About

"LihatlAh DenGan Mata HaTi, Anda PasTi akAn MenGerti." InsyaAllah. * Life Is Preci0us! *

Pages

February 27, 2011

Light Graffiti @ Painting

Pernah tak dengar pasal light graffiti atau bahasa melayunya graffiti cahaya? Konsepnya sama je macam graffiti conteng2 dekat dinding tu tapi ni lagi special coz dia x memerlukan dinding dan dilukis dengan menggunakan cahaya LED.

First time tau pasal ni coz tengok majalah 3 malam tadi. Sangat menarik and stylo.. Untuk lebih lanjut, sila terbang ke : http://www.youtube.com/watch?v=ioiMlDhC_IU. selamat mencuba!







February 26, 2011

mujhse dosti karoge?
hamesha hamesha?
dosti karoge dil se?
yes? no?
kya sadiyon se puraana hai rishtaa yeh hamaara?
hihihi..

February 22, 2011

PROGRAM PERKASA PELAJAR 1 -Sek.Men.Sains Kepala Batas



ini adalah gambar yg diupload di fb ikram. Ianya direka khas oleh student SMSKB utk kami (IKRAM).
soo surprising and soo sweet~ sgt terharu. rasenya ni first time ada sekolah yg bg surprise cmni.huhu









nak sgt kan ada gmbo dia.. nah amik special utk mr.S..haha



February 3, 2011

Kahwin bawah Umur : setuju atau tidak??

Baru-baru ni, banyak cerita pasal kahwin bawah umur keluar dalam newspaper. Oops, jgn tersalah faham. kawin bawah umur ni bukan kawin muda tau. Ia suatu perkara yang berbeza. Kawin muda ni bagi sape2 yang kawin time dia rasa diri still muda lagi la.kui3.. Tapi kawin bawah umur ni pulak, kalau ikut undang2 Malaysia ialah mereka yang berumur bawah 16 tahun (perempuan) dan bawah 18 tahun (lelaki).

Kalau ikut undang2 Malaysia, tidak boleh ada perkahwinan didaftarkan kalau salah satu pasangan masih di bawah umur kecuali kalau diizinkan oleh hakim syariah mengikut sebab2 tertentu. Okay,back to the topic. Secara personal view, kalau lah berlaku perkara sebegini dalam kalangan orang2 yang terdekat dengan anda, apa komen anda? Setuju ataupun tak? (mungkin dalam hal ni, boleh letakkan diri kita sebagai ibu bapa, kakak/abang, guru, masyarakat, ataupun seorang budak bawah umur itu sendiri).

My personal view,,,, hmm tak setuju. Give me 10 reasons or more if you want to do so! hah,amek kau. nak kawin sangat. kecik2 dah menggatal.. Well, kalau nak ikutkan sebab dan alasan, rasanya memang boleh bagi banyak. Tapi the point is, adakah alasan2 itu munasabah dan praktikal dengan realiti hidup dunia zaman sekarang ni??

Ikuti perbualan di bawah antara seorang hakim dengan 1 pasangan bawah umur. (dipetik dari sebuah keratan akhbar) :

hakim : bila kamu dah kahwin nanti, kamu nak tinggal mana?
labu (bkn nama sebenar) : kami akan tinggal dekat rumah Labi sebab rumah dan bilik dia lagi
                                              besar!
hakim : (tersengih). Macam mana pulak kamu nak menyara Labi nanti? kamu kan baru nak
              amik PMR, takda kerja lagi.
Labu : ooh pasal tu, kami dah fikir awal2. Kami ada wang tabungan sendiri. Kami budget2
            takkan guna lebih RM10 sehari. Kami dah kira, duit tu cukup sampai kami habis PMR
            nanti!
hakim : (tersengih lagi). Baiklah, sementara nak tunggu PMR nanti, macam mana kalau Labi
             mengandung? mestilah susah dia nanti. Nak kena belajar dan fokus pulak lagi untuk
             PMR.
Labu : yang tu hakim jangan risau. Sebab kami dah pernah buat sebelum ni tapi Labi tak
            mengandung pun!
hakim : (tidak lagi tersengih tetapi mengerut dan menjeling. dalam hatinya,mengucap
             panjaang..) Astaghfirullah..

