court/padang main bola. x kira pagi/tengahari/petang. Dan disebabkan aktiviti bola perang yg berleluasa sampai pihak sekolah terpaksa pasang grill dekat tingkap sbb banyak tingkap yang pecah. main pulak sampai gaduh2/nangis2.. ish3

3) pertandingan class tercantik & terbersih
ni mungkin la inisiatif pihak sekolah untuk menjadikan murid2 pembersih dan bertanggungjawab. dan ternyata  kami lah orgnya sbb byk kali menang..haha. time ni dlm class ada sudut hijau dan sudut haiwan. sudut haiwan tu ada bela berudu la, belalang la dan ladybird. ikan x ingat ada ke x. semuanya kitorg tgkp sendiri kot. petang2/time rehat pg dkt semak cari belalang. pegi dekat lecak tangkap berudu. pegi dekat pokok cari ladybird.haha. hinggalah smpi satu tahap sudut haiwan tu terbiar. semua cikgu yg masuk class kitorg complain yg class busuk sbb air akuarium yg ada berudu tu tak berganti. berudu pun dah jadi katak melompat ke mana2 entah. so class kitorg menang anugerah class terbusuk jela kot..haha

4) main pensel-pensel
haha ni yang main pensel/pen menggunakan sebarang watak. mak dan ayah ke, kwn dgn kwn ke. then kena la bercakap2. mcm main puppet tp guna pensel gitu. jimat dan senang.

5) diari berkunci/ber'password'
time ni ada fenomana menulis diari sbb diari keluaran time ni sangat canggih dan cantik. so ada 2 geng budak nakal dan sy salah sorg ahli geng ni. 2 geng ni mcm bermusuh la. nak tau x dlm tu tulis ape?? tulis pasal budak laki darjah 6 je pun..adoi sgt lah tidak matang dan gedik. geng saya menggelar bdk2 laki ni dengan menggunakan nama2 dlm pokemon mcm pikachu, jigglypuff, charmander, snorlex dkt bdk2 laki tu. lg 1 geng tu pulak bagi nama makanan kot mcm burger.. hinggalah satu masa ni, xtau ape yg jadi. kitorg ada misi utk mencuri diari tu dr geng lg 1. diorg pun nk curi kitorg punya. then sy jumpa diari diorg dlm tangki pam tandas. kawan sy nyorokkan diari tu dlm baju. dia selit kat kain dia spnjang hari tu..hahaha. tujuan utamanya utk baca apa kndungan dlm diari tu. ish3 x baik kan.. last2 cikgu dpt tau kot then cikgu lah yang meleraikan persengketaan.

6) tangan melambai-melambai
depan class ada padang. hujung padang tu ada semak dan pokok2. ada satu hari ni kecoh yg ada org nampak ada benda melambai-lambai kat sebalik pokok tu. then sbb berita tu, ramai lah yg takut utk pg hujung padang tu. sbnrnya saya la yg mula2 nampak dan mulakan cerita tu sbb akhirnya bila saya perhati betul2 rupanya daun je pun. dia bila kena tiup angin nmpak mcm tangan..akhirnya cerita tu senyap sepi begitu je.. hehehe~

7) hujan dan zikir
ok ni bukan nk ckp ridiculous ye. tp bila teringat balik mcm comel je. kalau time hujan lebat, semua tutup tingkap.then cikgu suruh semua berzikir dan istighfar ramai2. (^_^)

8) tape recorder
time ni belum ada lg mp3, blh download2 lagu semua tu. so antara inisiatifnya, bila balik rumah, saya pasang radio. then bila ada lagu best cpt2 amik tape recorder record lagu tu dlm kaset kosong. kumpul n buat koleksi. esok bwk pg sekolah bg kawan dgr/pinjam.. aduhaiii~

9) tudung plastik
mase ni x reti lg nak bentuk muka tudung comel2 cantik2. penat la kan asyik kena betulkan n tiup2.. so ada la sorg kwn ni mcm mane entah dpt idea. dia guna cover plastik yg selalu org guna untuk cover asignment/folio then letak kat dlm tudung. memg jadilah bentuk muka. elok je terbentuk dan keras. then lepas tu ramai la jugak ikut. pg kedai buku beli plastik cover tu..

