Assalamualaikum W.B.T.
Albert Einstein pernah berkata : "it is a sense of madness, when we keep doing the same thing but get no result."
Sebagai contoh, kalau kita buat sesuatu eksperimen. Memang kita akan lakukan banyak kali dengan mencuba pelbagai pemboleh ubah. dan hasil eksperimen itu kita akan dapat keputusan yang sama ataupun berlainan. At least adalah jugak hasil dia kan.
Cuba kita aplikasi kan pulak dengan ibadah2 wajib kita sebagai umat Islam seperti solat, puasa, zakat dan haji. Memandangkan sekarang kita semua di dalam bulan ramadhan, maka soal puasa lah yang akan mejadi topik perbincangannya.
Ramai orang cakap, time bulan ramadhan ni lah waktu yang sesuai dan baik untuk seseorang berubah menjadi lebih baik. Yelah kan, semua ibadah yang dilakukan akan dilipat gandakan ganjarannya. So, memang elok sangatlah dibanyakkan amalan2 sunat dan dijaga amalan2 wajib. Time bulan puasa ni lah jugak baru orang nak 'behave' sikit. Bulan lain tak nak behave pulak. haha,. Contohnya taknak mengumpat, meng'usha', ponteng kerja/kelas dan sebagainya.
So, ucapkan tahniah kepada diri masing2 jika anda dapat behave. yeay! Sebab apa? sebab berjaya mengawal dan berperang dengan diri sendiri. Percaya tak yang musuh yang paling kuat dan dekat dengan diri kita ialah hawa nafsu kita sendiri. Kalau nak salahkan syaitan, diaorang dah kena ikat dah. So, tak boleh la nak salahkan diaorang kan.
Bukan senang nak mengawal hawa nafsu ni. Susah sangat! Sebab ianya berada dalam diri kita sendiri dan kita mestilah sayang diri kita kan. Tapi adakah ini bermakna kita juga kena sayang hawa nafsu kita? Oh semestinya tidak, we have to fight!
Inner instinct kita selalu ada kemahuan untuk buat baik, tapi hawa nafsu instinct pulak yang selalu kacau. Sebagai contoh, kita nak baca quran tapi kita sendiri yang tangguh2. "nak baca quran lah tapi kejap lagi la. Nak tengok tv jap." lama-lama tak terbaca lah quran tu.. So, kena kuatkan lah diri untuk fight lagi2 di bulan puasa ni. Seriously frankly speaking, saya rasa memang time bulan puasa lah yang godaan2 hawa nafsu ni banyak bertandang dan selalu kalah dengan dia. Bulan lain ok pulak. Huh sedihnya.
"Puasa bukan sekadar lapar dan dahaga." Semua orang mesti dah biasa dengar dengan ayat klise ni. Mungkin bagi orang yang 'biasa-biasa', mereka mungkin hanya merasakan "puasa hanya sekadar menahan lapar dan dahaga."
Katakan seseorang tu berumur 30 tahun. Mungkin dia sudah pernah berpuasa selama 20 tahun tapi hanyalah dengan sekadar menahan lapar dan dahaga. Mungkin satu hari dia akan terfikir, aku ni asyik puasa je tiap2 tahun. Tapi takkan untuk sekadar tahan lapar dan dahaga je? Kalau macam ni, aku nak puasa bulan lain pun boleh jugak. Macam takda effect pun puasa ke tak. Ha, yang ni barulah yang dikatakan 'a sense of madness!"
Kalau nak jadi seorang yang luar biasa, kita tak nak lah ada 'sense of madness' tu kan. So, setiap orang mesti ada something yang diaorang nak untuk diri sendiri. Biasanya nak menjadi sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya la kan.
Tapi kalau tak berhasil untuk dapatkan kesan yang besar, its ok. At least ada jugak sedikit perubahan daripada takda langsung. Dan kalau boleh taknak lah jugak menjadi lebih buruk daripada yang sebelumnya. Barulah puasa kita is not just a sense of madness.
sekian, Wassalam~
Kalau nak jadi seorang yang luar biasa, kita tak nak lah ada 'sense of madness' tu kan. So, setiap orang mesti ada something yang diaorang nak untuk diri sendiri. Biasanya nak menjadi sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya la kan.
Tapi kalau tak berhasil untuk dapatkan kesan yang besar, its ok. At least ada jugak sedikit perubahan daripada takda langsung. Dan kalau boleh taknak lah jugak menjadi lebih buruk daripada yang sebelumnya. Barulah puasa kita is not just a sense of madness.
sekian, Wassalam~