About

"LihatlAh DenGan Mata HaTi, Anda PasTi akAn MenGerti." InsyaAllah. * Life Is Preci0us! *

Pages

December 23, 2015

M.A.T.I


Di saat satu nyawa baru dilahirkan
Satu nyawa juga baru meninggalkan dunia.

Sungguh, kematian itu menyedarkan kita bahawa hidup ini memanglah sementara.

Dunia yang dikejar akan ditinggalkan pada bila2 masa. 

Adakah kita bersedia???

"Sesungguhnya, dari Allah kita datang dan kpdNya juga kita kembali"

September 15, 2015

Berkorban Apa Sajaaa~~


Bila bercakap pasal berkorban, rata-rata faham kita kena bagi/lepaskan something yang kita suka/sayang. X kisah lah something tu dari segi material atau sebaliknya. Ada orang berkorban harta, ada juga berkorban nyawa. Dan ada juga yang berkorban masanya, tenaga, perasaan dan sebagainya.

Apabila menyingkap kembali sejarah umat Islam, Allah dah ceritakan dan ajarkan kpd kita apa erti korban yang sebenar. Ambil contoh kisah dua anak adam iaitu Habil dan Qabil. Mereka berdua berebut untuk bernikah dgn seorang perempuan yang sama sehingga Allah mengutuskan kpd nabi Adam supaya mereka memberikan sesuatu yang terbaik utk dijadikan korban.

Barangsiapa yang diterima korbannya, maka dialah yang berhak menentukan jodoh pilihannya. Maka, Habil membawa kambingnya yg paling sihat dan gemuk. Manakala Qabil membawa hasil tanaman yg sudah buruk. Dengan izin Allah, korban Habil diterima. Begitulah kisahnya secara ringkas.

Begitu juga kisah nabi Ibrahim, di mana baginda diminta untuk mengorbankan anaknya sendiri, iaitu nabi Ismail. Walaupun dengan berat hati, tetapi atas perintah Allah yg esa, baginda mengikhlaskan diri untuk menunaikan perintah tersebut. Tetapi dgn izin Allah juga, nabi Ismail selamat dan Allah menukarkan korban itu kepada seekor sapi.

Jadi.... apa yg boleh kita ambil pengajaran daripada 2 kisah tersebut??? Habil memberikan korban yg terbaik, manakala nabi Ibrahim mengikhlaskan dirinya utk melaksanakan korban walaupun nabi Ismail ialah anaknya sendiri. 

nampak tak??? >>>>>> IKHLAS + TERBAIK 

nak jd ikhlas dan berikan sesuatu yang terbaik bukanlah mudah. Sebab itu berkorban bukanlah satu perkara yang menyeronokkan. Berapa ramai yg rela berkorban dgn seikhlas hati? tepuk dada tanyalah iman masing2. Bukan lah di sini nak cakap yg Allah tu pandang nilai material dan sebagainya,, tetapi sejauh mana seseorang itu sanggup berikan yang terbaik untuk mendapatkan yang terbaik/ganjaran.

Sebagai analoginya ; antara pekerja yang buat kerja tip top dengan pekerja yg buat kerja ala kadar, agak2 yang mana satu bos akan bg bonus lebih? Sudah tentu yang tip top bukan. Inshallah andai kita nampak akan hikmah berkorban itu, maka tidak mustahil ikhlas itu akan datang dan dapat dipupuk dan kita mungkin akan memberikan yg terbaik selagi kita mampu dan upaya. 

Jadi..... bersempena menyambut kedatangan 10 Zulhijjah, umat Islam disunatkan untuk membuat korban bagi sesiapa yang sudah mampu dan layak. Yang sebaiknya, pilihlah ternakan yang sihat dan berisi. bukan yang kurus kering..huhu.. Tapi bg sesiapa yg tidak mampu jangan risau.. Ada beberapa perkara sunat lain yg digalakkan sepanjang bulan zulhijjah.