10) kalau pg perhimpunan hari isnin mesti tidur. sbb perhimpunan tu lama. then sape yg tidur pengawas catit nama. tp x penah rasanya kena denda..huhuhu. nsb baik sekolah rendah x jd pengawas. so blh la nakal sikit2.. ada satu jawatan ni nama dia pengawas kantin.. tugas dia kena jaga kantin kot x silap masa rehat. mcm pelik je kan nama pengawas kantin tu. haha :P

well, penat dah menulis. tp ada byk lg cerita yg lain tp x best kalu cerita dkt sini. kalau lah boleh time travelling, memang nak sgt pg balik time sekolah rendah dan tengok gelagat masing2.. sesiapa yg pernah terkena dengan kite dulu, kite mintak maaf sgt2 lah ye! (^_~) BYE!

December 27, 2013

November 11, 2013

situasi : di supermarket

suami : bakpo ambik roti banyak-banyak?
isteri : nak makan lah... (-_-)

saya x tau lah yang suami ke yg x patut tnya soalan tu ataupun isteri tu yg slumber mcm x bersalah jawab macam tu..hahaha

November 4, 2013


musang berbulu ayam sudah biasa,
tapi arnab berbulu serigala sangatlah 'rare'


November 2, 2013

S.E.M.U.T


pernah x perhatikan semut?? kenapa semut bila berjalan diaorang dlm 1 barisan je? then bila jmpa kawan dr opposite lane dia buat salam semut.. xda pulak yang buat double lane ke atau memotong barisan kan??

" manusia bisa menjadi rakus kerana dendam dan tamak haloba "

October 31, 2013

dalam kenangan :'( :'( :'(

hari ni dapat call dari rumah. adik bagitau kucing kesayangan dah mati.. dia mati terkurung dlm almari kekurangan oxygen.. sob sob.. mlm td dgr mcm ketuk2 dlm almari tp bila bukak xda pape.. then baru petang ni bau something busuk then detect dlm lg 1 almari.. rupa2 nya dia dalam tu. dah keras.. huhuuu... SEDIH! Biasa kita dgr org yg ajal dia nk dkt dia mcm blh tau. Haiwan pun mybe ada jgk kot sbb semenjak 2,3 minggu sblm ni dia senyap je.. baik je.. mkn mcm x lalu sgt, x meow sangat.. :'(  Good bye little kitty. Tinggal lah husband dia sorang2 lps ni..



October 1, 2013

KEAJAIBAN


"kadang kala, ada suatu ketika dan keadaan, kita mengharapkan supaya keajaiban akan berlaku.
dengan izinNya.. 

June 23, 2013

Relapsing..

Di saat semangat untuk study datang berkobar-kobar, time tu la rasa bestnyaaa study.. Tapi, bila sekali malas tu datang, aishh memang liat sangat nak sambung balik. Haha itu la conflict yang berlaku diambang peperiksaan.. Dan sekarang ni, mesti lah tgh x study. Sbb tu blh berblogging.. Sekarang tgh relapse..(for a while). Lepas ni sambung balik.. Kena study hard & smart.. Jangan push2 sangat. Kena take a break jgk..kan? (alasan)

So, apa yg saya buat sementara take a break tadi ialah googling here and there, bukak fb, bukak dashboard..(bosannya,,,buat bnda yg sama).. Tiba2 teringat dah lama x cek email.. Then bukak la email melalui y.m. Dah lama dah terkubur y.m tu.. Disebabkan kebosanan terlampau, saya pun cek balik email2 sejak 2 tahun lepas - dari thn 2011. Memang xda kerja kan..haha

Nak kosongkan inbox tp leceh pulak.. So biar jela dulu.. Mungkin 1 hari nanti akan di clear kan.. Lpas overview semua email2 yang ada, tiba2 muncul satu perasaan. I miss someone, sometwo, somethree, somefour, some many many more..haha.. Bila baca balik email, umpama membawa balik diri ke masa yang lampau..Huh nostalgia sangat.. time ni la nak uji balik memori kita, masih kenal ke x sape tuan/puan empunya diri.. Dan ingat lg ke x peristiwa yang pernah berlaku..

So, sekarang dah pkul 10.15 malam. Dah 1 jam 15 minit saya berehat. Kena sambung study ni.. Fighting!!

Assalamualaikum~~ 

June 3, 2013

rose2rose~

Semalam, hari ahad, 2 jun 2013, saya pegi pasar tani shah alam jual bunga rose.. haa.. ops terlupa. sebelum tu, hari sabtu pergi bangi tolong potong duri2 bunga rose yang berduri itu..

meh cerita sikit apa dia rose2rose ni.. Ni program anjuran NGO Aqsa Syarif. rose2rose ni satu organisasi khas oleh wanita di Malaysia utk membantu wanita di Palestin.

Kenapa jual bunga rose tetiba? nak cari income lebih ke? ooh tidak2.. Tapi sbb sy menjadi sukarelawan sempena GLOBAL MARCH TO JERUSALEM yang akan dtg pd 7 jun 2013. bertempat di dataran kemerdekaan shah alam.. jom pakat mai ramai2.  masa hr sabtu tu, ktorang just prepare kan bunga2 yg hendak dijual. potong2 duri, batang dan lekatkan kad. ni tgk gambar..




cantik kan bunga tu semua.. macam2 colour ada. 1 kuntum RM10. Mungkin kalau guna term jual dan beli, rm10 tu sbnrnya mahal untuk 1 kuntum je. Sbb tu lah kami guna term sumbangan. Kami pun bukan lah menjual sebenarnya. " sumbangan ikhlas untuk palestin.. " Kalu ada orang sumbang RM10 dan ke atas, akan dpt rose~~

Selain aktiviti rose2rose, ada jugak aktiviti flashmob dan dptkan sign untuk petisyen membebaskan wanita2 palestin di penjara yang hak2 mereka dinafikan. Iaitu mereka ditahan tanpa bicara, x blh dpt khidmat peguam dan x blh berjumpa kaum keluarga.. Ada seorang wanita ni nama dia Lina Jabouni, political woman. Dah kena tahan almost 11 years. ni pun ada petisyen utk dia jgk.





Hasil sumbangan akan digunakan bg meraikan bulan Ramadhan dan hari raya mereka nanti seperti iftar dan pakaian. ime nak mintak sign dan sumbangan, akan jumpa mcm2 org. Ada yg sgt supportive, x supportive dan juga king/queen of ignorance. kalau yang supportive kita pun happy la kan. Tapi kalau yang x, kite pun mcm patah semangat. Antara alasan yg diberi ialah apa yg ktorang buat semua ni xda effect pun.. useless! oh sentap hati I..

Ada jgk yg ckp palestin hanya blh menang  kalau kita jihad dengan mengangkat senjata. Saya pun jawab la balik jihad x semestinya kena angkat senjata. Tengok la konteks kita macam mana. Dgn doa pun jihad jgk. Yang penting kena usaha dan yakin la umat Islam pasti akan menang 1 hari nanti.

Alhamdulillah walaupun penat dan panas, tapi rasa puas. Dari pagi sampai tengahari, bayangkan 4 kali saya beli air. Tp ada 1 tu dpt percuma dari pakcik yang baik hati menjual cendol..hehe.. ada jugak dpt buah mata kucing free. Dia bg ambik rasa apa2 buah pun. Tapi malu punya asal, ambik 4 biji je buah mata kucing.

By the way, terjumpa seseorang. tak sangka jumpa dia kat situ.. dia tgh belek2 baju masa tu, masa nak approach dia tu, kami datang dari belakang, then bila dia pusing... Eh timah!! (a.k.a fatimah zahrah). buat apa kat sini?! sorang je ke?  junior time diploma dulu..haha.. Dia pun dpt bunga rose :) 

May 31, 2013

m.a.l.u

bukan sombong
bukan berlagak
bukan assabiyah
bukan juga lupa kawan

tapi m.a.l.u
saya pemalu orangnya.. haha :P

'ustaz-ustaz'

Assalamualaikum salam muhibbah, salam sejahtera, salam 1 malaysia.. haha.. blogging mood is back, ahha!

hmm...topic hangat masa kini ialah mengenai perkahwinan UAI  bersama isterinya yang ke-3.. Saya bukan nak komen pape pasal tu ok. cume nak menganalisa pandangan2 org awam tentang isu tu. well, actually it's not an issue pun. Cuma x phm knp ianya dibangkitkan dgn pelbagai spekulasi yang negatif. entah betul ke tidak. Bagi saya, biar lah ustaz azhar dgn hidup dia.  Dia tau la cmne nak menguruskan hidup dia. Kita ni yg x tau pape n x kenal dia pun, doakan jelah yg baik2. Jgn lah speculate macam2.. iya dak??

