About

"LihatlAh DenGan Mata HaTi, Anda PasTi akAn MenGerti." InsyaAllah. * Life Is Preci0us! *

Pages

July 21, 2012

Salam Ramadhan~

Alhamdulillah, sempena dengan 1 ramadhan dapat juga saya menunaikan solat tarawih 20 rakaat, buat pertama kalinya di masjid negeri. Harap2 berterusan semangat utk tarawih 20 rakaat sampai akhir ramadhan. Kalau ikut rekod sebelum2 ni, memang x dapat 20 rakaat tiap kali terawih. Lagi2 hari2 terakhir ramadhan. Memang banyak godaan2 dan bisikan dalaman. Penat lah, mengantuk lah, tak larat lah dan  macam-macam lah.


Tadi masa on the way ke masjid, ustaz dalam radio cakap : "antara tanda2 manusia tu mendapat penyeksaan di dunia ialah dia sentiasa sibuk. Siang sibuk, malam pun sibuk. Lagi2 kalau bulan ramadhan. Patutnya malam  hari manusia mendapat kelapangan dan kerehatan untuk lebih beribadah. Contohnya bila siang sibuk berjual, malam pulak sibuk nak sediakan barang untuk dijual esok. Dan apa hasil yang dapat, dia x pernah rasa cukup." Wallahualam.


Bak kata Ustaz Don, bulan Ramadhan adalah lebih tepat dikatakan bulan yang berkat.(ramadhan mubarak). Bukan bulan yang mulia (ramadhan kareem). Sebabnya Allah sendiri dah cakap dan kita kena lah rebut peluang tu yang datang sekali dalam setahun. 


But seriously, nak buat perkara yang mendapat berkat tu x mudah. Walaupun syaitan dah kena ikat, tapi kita  kena berlawan dengan hawa nafsu kita pulak. Kena banyak psycho dan motivate diri sendiri. Tu lagi susah sebab kena lawan dgn diri sndiri kan. Nak ke? 


Sekarang, tengah plan nak buat apa time siang. Apa bezanya dengan bulan2 yang lain. takkan just tak makan dan minum je kan? Bila fikir balik, sebenarnya banyak masa free bila takda makan ni. Yelah, x payah masuk dapur spend time utk masak. Breakfast and lunch. Sedap la tido cmni..hoho


Sebelum tido, niat puasa dulu ok utk ramadhan tahun ni. Biasanya saya niat sebulan terus, tapi Ustz Don cakap (ust don lagi), mengikut mazhab syafie, sbnrnya walaupun kita dah niat sebulan, tp still kena niat tiap2 hari. Niat sebulan tu hanyalah sebagai backup kalau2 ada hari yg betul2 kita terlupa nak niat. Rupanya selama ni sy dah salah konsep..huhu.. Xpelah, insyallah dimaafkan dan diterima sbb tak tahu.


OK WASSALAM ~ (^_^)

July 15, 2012

TiMe

" TiMe iS a HeALinG Pr0CEsS... "

  (ms. saralicious)

you know what i mean???