1) Perbanyakkan zikir (Tahlil, takbir dan tahmid)

2) Sedekah

3) Ibadah Qurban

4) Berpuasa (1-9 Zulhijjah)

* mungkin ada lagi maklumat tambahan yang lain boleh cari lagi ye. Kalau ada info yang salah sila komen. Itu saje. Selamat beramal. Assalamualaikum & bye~~~~ (^_^)


March 15, 2015

Fast facts about Japan

1. Jepun tiada orang gemuk. Saiz L,XL, apetah lg XXL. memang semua yg dijumpai saiz S ataupun M. Tak kira tua atau muda. Gaya hidup yg sihat dan pemakanan diorang mungkin mempengaruhi.

2. Kereta di jepun comel2. Jarang nak jumpa mpv atau suv. Kebanyakan kereta style ala2 kenari, axia, myvi. Yg compact2 je semua. Mgkin sbb mereka ada kemudahan train yg meluas dan family size yg kecik je.

3. Jepun memang negara yg bersih. X dinafikan. Tong sampah pun susah nk jmpa. Wonder mane diorang buang sampah. Maybe simpan dlm baju then buang kat rumah je. Tong sampah kebanyakannya memang jenis recycle. Tandas pun bersih dan terjaga. Stok tisu memang byk. Tandas x berbau.

4. Orang tua mereka sihat dan kuat. Kalau org tua umur 60,70,80 lbh naik train tu pemandangan yg biasa. Hari cuti diorang pg taman, bwk anjing jalan2, naik basikal. Ataupun tolak kwn yg naik wheelchair. Haha.

5. Org jepun jd anti-sosial bila naik train. 4 benda je yg diorang akan buat dlm train. Samada tidur, baca buku, main handphone atau pasang earphone. Diam dlm train merupakan adab diorang. Org mlysia je bising kalau msk train diorang.

6. Mereka hormatkan pejalan kaki. Rasanya kelajuan kereta yg diaorang bwk 60-80km/jam je kot. Sopan je. Waktu mlm, bila kereta stop di depan laluan pejalan kaki, pemandu akan tutup lampu bg mengelak silau kpd pejalan kaki.

7. Keretapi ada 4 jenis. Local, rapid, special rapid dan bullet train. Bullet train tu yg plg laju. Dia mghubungkan area yg brjarak jauh. Contoh mcm dr kuala lumpur ke kelantan. Yg lain tu mcm komuter kat mlysia. Beza dia, kalau rapid x berhenti setiap station. So kurang lah masa perjalanan. So berhati-hati sblm naik train. Pastikan jenis train yg kita naik tu akan brhenti kat station yg dituju.

8. Org kata org jepun ni peramah kan? X jugak... yg peramah mostly org tua2, ataupun yg pernah dtg mlysia/indonesia. Diorang peramah bila kite perlukan bantuan, atau tanya something je. Kalau xda pape, dia buat donno je..

9. Budak2 kat jepun pun ada je yang bermasalah. Mlm2 ada group busking tepi2 jalan, golongan homeless pun ada jgk. Blh jmpa homeless ni kat station2 keretapi tgh2 mlm bila station dah nk tutup.

10. Last and but not least, org jepun memang workaholic. Peak hour diorang blk kerja pkl 10-12 mlm. Time ni station keretapi penuh dgn org2 yg sibuk nk blk rmh. Ataupun blh jumpa diorang minum2 mkn2 kat kedai dgn office mate.


11. Orang jepun memang kuat mkn b_ bi dan arak. Nak jmpa mknan jepun yg pure 100% halal memang susah. Kalau ingredients dia xda 2 benda tu, maybe proses nk buat dia ada benda tu. Ada jumpa seorang warga bangladesh muslim kat sana, dia ckp biasanya chef akan lumur tgn dia dgn arak utk buat sushi. So kalau kempunan sgt nk mkn, tggu blk mlsia je lah.