Al-kisahnya bermula apabila menghadiri kenduri tahlil malam tadi.. duk tgh makan bersama golongan mak2, isteri2 org. Saya the one and only remaja belia di situ pun buat2 la khusyuk tengah makan sambil kedua-dua telinga pun khusyuk mendengar perbualan mereka.. topic yg dibualkan, mstilah mengenai UAI. Bagi golongan mereka, semestinya isu poligami yg hangat menjadi perbualan.

Ada sorg makcik ni ckp, isteri ke-3 dia tu yg pinang ustaz azhar. Entah betul ke x, wallahualam. Tp kebanyakan berita yg keluar dr mereka, mostly x blh pecaya sbb sy pnya info lain dr diorg dan sy yakin sy pnya info sahih dr makcik punya. Sory makcik, ckp memg sedap. Tp biarlah logik dan x over. Lepas tu keluarla citer pasal ashraf muslim la, so and so.. Perubatan Islam dia ckp bomoh.. Haish org melayu..

Lepas tu, ada sorg mkcik ni pun cerita tentang kwn dia. Ni saya percaya sebab dia lbh "literature" dan kenal background n lifestyle dia. Kawan dia ni seorang lelaki, sudah berkahwin anak 5, sentiasa berjubah dan berkopiah ke mana2 sahaja. kerja biasa2 je. Jual supplement, makanan sunnah, kurma, etc. Tp ada seorang perempuan ni, naik kereta BMW 7 series nak kat dia. Statement makcik ni sgt menarik : "perempuan sekarang ni bkn tgk material sgt dah. Tp keimanan tuh! Lg beriman lelaki tu, lg ramai lah yg nak." oh kalau lah ada lelaki dekat situ mesti sentap.

Tapi of course la, kita mana blh judge iman seseorang based on pemakaian dia sahaja kan. Mana lah tau org tu beriman tp kacak bergaya..hoho! ending cerita gadis BMW 7 Series tu xtau la kawin ke tak dgn lelaki tu sbb byk sgt mkck2 yg mencelah masing2 nak bercerita jgk..haish sabo jela~

So, moral of the story?? golongan 'ustaz-ustaz' ni pun blh tahan hot dia jgk eh! Hot dari segi agamanya.. itu yg terbaik.. Jgn speculate mcm2.. Peace..... (^_~)

By the way, kawan baik a.k.a kawan rapat sy nk kawin.. saya happy sangat sangat sangat utk dia... weeeeeeee~~~  Bubye! Assalamualaikum!

May 7, 2013

blogger return..

Assalamualaikum w.b.t.. hye hye hye everyone.. kehangatan PRU-13 masih terasa. mcm berlalu sekelip mata je. Hbs je PRU suasana di luar terus sunyi sepi.. wah lama sungguh x menulis blog! bukak2 je tgk layout and setting nak create post pun dah lain. nampak sangat ketinggalan..haih

sbnrnya terdetik nk tulis blk ni pun sbb lepas kena perli. trm ksh kpd org yg memerli saya.. :P memang lama kot x update, blogwalking pun jarang2, bukak dashboard pun kdg2 je.. msti ada yang rindu.. haha (wekk)

rasa mcm janggal plak nak menulis. mgkn ni antara symptom2 blogger yg dah lama x menulis. biasanya tahun pertama je blogger aktif menulis tp tahun2 berikutnya suam2 kuku je. tapi x dinafikan ada je org yg dapat maintain keaktifan menulis. bagus lah kalau yg macam tu.

straight to the point apa yg nak dicerita.. dalam usaha utk mendapatkan mood blogging, malam td sy baca la blk post2 yg penah buat sblm ni including the comments. Korang pun patut buat satu hari nanti. mgkn ada yg akan tergelak sendiri and terkejut..

mungkin ada post yg korang sendiri x sangka korang yg tulis. "bila masa aku tulis pasal benda ni". ish delete2..haha. mgkin ada yg meluat/geli dgn post sndr.. dan mgkn ada yg x faham dgn post sndr.. try la "re-read.."

adakah masa tulis tu sy di minda separa sedar?? oh no! tp sy pasti tidak. mgkn masa tulis tu pemikiran x matang lg dan kurang rasional.. oh2 malu sungguh.. tp skrg ni confirm ke dah matang and rasional kan? tak jgk.. sbb tu la kena hati2 sblm post. dan review blk post2 kita sblm ni. Kalau diri ada muhasabah, penulisan pun blh bermuhasabah..hehe.. thanks to blogger setting yg kita blh edit/delete post sesuka hati! :)

until then~ wassalam