About

"LihatlAh DenGan Mata HaTi, Anda PasTi akAn MenGerti." InsyaAllah. * Life Is Preci0us! *

Pages

February 3, 2011

Kahwin bawah Umur : setuju atau tidak??

Baru-baru ni, banyak cerita pasal kahwin bawah umur keluar dalam newspaper. Oops, jgn tersalah faham. kawin bawah umur ni bukan kawin muda tau. Ia suatu perkara yang berbeza. Kawin muda ni bagi sape2 yang kawin time dia rasa diri still muda lagi la.kui3.. Tapi kawin bawah umur ni pulak, kalau ikut undang2 Malaysia ialah mereka yang berumur bawah 16 tahun (perempuan) dan bawah 18 tahun (lelaki).

Kalau ikut undang2 Malaysia, tidak boleh ada perkahwinan didaftarkan kalau salah satu pasangan masih di bawah umur kecuali kalau diizinkan oleh hakim syariah mengikut sebab2 tertentu. Okay,back to the topic. Secara personal view, kalau lah berlaku perkara sebegini dalam kalangan orang2 yang terdekat dengan anda, apa komen anda? Setuju ataupun tak? (mungkin dalam hal ni, boleh letakkan diri kita sebagai ibu bapa, kakak/abang, guru, masyarakat, ataupun seorang budak bawah umur itu sendiri).

My personal view,,,, hmm tak setuju. Give me 10 reasons or more if you want to do so! hah,amek kau. nak kawin sangat. kecik2 dah menggatal.. Well, kalau nak ikutkan sebab dan alasan, rasanya memang boleh bagi banyak. Tapi the point is, adakah alasan2 itu munasabah dan praktikal dengan realiti hidup dunia zaman sekarang ni??

Ikuti perbualan di bawah antara seorang hakim dengan 1 pasangan bawah umur. (dipetik dari sebuah keratan akhbar) :

hakim : bila kamu dah kahwin nanti, kamu nak tinggal mana?
labu (bkn nama sebenar) : kami akan tinggal dekat rumah Labi sebab rumah dan bilik dia lagi
                                              besar!
hakim : (tersengih). Macam mana pulak kamu nak menyara Labi nanti? kamu kan baru nak
              amik PMR, takda kerja lagi.
Labu : ooh pasal tu, kami dah fikir awal2. Kami ada wang tabungan sendiri. Kami budget2
            takkan guna lebih RM10 sehari. Kami dah kira, duit tu cukup sampai kami habis PMR
            nanti!
hakim : (tersengih lagi). Baiklah, sementara nak tunggu PMR nanti, macam mana kalau Labi
             mengandung? mestilah susah dia nanti. Nak kena belajar dan fokus pulak lagi untuk
             PMR.
Labu : yang tu hakim jangan risau. Sebab kami dah pernah buat sebelum ni tapi Labi tak
            mengandung pun!
hakim : (tidak lagi tersengih tetapi mengerut dan menjeling. dalam hatinya,mengucap
             panjaang..) Astaghfirullah..

Aduhai.. Itulah jawapan naif dan kurang matang dari seseorang yang juga belum matang. Bila bercakap soal matang, ia merangkumi pelbagai aspek sebenarnya. Mungkin dari aspek luarannya nampak matang, tapi dari segi pemikiran dan apa2 yang subjektif di dalamnya belum lagi matang. Mungkin ada yang berpendapat bahawa perkahwinan itu dapat mengelakkan zina. Ya, memang betul tapi itu bukan lah matlamat utama sebuah perkahwinan dalam ajaran Islam.

Jika betul lah dapat mengelakkan zina, kenapa masih ada je pasangan berkahwin yang ada 'kekasih gelap' ataupun bermaksiat di luar sana? Untuk banteras zina, hendaklah dirawat punca kesakitan tersebut. Bukannya terus bagi ubat hanya untuk menghilangkan rasa sakit umpama 'pain killer' padahal punca kepada kesakitan itu masih lagi ada. Zaman sekarang lain dengan zaman dulu.

Bagaimana pula kesan berkahwin bawah umur ni kepada individu yang terlibat dan sosial masyarakat? hmm, tak berani nak komen panjang2. Apa2 pun, THINK TWICE OR MORE BEFORE YOU ACT!!

6 comments:

Nur Al-Amin said...

saya setuju...
apabila

malaysia terlampau banyak duit zakat, sampai xtahu nak guna untuk apa...

plus... kahwin xmembataskan pergerakan kita, tujuan anak adalah untuk syahid dijalan Allah...

NuR DiNaH said...

happy gurlz : baguslah awk x setuju sbb kakak awk pun mesti xkan bagi.hahaa

nur al-amin : well3~ mgkin ada btl,ada slhnya..depend masing2 ye tak?

HM said...

x

Nurfadhilah said...

sy nk! hahaha........best!
but tanggungjawab sbg seorang anak,seorang pelajar,seorang hambaNya pun belum tentu tergalas...ni lg nk tmbh lagi...huhuhu....

NuR DiNaH said...

sy nak?? haha.. post ni tajuk kawin bwh umur,bkn kawin muda. awak tu dah atas umur dah cik fadhilah ooi..perasan muda sgt la pulak..hihi

hotNEScafe said...

sya sngt tidak bersetuju!!!