About

"LihatlAh DenGan Mata HaTi, Anda PasTi akAn MenGerti." InsyaAllah. * Life Is Preci0us! *

Pages

November 30, 2011

goodbye November
welcome December
coming-soon goodbye 2011
welcoming-soon 2012

(huhu cepatnya masa berlalu kan. lagi sebulan je nak masuk tahun 2012 pulak. tahun 2011 nak habis dah. macam x percaya la.. apa saya dah buat sepanjang tahun ni???!!!! aaaaaa)

November 27, 2011

Let bygone be bygone


is it simple by just saying
let bygone be bygone
when we doubt about the future?

November 21, 2011

Manusia & Takdir

Assalamualaikum W.B.T .

Alhamdulillah dengan izin Allah, masih lagi aku bernafas dan mampu untuk menulis. Sebenarnya aku konfius dengan konsep takdir. Mungkin memikirkan apa yang telah berlaku selama ini. Adakah senang manusia menjawab segala apa yg terjadi dengan mengatakan itu semua takdir?

Adakah takdir itu melibatkan perkara yg besar2 je sebagai contoh, rezeki, ajal, jodoh, dan masa depan? Tapi adakah perbuatan yg ke arah itu semua juga termaktub dalam takdir? Sebagai contoh : "kenapa awak kahwin dengan dia? Mungkin memang kami ditakdirkan bersama.."

Tapi macam mana pulak kalau perkara yg dilakukan tu adalah perkara yang tidak baik? Sebagai contoh : "kenapa awak berkawan dengan budak2 nakal tu? Dah takdir tetapkan kitaorang boleh berkenalan dan berkawan."

Adakah semua perbuatan kita ni pun dah tertulis dalam takdir jugak? saya tengah tulis post ni pun takdir jugak ke? Kalau macam tu orang yang buat jahat pun mungkin boleh beri alasan dengan menyalahkan takdir kan? hmm...

Memang ramai yang memberikan jawapan mudah dengan mengatakan ia takdir. Tapi, dalam sesetengah keadaan, aku tetap merasakan bahawa itu jawapan yang hanya berbentuk 'penyelamat diri' dan bukan jawapan ikhlas. 

Hidup ni memang complicated. Tapi disebabkan complicated itulah manusia dapat melihat bahawa hidup di dunia ini ada pelbagai arus yang boleh datang bila2 masa je. Dan semoga kita mengambil iktibar dan jadikannya bekalan untuk masa yang mendatang.

~~~~~~Wassalam, bubye~~~~~~