About

"LihatlAh DenGan Mata HaTi, Anda PasTi akAn MenGerti." InsyaAllah. * Life Is Preci0us! *

Pages

October 22, 2010

Hikik0m0ri

Hikikomori, adalah satu istilah di dalam Bahasa Jepun yang memberi maksud fenomena manusia yang memilih untuk menyendiri serta menarik diri daripada kehidupan bermasyarakat. Mereka mengasingkan diri di tahap yang ekstrim disebabkan oleh pelbagai faktor yang bersifat akumulatif, berkait mungkin dengan masalah social phobia atau social anxiety. Malah mungkin juga agoraphobia, avoidant personality disorder atau sifat malu yang ekstrim lagi menyakitkan.




Golongan Hikikomori di Jepun, tidak meninggalkan rumah mereka untuk jangka masa yang panjang. Isolusi mereka berlangsung selama berbulan-bulan, bertahun-tahun malah ada yang mencecah dekad. Hikikomori meninggalkan rumah mereka hanya apabila ada keperluan yang mendesak.

Pengasingan diri yang berlaku itu menyebabkan mereka kehilangan teman, berhenti sekolah, berhenti kerja, sentiasa hidup dalam kegelisahan dan dalam banyak keadaan, memutuskan terus hubungan mereka dengan ahli keluarga terdekat.

~janganlah jadi golongan Hikik0m0ri ~

sumber : saifulislam.com

October 19, 2010

kAta-katA

apabila kata-kata disalah erti

aku cuba mengerti

perlukah dijelaskan?

andai penjelasan itu sukar untuk difahami

sukar untuk diterima

akan menyakiti

perlukah diteruskan?

setiap persoalan pasti ada jawapannya

tetapi 

kadang-kala, diam itu lebih baik

walaupun kita pasti dengan jawapannya...


" Write to be understood, speak to be heard, read to grow."

October 15, 2010

"wawasan setia pelajar" la pulak.

ini sambungan dari post sebelum ni.. kisah ini berlaku pada waktu pagi yang hening. baru je pagi tadi. ku membuka pintu kereta dengan cermat lalu mengambil posisi yang selesa dan terus enjin dihidupkan.

~bersatu kita pelajar uitm,kita bangsa perkasa...~ alamak,kenapa ada lagu uitm lagi ni??!! ape dah jadi ni..misteri tak hilang lagi! kenapa lagu uitm lagi?! semalam balik kerja dengar lagu uitm di hatiku. hari ni nak pergi kerja dengar lagu wawasan setia pelajar pulak. haiyaa~ (^.^')

lepas ni lagu ape la pulak kan..
uitm ni memang menyeru-nyeru panggil supaya balik uitm penang kot..haha. lalala~~

October 14, 2010

"uitm di hatiKu"

sape yang tengok tajuk post ni  mesti cakap saya ni poyo ke,skema ke, nerd ke or whatever la. tapi bukan nak citer pasal uitm pun.

petang tadi masa on the way balik rumah, dok tengak syok layan lagu dekat radio, tiba-tiba ada lagu uitm. lagu yang mane satu? ala,lagu yang tajuk dia "uitm di hatiku" tu.. sangat pelik and teruja ckit coz kenapa la pulak stesen radio ni nak pasang lagu uitm kan. lagu Negaraku pun susah nak dengar dekat radio ni pulak lagu uitm.

nak kata uitm ada stesen radio sendiri, rasanya macam takda pun. so,ape lagi. layan jela lagu tu sampai habis. biasala,dah lama tak dengar and nyanyi lagu uitm. lepas habis lagu tu, radio terus senyap sepi. xda lagu pape langsung sampai lah dekat rumah.

oh, misteri sungguh stesen radio tu. frekuensi dia kalau dekat selangor ni 93.60. ada maksud pape ke tiba2 pulak terdengar lagu uitm ni? maybe tandanya-penang i'm coming..lalala~

October 13, 2010

the jusTice leAgue

cuba bayangkan...

 kalaulah betul2 wujud superhero2 yang ada dalam komik dan tv dalam dunia kita ni, macam mane la agaknya ek? yang menegakkan keamanan dunia. macam menarik sebab masing2 ada power yang cool dan hebat!

ada superman dan rakannya, batman, ultraman sekeluarga, kamen rider, gransazer, X-Men, spiderman, cicakman(ni hero yg x cool) dan yang same waktu dengannya. tapi adakah dengan kehadiran dorang ni dunia akan aman? xda jenayah sana sini?

hmm..i dont think so. sebabnya,kalau tengok dalam tv, hero2 ni mesti ada musuh masing2.. musuh2 dorang ni bila nak musnahkan dorang,orang awam mesti jadi mangsa keadaan jugak. dahla musuh dorang pelik2.. contohnya macam ultraman. dia kan lawan raksasa je kerjanya. kang x pasal2 ada pulak raksasa dari planet mane muncul dekat Malaysia ni. kan tak aman kalau jadi mcm tu kan?


saya lah ultraman Z.E.R.O !! bersedia melawan raksasa..

oklah, kalau xnak jadi orang awam nak jadi hero lah. boleh selamatkan orang and xlah jadi mangsa keadaan. hmm,nak jadi yang mane ek? ha,nak jadi batman lah! walaupun dia xda power sendiri, tapi dia ada rumah agam yang misterious dan teknologi yang canggih. yang paling penting dia ada kereta futuristik yang cool sangat! waaahh bestnya..

tapi kalau dah jadi superhero, nanti tak dapat jalani kehidupan normal macam orang lain pulak. mesti asyik ada on call je macam doktor. nak kena terbang pergi sana sini. hmm..xmo lah jadi superhero.. habis tu nak jadi apa?

jadilah manusia biasa cik ooi ~st0p dreaming~





October 9, 2010

sepanjang berpraktikal di hospital ni,dapatlah saya rasakan suasana 1 malaysia yang sedang diterbangkan kini. dikelilingi 3 bangsa utama Malaysia- melayu,cina,india. sangat seronok bila dapat bergaul dengan orang2 yang berlainan agama dan bangsa kerana dapat mengetahui cara hidup mereka.

di sini ada beberapa info dan cerita menarik yang baru saya tahu yang selama ini tidak pernah tahu dan ambil tahu.

1) tanda putih yang dipakai pada dahi orang india adalah sebenarnya abu. mereka memakainya apabila selesai menunaikan sembahyang di kuil. Apabila ditanya,kenapa guna abu? mereka menjawab : abu itu adalah tanda supaya kita ingatkan mati. kan orang india bila mereka meninggal mayatnya akan dibakar dan jadi abu. oh yeke?! terkedu sekejap bila dengar jawapan tu. (menarik jawapan itu). Kita umat islam pulak bagaimana?

2) tanda bulat pada dahi pulak(orang panggil nande' kot) biasanya ada 2 warna - hitam & putih. hitam bagi orang yang masih bujang dan merah pula bagi yang dah berkahwin.

3) masa tengah break pagi, adala kakak2 staf tengah makan dekat meja. sambil2 tu dengar la sekali diorang berborak.

malay staf : habiskanlah makanan tu. tinggal sikit je lagi. orang
             cakap kalau habiskan makanan yang last2 ni dapat
             suami soleh.
indian staf : yela tu,aku dah selalu buat tapi suami aku dari
              dulu sampai sekarang tak soleh2 pun.

agak terkejut bila dengar akak indian tu menggunakan istilah soleh. bermakna dia taula ape maksud soleh tu ye?? agaknya la.

4) pada suatu hari,ada seorang kawan indian ni bertanya padaku :

her : kenapa ada orang pakai purdah?
me : kenapa?(hmm..fikir2 jap mencari jawapan. manela saya tau coz saya pun x pakai purdah)
       sebab dia malu kot. dia tak nak bagi orang tau muka dia macam mana.
her : buat ape nak malu?
me : mungkin diorang cantik sangat kot. so taknak la menarik perhatian lelaki dan menjadi perhatian. bila
       orang asyik pandang je mestila malu.
her : tapi x semua cantik kan?
me : ehehe..hmm ye kot
her : tapi i rasa bila dorang pakai macam tu lagi la menarik perhatian orang. kan dorang pakai macam tu. bila
       dorang lalu je lagi la orang pandang je.
me : memang la tapi at least orang xtau sape dia and xtau muka dia macam mana. and mungkin dorang rasa
       lebih selamat kalau pakai macam tu.
her : habis tu,macam mana kalau nak kahwin nanti kalau orang tak tau muka dia macam mana.
me : hmm..well,kalau ada orang yang nak kahwin dengan dorang,bila si lelaki tu datang rumah,dia boleh
       bukak purdah tu tunjuk muka dia. islam bagi tunjukkan muka and tapak tangan.
her : dorang pakai macam tu setiap masa ke? dekat rumah pun?
me : ohoo..of couse la tak. bila keluar dari rumah je pakai. bila jmpa dengan orang yang bukan family dia.
her : oo yeke..nanti you pakai la macam tu.
me : ha?? xmo la. nanti susah nak makan! hehe
her : apela you ni. fikir macam tu pulak. bila nak makan bukak jela..
me : (just smile)

5) baru2 ni,saya menghadiahkan buku- "islam the misunderstood relegion" pada seorang trainee indian bersempena dengan birthdaynya. sebenarnya buku itu telah diberi oleh seorang makcik dan mengamanahkan supaya bagi buku tu pada non muslim.

dah lama simpan buku tu since dekat kampus. so,bila masuk alam parktikal ni mula la mencari target. Alhamdulillah dapatla 2,3 orang target. mereka pun amat baik dan open minded. i juz befriend with them juz like others. kebetulan time musim raya hari tu,ada birthday seseorang ni dan saya menggunakan peluang itu.

rasa sangat takut dan risau. takut dia salah anggap ke pape. doa sangat2 dekat allah supaya dia terima dengan hati terbuka. pada malamnya, dapatlah message ringkas darinya.

her : halo sayang, buat apa bagi saya buku islam? i tak tukar agama pun.
me : well, you kan suka tnya2 pasal islam, so kalau saya tak dapat jawab hopefully buku tu dapatlah jawab.
       =) juz read when you feel want to read. actually, saya suka belajar perbezaan agama. so, if you have   
        any book, i will free to read it too..
her : ooh.. ok sayang, if i have means sure i will give you. anyway,thanks for the book sayang.
me: ok,welcome sayang.

keesokan harinya, bila kami berjumpa, we juz be a friend as usual. dia masih berterima kasih sekali lagi. no heartfeeling(hopefully). Oh,thanks Allah. berilah dia hidayahMu. lega bila amanah telah diselesaikan~

                               the end...

October 1, 2010

Statu$ Kita Dengan Si Dia

Setiap hari setiap masa, masing-masing antara kita sibuk dengan urusan dan hal masing2. Sehinggakan kita terlupa akan hubungan kita yang pernah terjalin. Hubungan yang pernah terjalin dengan si Dia. siapa si Dia itu? Dia itu adalah tuan dan juga tuhan kita iaitu ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang.

Hari-hari kita dipenuhi dengan rahmatNya dan dengan izinNya jugalah kita masih dapat melihat dunia pada hari ini. Tetapi kita sering leka dan alpa kerana dek sibuk mengejarkan urusan2 dunia. jadi,apakah status hubungan kita dengan Allah sekarang ni? tanyalah IMAN di HATI (bukan iman yang itu-sesiapa yang bernama iman jangan perasan ye)  (~_~')

Adakah in relationship ??
   engaged ??
  married ??
   divorced ??
  Ataupun it's complicated! ??
                                    Ataupun sebaliknya??

Adakah kita available untuk Allah sedangkan Allah sentiasa available untuk kita?

 
Allah sentiasa available untuk kita- tidak kira kita ni siapa, untuk dijadikan peneman di kala suka dan duka. 

tapi hakikatnya, kitalah yang selalu putuskan hubungan kita dengan Allah. Bila resah gelisah dengan keadaan barulah hendak menjalinkan hubungan kita semula denganNya. Mahukah hubungan kita sekejap putus sekejap tidak dengan tuhan kita?

Cuba andaikan kalau hubungan dengan sesama manusia. bila senang ditinggalkan,bila susah baru dicari..  Pasti kita tidak mahu begitu bukan? Inikan pula dengan tuhan kita. Bila senang n0t available,bila susah baru available. Sebagai seorang hamba,kita patut berasa malu jika begitulah yang berlaku.

Sesungguhnya, Kita lah yang menentukan status kita dengan ALLAH.. tanyalah diri sendiri kerana hanya kita sahaja yang tahu dan mampu memberikan jawapan tentang status kita dengan Allah. Perbaikilah hubungan kita dengan Allah. Wallahu'alam..



SELAMAT MENGHADAPI FINAL EXAM & LULUS DENGAN CEMERLANG (^0^)