Aduhai.. Itulah jawapan naif dan kurang matang dari seseorang yang juga belum matang. Bila bercakap soal matang, ia merangkumi pelbagai aspek sebenarnya. Mungkin dari aspek luarannya nampak matang, tapi dari segi pemikiran dan apa2 yang subjektif di dalamnya belum lagi matang. Mungkin ada yang berpendapat bahawa perkahwinan itu dapat mengelakkan zina. Ya, memang betul tapi itu bukan lah matlamat utama sebuah perkahwinan dalam ajaran Islam.

Jika betul lah dapat mengelakkan zina, kenapa masih ada je pasangan berkahwin yang ada 'kekasih gelap' ataupun bermaksiat di luar sana? Untuk banteras zina, hendaklah dirawat punca kesakitan tersebut. Bukannya terus bagi ubat hanya untuk menghilangkan rasa sakit umpama 'pain killer' padahal punca kepada kesakitan itu masih lagi ada. Zaman sekarang lain dengan zaman dulu.

Bagaimana pula kesan berkahwin bawah umur ni kepada individu yang terlibat dan sosial masyarakat? hmm, tak berani nak komen panjang2. Apa2 pun, THINK TWICE OR MORE BEFORE YOU ACT!!

February 2, 2011

Rusuhan di Mesir & Banjir di Malaysia

Demonstrasi dibuat secara aman pada mulanya, sbb xpuas hati dengn president Egypt,Hosni Mubarak yang sudah memerintah mesir 30 tahun tanpa sebarang kemajuan, ditambah dengan hidup kemiskinan. Kadar pengangguran 90% daripada mereka golongan berumur 30thun kebawah. Jadi, rusuhan ni kebanyakan yang terlibat adalah golongn2 muda. Penyebaran maklumat dibuat melalui Facebook , twitter dan blogs untuk mendedahkan keadaan sebenar kerajaan mesir. Disebabkan tu, kerajaan Mesir telah mengambil tindakan untuk menyekat segala bentuk perhubungan dengan negara luar.

Keadaan dekat sana sekarang???? Mestilah huru-hara. Ada perintah berkurung, aksi tembak-menembak dan macam2 lagi. Dalam keadaan negara kita aman damai, tiba2 dikejutkan dengan berita pergolakan di Mesir. Tak disangka-sangka. Yang pastinya, sesiapa yang ada ahli keluarganya atau kenalan yang menetap di sana, especially student2 Malaysia, mesti risau. (to my dear friend husnun in Alexandria, how do you do now. Awak stay sana ke balik Malaysia? jaga diri baik2 tau.huhuu..).

Hmm, pape pun. Kita doa jela semoga keadaan di sana akan pulih seperti sedia kala. Kesian diaorang dekat sana. Kita dekat Malaysia pulak macam mana? Sebelum banyak meng'komen' dan mengeluh atas segala kekurangan, lihatlah dulu sekeliling kita. Apa yang kita ada dan dapat sekarang ni? Bersyukurlah dahulu sebelum kita pula yang menjadi parah seperti mereka. Na'uzubillah.. Bersyukurlah sebab negara kita masih lagi aman. kita masih bebas bergerak ke sana ke mari.

Walaupun ada sesetengah tempat sekarang ni dilanda banjir, anggap lah itu semua ujian. Tanda Allah menyayangi kita dengan menguji iman kita. Walaupun ada harta benda yang rosak ditenggelami air, tetapi masih ada lagi benda lain yang masih berharga bersama kita iaitu jiwa-jiwa orang di sekeliling kita yang masih bernyawa.

Jadi sebagai rakyat Malaysia, Janganlah mudah mengeluh dan melatah dengan apa yang berlaku di Malaysia sekarang ni. Jika nak dibandingkan dengan negara2 lain yang sedang berperang, bergolak, huru-hara, keadaan mereka lebih parah daripada kita.

" Ingat-ingat yang susah sebelum kita bersenang-senangan. Barulah tak jadi si bujang senang..wohoo.."