About

"LihatlAh DenGan Mata HaTi, Anda PasTi akAn MenGerti." InsyaAllah. * Life Is Preci0us! *

Pages

January 13, 2011

Warna

 Cuba lihat 3 titik hitam dalam imej di bawah selama 10 - 15 saat. dan terus lihat ke dinding. Saksikan apa yang akan muncul.


Sudah? menakjubkan bukan? Well, cuba pandang imej di bawah ni pula dan buat seperti arahan di atas.




So, apa yang menyebabkan terjadinya begitu? adakah sebab perkataan yang dipaparkan ataupun sebab warna? Kalau kita lihat imej pertama sahaja dan tidak membuat perbandingan mesti kita mengatakan bahawa itu disebabkan kesucian kalimah Allah itu.

Tetapi, selepas membuat perbandingan menggunakan teori akal dan amali, ternyata ia adalah disebabkan pengaruh warna. Hitam/warna gelap adalah satu-satunya warna yang tidak boleh memantulkan cahaya. Jadi, apabila kita fokus pada titik hitam dalam tulisan yang berwarna putih itu, secara automatiknya warna putih itu yang memberi pantulan kepada mata kita tanpa diganggu dengan pantulan yang lain.

Sebab itulah bila kita lihat ke dinding, imej yang berwarna putih itu yang muncul. Kalau nak dikaitkan dengan kehidupan kita. Hidup ini dikelilingi dengan pelbagai warna. Tetapi adakah warna-warna itu yang akan menentukan dan mempengaruhi cara kita melihat dunia ini? Atau kita yang mahu tentukan bagaimana kita melihat warna-warna itu?

~ bak kata pepatung : "walau iris mata sama hitam, tapi pandangan berbeza-beza.." ~ ngeh3 (*-*,)

0 comments: