About

"LihatlAh DenGan Mata HaTi, Anda PasTi akAn MenGerti." InsyaAllah. * Life Is Preci0us! *

Pages

September 15, 2015

Berkorban Apa Sajaaa~~


Bila bercakap pasal berkorban, rata-rata faham kita kena bagi/lepaskan something yang kita suka/sayang. X kisah lah something tu dari segi material atau sebaliknya. Ada orang berkorban harta, ada juga berkorban nyawa. Dan ada juga yang berkorban masanya, tenaga, perasaan dan sebagainya.

Apabila menyingkap kembali sejarah umat Islam, Allah dah ceritakan dan ajarkan kpd kita apa erti korban yang sebenar. Ambil contoh kisah dua anak adam iaitu Habil dan Qabil. Mereka berdua berebut untuk bernikah dgn seorang perempuan yang sama sehingga Allah mengutuskan kpd nabi Adam supaya mereka memberikan sesuatu yang terbaik utk dijadikan korban.

Barangsiapa yang diterima korbannya, maka dialah yang berhak menentukan jodoh pilihannya. Maka, Habil membawa kambingnya yg paling sihat dan gemuk. Manakala Qabil membawa hasil tanaman yg sudah buruk. Dengan izin Allah, korban Habil diterima. Begitulah kisahnya secara ringkas.

Begitu juga kisah nabi Ibrahim, di mana baginda diminta untuk mengorbankan anaknya sendiri, iaitu nabi Ismail. Walaupun dengan berat hati, tetapi atas perintah Allah yg esa, baginda mengikhlaskan diri untuk menunaikan perintah tersebut. Tetapi dgn izin Allah juga, nabi Ismail selamat dan Allah menukarkan korban itu kepada seekor sapi.

Jadi.... apa yg boleh kita ambil pengajaran daripada 2 kisah tersebut??? Habil memberikan korban yg terbaik, manakala nabi Ibrahim mengikhlaskan dirinya utk melaksanakan korban walaupun nabi Ismail ialah anaknya sendiri. 

nampak tak??? >>>>>> IKHLAS + TERBAIK 

nak jd ikhlas dan berikan sesuatu yang terbaik bukanlah mudah. Sebab itu berkorban bukanlah satu perkara yang menyeronokkan. Berapa ramai yg rela berkorban dgn seikhlas hati? tepuk dada tanyalah iman masing2. Bukan lah di sini nak cakap yg Allah tu pandang nilai material dan sebagainya,, tetapi sejauh mana seseorang itu sanggup berikan yang terbaik untuk mendapatkan yang terbaik/ganjaran.

Sebagai analoginya ; antara pekerja yang buat kerja tip top dengan pekerja yg buat kerja ala kadar, agak2 yang mana satu bos akan bg bonus lebih? Sudah tentu yang tip top bukan. Inshallah andai kita nampak akan hikmah berkorban itu, maka tidak mustahil ikhlas itu akan datang dan dapat dipupuk dan kita mungkin akan memberikan yg terbaik selagi kita mampu dan upaya. 

Jadi..... bersempena menyambut kedatangan 10 Zulhijjah, umat Islam disunatkan untuk membuat korban bagi sesiapa yang sudah mampu dan layak. Yang sebaiknya, pilihlah ternakan yang sihat dan berisi. bukan yang kurus kering..huhu.. Tapi bg sesiapa yg tidak mampu jangan risau.. Ada beberapa perkara sunat lain yg digalakkan sepanjang bulan zulhijjah.

1) Perbanyakkan zikir (Tahlil, takbir dan tahmid)

2) Sedekah

3) Ibadah Qurban

4) Berpuasa (1-9 Zulhijjah)

* mungkin ada lagi maklumat tambahan yang lain boleh cari lagi ye. Kalau ada info yang salah sila komen. Itu saje. Selamat beramal. Assalamualaikum & bye~~~~ (^_^)